Pages

Tuesday, 25 June 2013

selamat ulang tahun untuk kami


"Ya Allah .. berikan lah kami kebahagiaan yang berkekalan dalam mengharungi gelora rumahtangga kami ... Kau kurniakan lah kepada kami kesabaran dan ketabahan yang tinggi dalam menangani apa jua permasaalahan yang timbul dalam kami rumahtangga kami ini .. limpahi lah rahmat mu kepada kami .. agar kami tidak menjadi manusia yang lupa pada tanggungjawab yang diamanahkan kepada kami ameenn..."


Salam sayang dan bersua kembali ..alhamdulillah zila sihat seperti biasa..kandungan pun ok..terima kasih atas doa dari sahabat-sahabat zila di alam maya..

sambutan ulangtahun perkahwinan kami yang dah lama berlalu..9 june haritu..tak sempat nak menulis sesuatu disini..biasalah semuanya nak dibuat ..terasa tak terkejar nak gapai semuanya..he hhe hee..

sebenarnya tiada acara buat kek atau membeli kek yang cantik dan sedap-sedap..sambutan yang simple..disebabkan time mengandung nie zila disahkan ada kencing manis..jadinya semua kek dan makanan manis kena tinggalkan dulu..demi kesihatan baby jugak..


tapi pada hari itu en suami nak makan kek kelapa..kek simple dan mudah ..katanya tak ada kek lain tak apalah asal buatkan kek simple untuk dia..suami zila memang pengemar tegar kek..seminggu sekali mesti nak makan ..
dan untuk hari itu zila pun tak masak sesuatu yang istimewa..kena tunda pada hari lain sebab badan rasa malas sangat...masak pun ala kadar asal boleh lepas tekak kami bertiga ..he hhee mood kelaut..



disebelah petang kami habiskan masa berjalan jalan di puteri harbour..tempat baru area iskandar malaysia..sebenarnya tak jauh mana dari rumah kami..lebih kurang setengah jam..
jalan-jalan dan ambil gambar..kebetulan cuaca redup..ramai yang datang bawa anak-anak bersiar-siar..








dalam perjalanan nak balik kerumah sempat singgah sekejap di legoland .kebanggaan orang johor..tak masuk pun cuma ambil gambar dari dalam kereta..tunggu siap sepenuhnya baru nak masuk legoland tue..
lagipun tengah mengandung macamnie macam tak ada mood nak masuk..tunggu lepas bersalin nanti lah..baru best sikit kan..



Kek Kelapa
oleh:zila norazila

Bahan-bahan
5 biji telur ayam gred A
2 cawan gula pasir
2 cawan tepung gandum
300 gram kelapa parut putih
1 cawan minyak masak
1 sudu teh baking powder
Sedikit essen vanilla

Cara-cara
1.  Panaskan oven 170c
2.  Satukan tepung gandum dan baking powder,kemudian diayak.
3.  Pukul telur bersama gula hingga kembang dan gebu.
4.  Masukkan sedikit essen vanilla.
5.  Kemudian masukkan tepung yang telah diayak,gaul rata.
6.  Masukkan kelapa parut dan ratakan sehingga sebati.
7.  Akhir sekali masukkan minyak masak.
8.  Bahagikan adunan kepada 2 warna,merah dan kuning.
9.  Griskan Loyang dengan mentega,lapiskan baking paper.
Masukkan adunan ke dalam Loyang secara berselang seli.dan bakar selama 1 jam atau sehingga masak


oklah sampai disini dahulu untuk hari ini..bye semua^__^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...