Pages

Showing posts with label Ikan. Show all posts
Showing posts with label Ikan. Show all posts

Thursday, 9 July 2026

Tenggiri dan Ketam masak lemak daun selasih

 


Bila mood rajin datang ..susun makanan pastu amik gambar..bila mood malas..ceduk terus lauk kat pinggan campur dengan nasi ..tak payah asing hidang..terus makan..hihii senang kerja.


Ritu ada kawan bagi daun selasih banyak sangat..dah beberapa hari terperuk dalam esbok..penat mikir nak buat apa jelah daun selasih yang selambak tu..last teringat pulak lama tak buat masak lemak cili padi buh daun selasih bebanyak..maka terlaksanalah menu tu..sebab ada yang tak makan ketam..maka zila buat dua jenis..satu ikan tenggiri..dan satu lagi ketam..dah tak payah gaduh ..hihii
Resepinya sama je macam masak cili padi biasa tu,cuma tambahkan daun selasih je..yang ni zila buat yang versi pedas sikit..so baru ngam makan ..



Friday, 2 June 2023

Ikan tongkol gulai "stail kelantan" dan pisang tanduk rebus


Makanan kelantan yang satu ni memang menjadi kesukaan ramai..
bila ke kedai atau gerai masakkan kelantan atau terengganu tak sah kalau tak ambik diorang punya ikan tongkol..memang sedap pada tekak kami..walaupun saya bukan penggemar ikan tongkol tapi bila jumpa gulai kelantan terbeli jugak ikan tonkol ni sekelar..

Untuk membuat gulai yang sedap kita kenalah rujuk pada orang yang pakar dalam masakkan kelantan ni,saya rujuk cara memasak gulai kelantan ni di blog azie kitchen..ikut cara dia memasak gulai stail diorangni..sebab dah ada timun dan lada maka saya tambahkan timun dalam tu..senang dah tak payah sibuk nak buat sayur bagai..

Dapat lauk macamni lepastu makan dengan nasi panas,memang jadi bertambah nasi di pinggan..

Gulai ikan tongkol ni saya gengkan bersama pisang tanduk rebus..pisang tanduk masak ni pemberian dari adik lelaki saya ..hasil dari kebun dia..bila dah masak dan direbus macamni rasa dia memang sedap..manis jew..


Ikan Tongkol Gulai Stail Kelantan

Bahan 
Ikan (direbus dg garam dan asam keping)
7 - 8 tangkai cili kering
4 ulas bawang merah
4 hiris lengkuas
1 inci kunyit hidup
1 sudu kecil rempah biji ketumbar
1/2 keping asam keping
Garam dan gula
Santan secukupnya
Timun, kacang panjang atau cili hijau Kelantan (jika suka)

Caranya
  • Ikan direbus dengan air, asam keping dan garam. Kesemua bahan di atas di kisar. Masukkan ke dalam santan dan dimasak dengan api kecil hingga menggelegak. Perlu dikacau selalu. 
  • Kemudian masukkan ikan rebus, asam keping, garam dan sedikit gula. Masak hingga pecah minyak. Jika suka boleh dimasukkan timun yang dihiris, cili hijau Kelantan dan juga kacang panjang yang dipotong.  


Thursday, 30 January 2020

Ikan Bakar tersedap....ايكن بكر ترسداڤ


Dah malam..
esok cuti..bagi orang Joho memang cuti lah kan setiap jumaat..bagi kl esok ganti federal day yang jatuh padi hari sabtu.esok bolehlah keluar sekejap beli barangan dapur,tapi taklah nak berlama sangat pergi ke Mall.almaklumlah waktu sekarang ni memang orang tengak rancak bercerita tentang koronavirus dan influenza A.
Memandangkan Johor Bahru ni memang pintu laluan darat warganegara china dari Singapore masuk kesini..so memang tak boleh nak pergi ke tempat orang yang ramai,terutamanya Mall.

Jom malam ni kita layan ikan bakar,ikan bakar salah satu lauk kegemaran kami,tapi tang sambal tu biasa kami agak cerewet sikitlah.Bukannya apa biasa sangat terkena sambal yang tak berapa sedap,maksudnya sambal tu masih mentah..adoii memang mengecewakan sangat..biasa sambal ikan bakar ni memang kami simpan buat stock..bila rasa teragak nak makan tinggal panaskan jew dan curah atas ikan bakar.


Resepi sambal
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit
3 batang serai
bilis atau udang kering segengam
5 tangkai lada kering
15 tangkai cili padi hijau
2 batang lada merah
(kisar semua bahan diatas)
serbuk kari 1 sudu kecil
5 helai daun limau purut

Panaskan minyak ..tumiskan kesemua bahan hingga garing ..masukkan daun limau purut .siap

Thursday, 23 January 2020

Ikan Goreng Halia - lauk famous bila ketandusan idea nak masak apa


Sibuk sangat rasanya minggu ni,dari sehari ke sehari nak menulis disini macam asik tertangguh jew,minggu ni tak berapa sihat sebenarnya..sok sekk hidung kena selsema..almaklumlahkan sekarang panas hujan tak menentu.tu badan rasa tak berapa nak sihat.

Meh la kita update pic makanan pulak,lauk  kiranya kerap terhidang didapur ..hihii lauk orang malas katanya..tapi bila dah makan memang menambah nasi.

Kita kalau dah hari-hari masak memang akan ketandusan idea nak masak apa untuk esoknya..next esok..dan esoknya lagi..dalam minggu ni memang kerap makan nasi bungkus jew ..sebab mood nak kedapur memang lemau sikit.

Ikan siakap goreng halia memang mudah je nak buat,pejam..pejam mata dah jadi hihii..kalau ada yang tak makan ikan siakap korang boleh ganti dengan ikan lain,ikut sukalah kan ..kita yang nak makan..kenalah pilih apa yang kita suka...ye dak..

Bahan dia
Ikan siakap dilumur garam kunyit dan sedikit tepung jagung,goreng sampai garing.
Bawang putih dihiris,halia muda dihiris dn lada cili padi hijau dan mix sikit cili padi merah.ok yang ni semua gorenglah asing asing.

Bila ikan dah siap goreng letak atas pinggan dan taburkanlah bawang putih,halia dan cili padi yang telah digoreng tadi.lepastu pancitkan kicap sedikit dan sedikit minyak bijan.ok dah siap makanlah dengan nasi panas dan ulam..uhh memang terangkat.


Sunday, 19 June 2016

Menu berbuka 12 Ramadan


Dah bangun sahur ke..
zila dah siap dah makan sahur..dari pukul 12 lebih tadi dah terjaga nak lelap balik memang susahlah sikit pergi dapur godeh-godeh apa yang patut..tgok kuih raya siang tadi beli dua balang..jamahlah sikit..kot-kot esok siang dok teringat..he he heee

ok sambung balik menu ramadan 12 kami..zila sediakan ikan masak steam cara rebus..sebenarnya tak tau nak bagi nama apa..sebab ramuan macam ikan masak steam tapi caranya zila tak stemkan pun,zila rebus ikan siakap dengan air..anggaran banyak mana kuah yang dikehendaki ya..agak-agak ikan dah nak masak masukkan bahan-bahan lainnya..rasanya sama macam ikan masak steam.keadah ini rasanya lagi senang tak payah kluarkan pengukus bagai.

lauk sampigan zila masak terung berlada.dan tart portugese..huh siap buat tart bagai macam rajin betul kan..semuanya zila buat dalam kuantiti yang sedikit je..tart pun sama agak-agak lepas keinginan  jadilah..tart portugis zila ambil resepi dari blog bicara kak nor kak nor guna pastry puff ready made tu jadi kerja lebih mudah. ok stop disini dulu ..jumpa kagi esok ye.

Ikan steam cendawan ala rebus

1 ekor ikan siakap - dibersihkan 
1 labu bawang besar di hiris 8 memanjang
3 ulas bawang putih diketuk
4 biji lada cili hijau  - diketuk
1 cm halia  - dihiris 
2 batang serai diketuk
1 sudu besar perahan air lemon
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar sos tiram
1 pokok daun ketumbar - di potong 3 bahagian
4 helai daun limau purut - disiat sedikit
3 biji cendawan shitakee - di hiris nipis

caranya

  1. Masukkan ayam kedalam periuk dan isikan sedikit air..anggaran banyak mana kuah yang dikehendaki.
  2. Apabila ikan hampir separuh masak masukkan kesemua bahan diatas,tutup periuk dan masak lagi seketika.
  3. Tambahkan daun ketumbar dan daun limau purut.perasakan rasa masinnya,matikan api dan sedia dihidangkan.



Sambal Lado Minang
4 biji terung - Potong  terung dan goreng sehingga agak lembut- angkat ketepikan.

Bahan-bahan
14 batang cili merah hidup - kalau nak lebih tambah
4 biji bawang besar - dikisar
1 biji tomato segar - di dadu
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

Cara
1. Lada di basuh potong kecil dan blender dengan bawang besar dan sedikit air dalam 3/4 cawan blender agak kasar.
2. Panaskan minyak dalam kuali masukkan lada,dikacau hingga agak mengaring ladanya dan naik minyak apinya biar kecil sahaja. ( pastikan lada dimasak sehingga garing)
3. Masukkan garam diikuti dengan buah tomato yang didadu. Balikkan sehingga sambal mesra dan sebati padamkan api boleh dihidang dengan cara hidang dalam mangkuk atau disiramkan atas ikan goreng, ayam goreng atau dengan terung yang digoreng atau dibakar terlebih dahulu pun sedap jugak.  Selamat mencuba.


Portugese Egg Tart
50g kuning telur (anggaran 3 biji)
25g gula castor kaknoor tambah 1 sudu lagi gula
60g full cream milk
100g dairy whipping cream
1/4 sdt vanilla essence
Puff pastry

Caranya
Satukan semua bahan-bahan dan tapis
Gulung puff pastry seperti menggulung swiss roll dan potong kepada beberapa bahagian.
Letakkan potongan puff pastry dan tekan perlahan dan kemas kedlm acuan muffin..
Tuang adunan telur hingga hampir penuh .
Bakar dlm oven 180C selama 30minit api atas bawah
Kemudian tukarkan kepada api atas dan bakar lagi sehingga kekuningan

Wednesday, 4 February 2015

ikan rebus air asam



Assalammualaikum
bersua lagi..dah bulan feb..kejap betul..
sekarang nie zila jarang sikit masuk kedapur..kalau memasak pun sekarang banyak menu simple-simple jew..yang ringkas dan mudah..

kadang-kadang buat telur dadar jew..dengan sayur rebus sikit..mood nak memasak yang heavy macam kelaut jew..ha haa ..senang cerita malas la tu kan..

hari ini nak berkongsi masakan simple.budak kecik pun boleh buat..makan dengan nasi hangat memang bertambah kalau jumpa lauk macamni kan..
rebus ikan kembung..atau ikan jenis lain pun boleh..rebus dengan sedikit air..bila ikan dah masak angkat dan toskan.hiris tomato,cili padi,bawang besar ,daun ketumbar..campur kesemuanya..campurkan dengan air asam jawa..sedikit belacan bakar jika suka garam sikit..dan sedikit kerisik jika suka..perahkan air limau.dan tambahkan dengan air rebusan ikan jika suka...sedia dihidang..

bagi sesiapa yang nak berdiet lauk macamni memang sesuai..amalkan seminggu..insyaallah susut badan..

Wednesday, 17 December 2014

pais ikan kembung sedap


Pais ikan kembung..
lauk yang kerap didapur zila bila terasa malas nak memasak ..suka sangat ikan masak macam ini..pertama sebab mudah sangat..campurkan semua dan letak jewlah di pan..harum satu rumah bau daun -daun dan rempah-rempah..alahaii sedapnya..ditambah pulak makan dengan nasi panas..ermmmm sabar jew lah.


dulu masa kami kecik-kecik emak rajin buat..biasanya satu bungkus emak masukkan 3 ekor ikan..jadi bungkusan tu besar..sekali masak terus dapat 3 ekor.sekarang bila anak-anak dah berumahtangga emak dah malas nak masuk dapur..nak menikmati hidangan dari air tangan emak memang susah..bila teringin makan masakkan zaman kecik-kecik memang kenalah masak sendiri..

zila pulak suka bungkus satu-satu..senang nak makan ..tak payah nak berebut..
zila lebih suka makan rempah-rempahnya dahulu..ikan tu ambil last-last..perahkan sedikit limau kasturi dan tabur lagi sedikit cili potong bagi yang suka pedas..waalaa..



Pais ikan kembung
Bahan
3 ekor ikan kembung
4 tangkai lada besar merah
3 ulas bawang merah
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
halia dan kunyit hidup
3 batang serai 
3 sudu santan kotak
Sedikit air asam jawa
Garam secukupnya
3 helai daun limau purut hiris halus
sedikit serbuk lada

Cara
kisar kesemua bahan.
gaulkan bahan-bahan tadi bersama air asam jawa dan garam,letak sedikit pati ayam.
masukkan ikan kembung dan gaul sebati.
sediakan daun pisang,susun ikan dan bungkus,pin kan kiri dan kanan menggunakan lidi.
panggang atas api sehingga masak.

Sunday, 10 November 2013

siakap kerabu mangga


Assalammualaikum
Bersua kembali hari ini..semoga semuanya diberikan kesihatan yang baik olehnya.
semenjak dah ada baby kecik nie terasa masa yang berlalu terlalu pantas ..sedar-sedar sekejap jew dah hujung minggu..errmmm

beberapa hari yang lepas sempat saya pergi ke pasar ..rasanya dah berbulan tak menjeguk pasar..hanya ke kedai runcit yang berhampiran untuk mencari lauk..kebanyakan barangan yang hendak dicari kadang-kadang tak ada..frust jugak...itupun pergi dengan keadaan nak cepat balik..sebab risaukan baby tinggal dirumah bersama abangnya..



disebabkan dah lama tak ke pasar jadinya banyak jugak barang yang di luar senarai saya
beli,ermmm..bila terpandang pelam muda teringin pulak nak buat kerabu mangga..sedap pulak rasanya kan..capai pelam 3 biji dan beli jugak barang-barang untuk buat kerabu mangga..beli jugak beberapa ekor ikan siakap untuk merialisasikan apa yang dihajati .. 

tapi lauk kering macamne susah nak dibuat lauk..biasanya makan macamtu je dah sedap..saya buat juga sayur sawi tumis air kerana ikan nie kering jew tak ada kuah..anak bujang kalau makan tak ada kuah memang dia lemah sikit.
banyak versi siakap kerabu mangga nie ..ada yang menghiris ikan nie kecil-kecil dan digoreng dan ada juga yang buang tulang belakang dan kemudian baru dicampur dengan bahan kerabu..buat lah mengikut kesesuaian anda..mana-mana pun boleh asal sedap dinikmati..



IKAN SIAKAP KERABU MANGGA

BAHAN-BAHAN
1 ekor ikan siakap 
1 sudu besar kacang goreng 
1 biji mangga muda 
1 biji tomato didadu
ikan bilis goreng di tumbuk sedikit hancur 
Bawang besar hiris nipis 
Cili padi potong nipis 
Sos ikan 
Jus limau nipis 
serai hiris nipis
bunga kantan hiris nipis
Garam dan gula 
sedikit daun ketumbar hiris halus

CARA-CARA
1. Ikan dibersihkan,lumur dengan lada sulah,serbuk kunyit,garam dan tabur dengan sedikit tepung gandum kemudian digoreng garing.
2. Sementara itu, parut pauh muda, ketepikan.
3. Bawang besar dihiris nipis,dadu tomato dan juga cili padi.
4. Campurkan parutan pelam dan bahan-bahan hiris, sos ikan, jus limau nipis, ikan bilis goreng, kacang goreng, bawang besar dan juga cili padi.
5. Gaul mesra dan letak garam dan gula secukup rasa. 
6. Hidangkan .

Thursday, 16 May 2013

steamed fish with lime and chillies


Assalammualaikum dan salam sejahtera..
alhamdulillah zila dan baby sihat ..dah masuk 23 minggu sekarang nie..apabila disahkan ada GDM - Gestational Diabetes Mellitus -Diabetis Semasa Hamil terpaksalah control diet..banyak yang tak boleh dimakan secara berlebihan...alhamdulillah bacaan BSP setakat 2 kali pemeriksaan nie semuanya bawah 4 ..dan doktor kata sampai sekarang semuanya ok..harap akan ok hingga saat melahirkan..aminnn


walaupun dah kena GDM acara memasak memang kena teruskan..kita yang kena diet tapi hubby dan anak masih makan seperti biasa kan..kekadang kecur jugak diorang makan sedap-sedap..he hhee tak apalah kan demi anak dalam kandungan ..sabar..sabar..


untuk kali ini zila mencuba resepi dari dapur kak hazila pulak..pic masakan beliau semuanya cantik-cantik..suka zila ke dapur beliau..mori pun dah pernah cuba ikan steamed nie.. bila diorang kata sedap apalah salahnya kita mencuba ..terbukti memang sedap..berbeza dari ikan steam yang biasa zila buat..cara memasaknya pun mudah dan  senang.


zila gandingkan bersama kerabu pegaga..beberapa hari nie suka sangat makan kerabu..tak kisahlah kerabu apa ..ratah macam tue je..cara membuatnya pun simple.zila tak guna udang kering..gantikan kepada ikan bilis goreng dan sedikit belacan..zila pun tak letak kelapa parut.perah limau...letak hirisan cili padi lebih..biar pedas sikit..baru rasa sedap..
selamat mencuba ^__________^





Steamed Fish with Lime and Chilies

Bahan bahan
1 keping isi ikan merah - cuci dan toskan - zila guna ikan siakap
1/2 sudu teh lada putih
Garam secukupnya
1 tangkai daun ketumbar - hiris halus
1 tangkai daun bawang - hiris halus
1/2 biji limau nipis
3 biji cili padi
1 inci halia - dihiris nipis
2 kuntum cendawan shiitake - hiris nipis - zila tak letak
1 sudu teh minyak bijan
2 sudu makan kicap cair


Cara cara
1. Lumur ikan dengan lada putih dan sedikit garam. Letak ikan di dalam pinggan untuk mengukus.
2. Susun kepingan limau nipis, halia, daun bawang, daun ketumbar dan hirisan cendawan shiitake
   di atas kepingan ikan.
3. Kukus ikan lebih kurang 8 minit atau sehingga ikan masak.
4. Discard ( buang) air kukusan ikan dari piring pengukus, campurkan minyak bijan dan kicap cair,
   tuang ke atas ikan.
5. Hias dengan hirisan daun ketumbar dan daun bawang. Enak dinikmati bersama sama nasi putih.



Tuesday, 14 May 2013

selamat hari ibu


Duhai anak-anak,marilah kita sayangi ibu bapa kita,hormati dan sanjungi setiap masa,mendoakan keselamatan dan kesejahteraannya.Mudah-mudahan hidup kita beroleh ketenangan dan kebahagian,moga kita jua tidak seperti juraij,alqamah,tanggang dan lainnya yang mengecilkan hati ibunya,jadikanlah iktibar dan panduan kisah-kisah tersebut agar kita berwaspada setiap masa.

Ibu dan Ayah maafkan kami andainya kami ada salah dan silap terhadap mu…



Assalammualaikum..
bertemu kembali hari ini..rasanya masih belum terlewat nak ucapkan selamat hari ibu untuk semua yang bergelar ibu..smoga semuanya menjadi ibu yang mithali..tak pernah kenal erti jemu mendidik dan membesarkan anak ..walaupun banyak rintagan yang dihadapi..


ini merupakan hidangan yang sempat zila buat pada hari ahad lepas..bersempena hari ibu yang jatuh pada hari minggu..masakan ringkas hasil dari anak bujang zila..hari itu beri sikit ruang pada dia nak tunjuk bakat memasak..puas dia search menu apa yang sesuai.dan zila pun cadangkan ikan pari bakar ala nyonya..dan sayur kacang goreng bersama udang..berserta air sirap selasih..terima kasih untuk anak ibu yang paling ibu sayang..


ikan pari bakar nie sebenarnya dah lama zila teringin nak makan..sebab tulah zila suruh anak masak..hubby pulak tak makan ikan pari..so dia makan roti arab dengan tuna jer la hari tu..

sebenarnya plan hari ibu tahun ini kami adik beradik nak berkumpul di kampung..satu family bawa satu hidangan ..tapi hari ahad tue hubby zila kena balik ke kuala lumpur pada pukul 3 setengah petang..jadi zila tak boleh ikut serta plan family..kecewa juga ..tapi tak apalah kan..



biasanya hari ibu mesti ada kek kan..tapi dengan keadaan zila sekarang nie memang malas nak buat kek..zila gantikan dengan apple pai dan tart telur..lebih mudah rasanya sebab tak payah fikir nak buat deco kek..
resepi tart telur zila ikut resepi biasa yang pernah zila buat..boleh semak di blog zila ..dan ikan bakar zila ambil resepi dari zaliedana,zila suka kedapur beliau banyak masakan yang menarik..dan orangnya sangatlah rajin tau..ikan nie sangat sedap tak rugi rasanya mencuba.terima kasih atas perkongsian resepi dan zila panjangkan lagi disini.


Apple pai

Bahan-bahan
250 gm tepung - guna tepung gandum
50 gm gula icing
150 gm mentega tanpa garam- guna buttercup
1 biji kuning telur
30 gm air dingin- guna air sedikit je (agak2 boleh kepal)

Cara-cara
Ayak tepung bersama gula aising.gaul  adunan tepung bersama mentega hingga menjadi seperti serbuk roti.
Masukkan kuning telur dan air.Uli hingga menjadi pastri lembut.bungkus menggunakan plastik dan rehatkan didalam peti sejuk selama sejam.
Panaskan ketuhar pada suhu 180 c.Canaikan pastri dan masukkan didalam tin pai16cm atau 20cm.Asaingkan sedikit pastri sebagai hiasan
Cucuk dasar pastri dgn garfu..Bakar 15 minit.
Sapukan rata putih telur pada kulit pai.Tuang inti dan ratakan.
canai baki pastri dan hiris memanjang.Susun bersilang pada permukaan pai
Sapu kuning telur dan bakar selama 30 - 35 minit

Bahan-bahan inti

4 biji epal - dipotong dadu
100 gm gula perang 
1 s/k serbuk kayu manis 
2 s/b tepung gandum

Cara
Masukkan epal dan gula perang dlm periuk dan masakkan sehingga layu.
Masukkan serbk kayu manis dan kacau rata.
Masukkan bancuhan tepung gandum dan kacau rata.
Sejukkan.




Ikan bakar ala nyonya
sumber diari zaliedana
sumber asal: CIK MATdan KAK UMI


Bahan
2 keping (500 gm) ikan pari (diperap garam dan asam jawa, cuci bersih dan toskan)
2 helai daun kunyit
2 kuntum bunga kantan - dihiris halus
2 helai daun limau purut
1/2 cawan santan
3 biji limau kasturi - ambil jusnya
2 keping alluminium foil
Garam dan gula secukup rasa
Bahan Pes (ditumbuk lumat):
4 camca besar cili kisar (boleh guna 6 - 7 biji lada merah) - akak guna lada merah
8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci lengkuas
1 hirisan nipis halia
2 biji buah keras
2 batang serai - hiris halus
1/2 inci belacan yang dibakar
1/2 inci kunyit hidup

Cara-Cara
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk lumat tadi hingga harum.
Masukkan santan, daun limau purut, garam dan gula secukup rasa. Masak dengan api perlahan hingga jadi pes.
Matikan api, masukkan jus limau kasturi, kacau rata dan ketepikan.
Bentangkan alluminium foil dan letak daun kunyit di atasnya.
Bahagikan pes kepada 4 bahagian. Ratakan satu bahagian atas daun kunyit tadi, tabur hirusan kantan, letak ikan dan akhir sekali lumurkan satu bahagian lagi pes atas ikan dan tabur lagi bunga kantan. Ulangi proses yang sama untuk satu keping ikan lagi.
Bakar atas bara api dapur arang. Boleh juga gunakan oven...(akak gunakan oven je lerrr pada suhu 190C selama 30 - 40 minit. Pada 10 minit terakhir, akak buka pembalut foil dan bakar dengan menggunakan api atas sahaja untuk sedikit garing..jangan terhangus dah ya)





Monday, 6 May 2013

acar ikan masin dan nasi lemak pandan

Assalammualikum dan salam sayang semua..


Berlabuh sudah PRU13 kepenghujungnya.tahniah kepada BN sekali lagi diberi kepercayaan oleh rakyat malaysia menerajui negara.masa berkempen sudah berlalu kini masanya untuk mengotakan janji,masa untuk bekerja dan mencapai wawasan untuk melaysia menuju kenegara maju.alhamdulillah tercalit sudah dijari warna biru menandakan saya pun turut serta untuk menunaikan kewajipan kepada negara..





Nasi lemak dan acar ikan masin atau acar ikan kering nie tak ada kene mengena dengan PRU13 tau.zila buat hidangan ini pada hari sabtu pagi,semua barang-barang keperluan dah dibeli dari hari khamis lagi.tapi yang agak payah nak cari ikan kering belah tue..uiittss merata jugaklah merayap kedai dan pasar malam tapi tak terjumpa ..last-last pergi ke kipmart nasib ada..



Resepi yang mudah dan sedap,1st mei haritu zila kemelaka,menziarah kawan - kawan sekolah lama..bila dah bertemu memang gamat semuanya..banyak menu yang sempat dia masak..alahaiii sangat terharu kerana menu semuanya sedap-sedap..dan siap tapau lagi..tq mia atas layanan yang baik dan menu yang sedap.


ini merupakan salah satu menu yang dihidangkan menambat hati kami,rasanya sangatlah sedap bertambah-tambah zila makan.acar ikan masin cara pembuatanyapun mudah.resepi asal dari kawan zila nie tak ada mangga muda..tapi zila tambahkan mangga dan hirisan nenas..sebab ada sebiji mangga dirumah..kira nak habiskan stock la nie..pada sesiapa yang nak mencuba zila copy resepi asal dari kawan zila disini..dan resepi nasi lemak pandan sama seperti nasi lemak yang zila pernah  buat sebelum ini cuma zila tambahkan air pandan sahaja.selamat mencuba..


Acar ikan kering

1 biji nenas-potong kecik2
1 batang serai-hiris
1 batang bunga
 kantan-hiris
2 ulas bawang putih
3 helai daun limau purut-hiris
1/2 botol sos cili thai (guna jenama Life)
1 bj limau nipis-perah dan ambil jusnya
Sedikit garam dan gula


cara-cara

masukkan semua bahan diatas dlm blender dan kisar semua bahan-bahan (tanpa air)sebab nenas dan sos dah berair sampai lumat kemudian tuang dlm mangkuk.

bahan-bahan lain 

ikan kering (goreng ranggup)
1 biji bawag besar-potong dadu/dihiris
Cili Merah-ikut suka banyak mana - dihiris
1 batang timun-buang Kulit dan potong memanjang@ ikut suka
1/2 biji sengkuang kecil- potong ikut suka
sebiji mangga - jika suka
daun ketumbar - jika suka

Campur kan semua bahan  ni kedalam mangkuk tadi..gaul rata..siap

Tuesday, 18 September 2012

gerang asam


Assalammualaikum


salam sejahtera dan salam sayang semua..
dah bercuti 3 hari rasa seronok pulak kan..he hehee..malas betul nak memulakan kerja hari ini..tapi perasaan malas memang tak boleh diikutkan sangat..habis semua kerja tak akan menjadi..betul tak?



dah makan tengahari semua?..
pasti semuanya dah kenyang kan..ada yang dah tengah fikir-fikir nak masak apa untuk menu makan petang pulak..zila tak makan tengahari lagi nie..hari nie perut rasa tak sedap pulak..cuma makan kerepek pisang jew..



oklah jom cerita pasal masak-masak pulak..bila zila show balik pic nie..terasa terliur la pulak..hari ini nak share asam pedas style nyonya melaka..rasanya lebih kurang macam asam pedas johor juga..tapi bagi zila lagi sedap yang style nyonya macamnie...
resepi asal dari chef florence cukup terkenal dalam dunia masakan ..dan keseluruhan resepi nie zila ambil dari dapur ibundo -ayam gerang asam-. zila suka singgah kedapur beliau..semua masakannya sedap-sedap..terima kasih daun keladi buat dapur ibundo..i love u ..

zila tukar ayam kepada ikan keli,atas permintaan bujang kecik kat rumah nie..he hehe  ..dia memang minat makan ikan keli..pada sesiapa yang nak mencuba..silakan..jom semak resepi ..







Keli Gerang Asam
Resepi asal - chef florence
                 - dapur ibundo


bahan - bahan
6 ekor ikan keli

Bahan blender
30 biji cili kering - kurangkan jika tak suka pedas
5 biji bawang sederhana besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
5 biji buah keras
2 batang serai
1 inci kunyit hidup
2 sudu besar serbuk belacan 

70 gram asam jawa + 1300 ml air
sehelai daun kunyit dicarik-carik
1 batang bunga kantan dibelah dua
beberapa helai daun limau purut
beberapa batang daun kesum
2 sudu besar serbuk ikan bilis




cara - caranya
- Panaskan minyak.  Tumis bahan kisar sehingga terbit minyak.  Lamanya proses ini agak-agak 10 ke 15 minit.  Pastikan bahan tumis benar-benar masak. 
- Masukkan ikan,masak sekejap.
- Masukkan air asam jawa bersama bunga kantan, daun kesum, daun limau    purut, daun kunyit, serbuk ikan bilis dan garam. 
- Masak sehingga kuah pekat. perasakan garam dan sedia dihidang. 



selamat mencuba






Monday, 16 July 2012

ikan masak asam


Assalmmualaikum
selamat pagi dan salam sejahtera semua,semoga semuanya sihat disamping orang-orang tersayang yer..



terima kasih atas kunjugan dan komen-komen yang indah dari rakan-rakan semua..terima kasih juga buat follower baru dan lama..zila akan membuat kunjugan balas yer..antara lambat dan cepat jer...i love u allz:)


mesti semua belum masak tengahari kan..he he heee..pagi-pagi dah show lauk kan..melampau betul..sebenarnya lauk beberapa minggu lepas..masih terperap dalam folder nie..he hee kesian dia..zila pun hampir lupa dah..
kerap jugak zila buat lauk macamnie..simple lagipun sedap bila kita makan bersama nasi hangat-hangat..bertambah-tambah nasi tanpa kita sedari kan..ditambah bersama hirisan cili padi..makk aii kalau tergigit tue..memang best..:)


aritu pergi kekedai nampak ibu ikan kerisi ..tak pernah nampak ikan kerisi besar macamnie..so tanpa fikir banyak belilah 2 ekor..memang puas makan..sebab isinya banyak..pada sesiapa yang nak mencuba ..jom semak resepi yang mudah nie..



ikan masak asam

ikan kerisi - lumur kunyit dan garam kemudian goreng .
1 biji bawang besar - dihiris bulat.
2 ulas bawang putih - dihiris halus
5 biji cili padi - dihiris halus - boleh dilebihkan jika suka pedas.
1 cili merah - dihiris
1 inci halia - dihiris 
1 cawan air asam jawa
garam

cara-caranya
panaskan sedikit minyak,tumiskan bahan-bahan yang dihiris hingga bawang sedikit layu.
masukkan air asam jawa,tunggu mendidih dan sedikit pekat
perasakan dengan garam.
masukkan ikan yang telah digoreng tadi..
sedia untuk dihidang.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang