Pages

Sunday 21 April 2019

Pakistan - Menyusuri Pergunungan Murree



Menyusuri pergunungan Murree,
Selepas diaorang membeli barang keperluan untuk musim sejuk di Murree mall kami meneruskan perjalanan ke pergunungan Muree.adik ipar dan sepupu suami putuskan kami lebih baik berjalan sambil menikmati pemandangan kiri dan kanan jalan  disini..

Van yang kami naiki nanti akan menunggu kami di puncak Kashmir point.saya tanpa banyak soal ikut jewlah walaupun tak tau berapa kilometer harus didaki ..nasib cuaca sejuk walaupun cahaya matahari muncul..sedikit peluh pun tak keluar walaupun berjalan berkilometer dengan keadaan kaki yang sakit akibat kemalangan tempohari.


Start dari sini kami berjalan ..jalan perlahan lahan sambil ambil gambar ..saya seronok berjalan kaki di pergunungan ini yang dikelilingi pokok pine ..pokok maple ..nampak lebih jelas rumah yang dibina di lereng bukit dan pemandagan alam semula jadi yang segar..lari sekejap dari bumi johor yang biasa saya hadap ..jam..dan sentiasa sibuk.
Rasa lapang dan tenang fikiran bila berada disini..hilang seketika masalah.suka saya rakamkan pemandagan dikiri dan kanan sepanjang jalan..simpan buat kenangan.



Kedai menjual kek dan manisan ..tak boleh singgah sebab berada disebelah bawah jadi kalau nak beli kena berpatah balik dan turun kebawah..so lupakan hajat nak jengah bakery dimurree.



Rumah tumpangan dan hotel pun banyak terdapat disini.
Orang disini masih lagi mengekalkan pakaian tradisionl mereka..kemana-mana memakai salwar khamez tak kira lelaki ataupun perempuan.nak nampak kaum perempuan memakai tudung penuh macam kita memang susah sikit,,kebanyakkan cuma scarf setakat letak dikepala sahaja.




Dah beberap minit berjalan nampak pakcik jual buah buahan ditepi jalan..tak tanya pulak harga ..cuma saya tunjuk camera dan dengan isyarat saya nak merakamkan gambar beliau.dia mengangguk setuju dan terus buat pose comel macamtu..sporting pakcik nie..nak tanya-tanya dia tak boleh berbahasa inggeris..cuma guna isyarat jewlah.



Sepanjang kami berjalan banyak betul kuda lalu menyusuri pergunungan ini..sambil bertanya jika kami semua nak cuba naik ke tidak..bayaran akan dikenakan..lagi lagi dengan wajah saya yang tidak berhidung mancung langsung.. memang dia akan charge dengan harga yang tinggi.




Terjumpa anak remaja dipergunungan balik sekolah..






Suami pun sempat bercerita di sini memang banyak rumah ahli politik pakistan dibina..macam rumah singgah jewlah.tempat diorang nak berehat.patutlah dari pemerhatian saya rumah disini besar dan ada pengawal desetiap rumah.
Bila musim mengundi nak tiba..ahli politik banyak buat ceramah di area sini..dan di pekan mall road untuk meraih undi..kalau nak cerita politik pakistan memang tak akan habis ..sejak benazzir butho sampai sekarang keadaan pakistan sebenarnya tak setabil.


Jumpa orang jual jagung pulak ..jagung bakar yang dah dibuang kulit dan baru dibakar..tak macam jagung bakar di tempat kita..yang ni senang cerita dibakar dobo dobo..tak ada garam dan butter pun..nampak macam keras..







Sambung lagi berjalan.
penat berjalan didokong pulak muhammad nie..leceh sebenarnya bawak budak kecik berjalan ..banyak ragam..nak amik gambar pun tak berapa nak tenang..asik nak memerhatikan dia ..takut berlari sesuka hati.

Kedepan sikit ada orang jual salad pulak..macam salad yang dimakan bersama nasi mandhi gayanya..tapi ada tambahan cili padi dan kacang kuda rebus.
saya ambil gambar dan tengok tengok jew..memang tak beli sebab menjaga perut..takut salah makan kena masuk bilik air banyak kali..dan minum air pun saya catu ..takut nanti asik nak pergi buang air je..

Meneruskan perjalanan lagi nampak ada kedai jual air dan jajan..yang pames jajan disini lays..lays tu kalau ikutkan jajan yang mahal ditempat kita kan..1 paket tu rm 12 ringgit jagak..tapi disini memang fav diorang lays ni..pelik pulak ..padahal kerepk kentang biasa je..rasa pun lebih masin sedikit dari mr potato.

Owhh ada kerusi boleh lepak sekejap sambil minum teh disini ..sebelum sampai ke puncak kashmir point.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang