Pages

Wednesday, 17 December 2014

pais ikan kembung sedap


Pais ikan kembung..
lauk yang kerap didapur zila bila terasa malas nak memasak ..suka sangat ikan masak macam ini..pertama sebab mudah sangat..campurkan semua dan letak jewlah di pan..harum satu rumah bau daun -daun dan rempah-rempah..alahaii sedapnya..ditambah pulak makan dengan nasi panas..ermmmm sabar jew lah.


dulu masa kami kecik-kecik emak rajin buat..biasanya satu bungkus emak masukkan 3 ekor ikan..jadi bungkusan tu besar..sekali masak terus dapat 3 ekor.sekarang bila anak-anak dah berumahtangga emak dah malas nak masuk dapur..nak menikmati hidangan dari air tangan emak memang susah..bila teringin makan masakkan zaman kecik-kecik memang kenalah masak sendiri..

zila pulak suka bungkus satu-satu..senang nak makan ..tak payah nak berebut..
zila lebih suka makan rempah-rempahnya dahulu..ikan tu ambil last-last..perahkan sedikit limau kasturi dan tabur lagi sedikit cili potong bagi yang suka pedas..waalaa..



Pais ikan kembung
Bahan
3 ekor ikan kembung
4 tangkai lada besar merah
3 ulas bawang merah
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
halia dan kunyit hidup
3 batang serai 
3 sudu santan kotak
Sedikit air asam jawa
Garam secukupnya
3 helai daun limau purut hiris halus
sedikit serbuk lada

Cara
kisar kesemua bahan.
gaulkan bahan-bahan tadi bersama air asam jawa dan garam,letak sedikit pati ayam.
masukkan ikan kembung dan gaul sebati.
sediakan daun pisang,susun ikan dan bungkus,pin kan kiri dan kanan menggunakan lidi.
panggang atas api sehingga masak.

10 comments:

Kakzakie said...

Oh letak santan ye Zila. Lain kali kakak cuba cara Zilalah sebab kakak biasa tak guna santan..

Bbwana adienia said...

wana pun suka makan ikan pais..boleh bertambah nasi makan dengan ikan ni..heheh

Rosdi Eunos said...

Tulah kan? Kalau air tangan mak mak kita memang antara yang terbaik. Saya bukan penggemar ikan melainkan ikan goreng, tapi kalau buat pais ni saya makan rempah jer. Hehehe. Nampak sedap!

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Terliur akak tengok pagi2 ni pais ikan kembung ni Zila..

umi's cup cake said...

sedapkan zila pais ikan ni..makin bertambah nasi..hihi

Amie said...

Air tangan ibu memang tak dapat dilupakan... Bonda kami suka buat pais ikan, bungkus dengan daun lengkuas!

Ayu said...

Assalam zila,
memang sedap lauk pasi nimakan dgn nasi alat2 aje dah boleh...malah boleh bertmabah nasi berpinggan2..hehe

tun_telani said...

Salam kak zila cantekkk :) mmg masakan mak paling sedap.. tun xpenah try lagi pais ikan, nmpk senang, nnti blh cuba.

Mayang ABDUL RAZAK said...

MAK AKAK SELALU BUAT NI... TAPI AKAK X PENAH WAT LAGI .. KENA TRY NI...

mardiana abu darin said...

tak pernah cuba resipi mcm ni lagik...kene try ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...