Pages

Friday, 7 December 2012

langkawi - part 3


Assalammualaikum
salam sejahtera dan salam sayang semua ...rehat sekejap dari masak-masak...bersambung kembali cerita percutian kami ke langkawi..masuk hari kedua kami di pulau ini..tidak lengkap rasanya jika kita menikmati keindahan pulau yang ada di sekitarnya..dan we continued our journey to langkawi island hopping..


jetty tempat kami menunggu bot

island hoping nie kita dapat melawat 3 tempat dan masa yang diberi selama  4 jam..tasik dayang bunting,eagle feeding dan beras basah island..seawal 9 pagi pemandu van dah menalifon saya..diorang dah menunggu kami didepan hotel..tapi kami dari pukul 8 lebih dah ready..dan kami sempat bersarapan di restoran ianya terletak dihadapan hotel kami sahaja..


pemandangan indah dikiri kanan jetty.deretan bot yang akan membawa pelancung-pelancung ke pulau..dalam 9.30 sampai di jetty nie..sambil menanti bot sempat jugak mengambil gambar.


destinasi pertama kami 'Tasik Dayang Bunting'..abang bot tue berhentikan bot tue sekejap di tengah-tengah laut untuk melihat gunung yang berbentuk perempuan menggandung....memang shape tu jelas kan..masing-masing bolehlah ambil gambar disini..kemudian kami meneruskan perjalanan ke tasik dayang bunting..kata abang tue tasik terletak di belakang gunung yg berbentuk perempuan menggandung tue jew.




sampai sudah ke tasik dayang bunting..tapi ini masih air laut..belum jumpa tasik lagi..





inilah pulau-pulau yang ada disekitar pulau langkawi.





pendakian kami nak menuju ke tasik dayang bunting..kena mendaki tangga dan menuruni anak tangga..tapi tak tinggi mana..dalam 15 minit mendaki..masa yang diberi disini dalam satu jam..rasa macam kejap sangat..





pemandangan indah di tasik..ramai yang celup-celup kaki..dan ada yang tidak melepaskan peluang untuk mandi..hubby dan anak sempat diaorang mandi..saya jew yang tak berpeluang..cuaca time tue sangat-sangat panas..



wahhh bestnya anak dan hubby dapat mandi..ada orang kata pada sesiapa yang masih tidak dapat zuriat bolehlah mandi disini..tapi semua itu dari Allah..janganlah percaya sangat nanti jadi kurafat pulak kan..



pada sesiapa yang nak menikmati keindahan tasik bolehlah sewa paddle boat nie..sewanya berapa saya tak pasti..tapi ramai jugak yang sewa..


cantik kan pemandangan disini...



pemandangan di jetty sekitar tasik dayang bunting


masa sejam tu hampir habis..tak puas rasanya menikmati keindahan alam di sekitar tasik ini..semuanya saya rasakan seperti sebuah lukisan yang indah...
bot dan team kami meneruskan destinasi ke tempat yang kedua..eagle feeding.



burung-burung helang yang terbang rendah..


banyakkan burung helang disini..pemandu bot akan memberhentikan kita disini..kita dapat melihat burung-burung helang yang terbang rendah..amat meyeronokkan buat saya...rasanya helang-helang nie dah tak reti cari makan sendiri...kebanyakkan pemandu bot memberi makanan  pada helang-helang nie..



 pemandangan yang amat indah ..umpama sebuah lukisan..




destinasi terakhir...beras basah island..cantik..pantai yang indah dan bersih..sesiapa yang suka mandi pantai bolehlah mandi..tapi saya tak minat sangat mandi pantai nie..so saya habiskan masa dengan mengambil gambar dan melihat gelagat orang jew..




pemandu bot tue turunkan team kami disini..masa diberi 1 jam bolehlah jalan-jalan..






hubby dan anak..dimana-mana jew mesti diorang akan mandi..




banana boat..yang ini pun disewakan..yang pergi ramai-ramai tue memang best..boleh naik ramai-ramai..


pic ini zila ambil dari jetty ..suka tengok pemandangan yang indah disini..pokok kelapa yang menghijau memang sangat mendamaikan.


dimana-mana sahaja berada..pelancong asing tetap ramai.

\
 saat-saat kami nak balik datang 1 group timur tengah..dan diorang excited nak terbang macamtu..bestnya..nak cuba takut gayat pulak h ehheee..


ok lah berakhir sudah untuk part 3..zila akan sambung diminggu hadapan part 4 pulak yer..banyak pulak la part-part kan..h ehhe salam dan bye semua..jumpa lagi next week.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang