Pages

Monday 8 April 2019

Pakistan dan kehidupan orang disini


Lama dah dibiarkan blog ini menyepi..sambung lagi entry tertunggak..
Pakistan dan kehidupan orang disini..
Bumi pakistan agak kering ..nak jumpa hujan memang susah sikit..kalau ada hujan pun dalam setahun beberapa kali je.
Oleh kerana keluarga suami duduk ditengah bandar yang berpenduduk padat ..sangat sukar untuk melihat pemandangan yang hijau boleh menyegarkan mata disini..kebanyakkannya  hanya rumah yang dari sudut pandagan mata macam rumah tak siap..tapi memang macamni rupanya gaya rumah diorang ..dari luar memang tak berplaster. .tapi dalam rumah cantik dan susun atur perabut macam rumah orang kita jugak ..pembenaan rumah rapat2 susah nak tau rumah kita yang mana satu ..sebab antara pintu rumah sebelah dengan pintu rumah kita memang rapat sangat.


Rumah diorang ni kebanyakkannya 3 atau 2 tingkat ..ni pemandagan dari tingkat 3 ..biasanya tingkat atas tempat diorang sidai baju..buat aktiviti macam bbq..kalau yang rajin boleh tanam pokok bunga..tapi macam susah nak tanam pokok bunga kat sini..nampak sana sini kering ..pokok kalau hidup pun macam tak sihat ..
Tiap pagi saya akan berdiri kat situ ..saja tengok orang lalu lalang..biasanya peniaga akan lalu didepan rumah sambil bertriak menjual hasil jualan..dan ada jugak peminta sedekah yang akan lalu ..di sini peminta sedekah dia lain sikit..sepanjang jalan dia akan berceramah macam ustaz..cerita dosa ..pahala ..kematian..dan suara peminta sedekah nie memang kuat sangat..sampai jelas biji butir apa yang dia cakap..cuma saya jew tak faham..tapi balik2 ayat syaitan tu diulang2 ..macamtulah..dan bila kita nak bagi duit hanya bukak pintu   jew hulur duit..


Gambar kanak-kanak disini..masing masing teruja bila saya panggil untuk bergambar..


Orang pakistan nie kalau yang kaya memang kaya sangat..tapi kalau yang susah memang betul2 susah..nak cari macam kita yang sederhana memang tak ramai.
Kalau kenegara yang kurang maju macamni memang kita akan rasa nikmat bersyukurnya duduk kat negara kita malaysia..baru kita terbukak mata sikit..tulah kalau orang malaysia nie gaduh pasal politik saya memang kurang suka nak baca..
pakistan salah satu contoh negara yang sentiasa konflik dari segi politik..dari awal dulu sampai sekarang tak berpenghujung..rasuah memang bermaharajalela..kesannya rakyat yang tanggung..kerja tak ada..nak buat pembangunan pun susah.


Motosikal gaya gini memang fames kat sana..rata2 diorang menunggang motosikal macamni..macam moto rxs kan..yang ni memang pakai clutch..macam leceh sikit nak handle..kena pandai seimbangkan clutch tangan tu.



Cuaca diketika saya pergi nie berkabus..beragin dan sejuk.katanya masatu ada pembakaran haram di india.jadi sana sini keadaaan jadi samar2 ..mood nak ambik gambar pemandangan luar agak terbantut.


Mejoriti mana-mana apabila jejak kaki kat rumah orang pakistan memang tak ada istilah bukak kasut..kasut memang kena pakai dalam rumah.. tak kesahlah mozek rumah kita cantik berkilat sekalipun..
dan kasut atau selipar diorang nie semuanye bling2..cantik sangat tapi material dia macam ada keras sikit.



Sarapan pagi gaya orang pakistan..
ada yogurt fresh yang murah sangat harganya..dan makanan ruji memang roti ..atau capati..atau naan ..kalau dirumah keluarga suami memang jarang buat capati sendiri dirumah..memandangkan ahli keluarga suami nie memang tak ramai cuma tiga beradik jew..makan pun memang tak banyak ..senang kerja memang diorang beli je hari2.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang