Pages

Showing posts with label Malaysia - Langkawi. Show all posts
Showing posts with label Malaysia - Langkawi. Show all posts

Saturday, 15 December 2012

langkawi part 4

Assalammualaikum salam sayang dan salam sejahtera semua.bersambung kembali langkawi part 4..inilah diantara tempat-tempat yang kami lawati..

Galeri Perdana, galeri yang menempatkan pelbagai hadiah yang diterima oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Yang ni memang kena singgah sebab zila tak pernah tengok apa yang beliau pernah terima sepanjang 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri.

Tun Dr. Mahathir dilahirkan pada hari Jumaat tanggal 20 Disember 1925. Putera kepada pasangan Mohamad bin Iskandar dan Wan Tempawan binti Wan Hanafi ini dilahirkan di rumah bernombor 18, Lorong Kilang Ais, bersebelahan dengan Jalan Pegawai, Seberang Perak, Alor Setar, Kedah.
Dr. Mahathir digelar "Bapa Pemodenan Malaysia" dan merupakan pemimpin yang paling lama memegang jawatan sebagai Perdana Menteri, iaitu dari 16 Julai 1981 hingga 31 Oktober 2003.

Pada tahun 1997, majalah Asiaweek telah menamakan Dr.Mahathir sebagai antara 50 individu yang paling berkuasa di Asia, dimana beliau menduduki tempat kedua dalam senarai yang dikeluarkan oleh majalah tersebut.



Sepanjang 22 tahun beliau memegang jawatan pentadbiran tertinggi negara, banyak kemajuan dan pembangunan yang telah beliau rancang dan laksanakan. Walaupun kadangkala cetusan idea dan wawasan beliau kurang difahami, namun hakikatnya beliau merupakan seorang yang berpandangan jauh dan terkehadapan, malah lebih jauh daripada pemikiran orang Melayu khususnya.


Kini, kebergantungan ekonomi negara terhadap bidang perindustrian begitu ketara apabila sektor perkilangan membentuk 30% daripada asas ekonomi negara manakala sektor pertanian menurun kepada 8% sahaja berbanding 23% kira-kira 22 tahun lalu.



Kejayaan Malaysia sebagai negara membangun dan sebuah negara Islam yang unggul di rantau ini telah diiktiraf dunia. Warisan pusaka yang ditinggalkan oleh Dr. Mahathir dapat kita lihat berada di mana sahaja.


kami menyambung perjalanan kami di Kompleks Kraf Langkawi ialah One Stop Craft Centre yang telah ditubuhkan di Langkawi pada tahun 1996 untuk memudahkan para pelawat membeli kraf Malaysia..

Kompleks Kraf Langkawi menyediakan ruang niaga bagi usahawan-usahawan menjual pelbagai produk kraf buatan Malaysia kepada pengunjung dari dalam dan luar Negara yang berkunjung ke Langkawi. Kompleks ini terletak kira-kira 21km perjalanan dari Bandar Kuah dan 24 km dari Lapangan Terbang Padang Mat Sirat yang menjadi pintu masuk utama ke Pulau Langkawi.


cantik kan hasik kerja tangan diorang..wahh saya sangat kagum



Kompleks Kraf Langkawi mempunyai dua buah Muzium iaitu Muzium Adat Istiadat Perkahwinan dan Muzium Warisan yang memaparkan budaya dan adat Perkahwinan kaum-kaum utama di Malaysia serta pameran barang-barang seperti keris-keris dan artifak-artifak lama yang mempunyai nilai dan sejarah yang tersendiri.
kami tak sempat ambil banyak gambar disini sebab masing-masing sibuk..h ehhe



dari awal pagi kami dah plan nak kesini..cable car..tapi memang amat menghampakan sebab hari itu cable car tidak beroperasi..petir dan hujan tidak selamat untuk penggunjung..wahh amat frust giteww kan..so saya hanya mampu mengambil gambar dari jarak jauh jew lah kan...


tgok tue..bestkan bila dapat berada di puncak tue..keciwaa..tapi hubby saya kata next time bolehlah naik..kalu dah semua tempat dilawati next time dah malas nak datang lagi...errmmmm saya dengar jew la..h ehhee



deretan kedai di area cable car..






dalam perjalanan nak balik kami singgah disini sekejap..sebab pemandanganya sangat cantik..dua model saya pose la sampai letih..last-last pic saya yang tak ada rupanya..he hhee.



plan nak balik ke hotel kami batalkan..lagipun baru pukul 6 lebih masa tue..kami pergi cari tempat makan dan menunaikan solat maghrib..siap semua kami pergi ke idaman suri..

tempat orang perempuan membeli belah..first time saya ke idaman suri..memang ramai pengunjung..tak banyak yang saya beli ..cuma round-round jew.pukul 9 permis perniagaan pun hendak ditutup...wahhh cepatnyaa..terperanjat jugak la..sebab kalau kat jb sampai ke 10.30 atau 11.00 baru nak tutup..he hhe alahaii tak puas cuci mata..esok dah nak balik..


hari terakhir di pulau langkawi..sebelum pulangkan kereta yang kami sewa..sempat lagi saya kesini..bersebelahan dataran lang..cantik tempat nie..sempat saya ambil beberapa keping gambar sebagai kenang-kenangan.

 tengok..cantik kan..tapi time tue rumput-rumput baru lepas dipotong..tue antara longgokan rumput yang belum di pungut..tapi saya tetap suka pemandagan disini..memang mendamaikan.

pokok-pokok pun baru lepas dicantas..tapi tetap damai..


inilah dia dataran helang..tak lengkap rasanya jika tidak kemari ..ramai pelancong-pelancong menggambil gambar disini..

Dataran Helang merupakan mercu tanda Langkawi dan juga merupakan tugu tumpuan pelancong yang terkemuka di pulau Langkawi Malaysia.. Ia merupakan patung helang setinggi 12 meter yang menggambarkan Lang yang dari mana Langkawi mendapat namanya. 


Kedudukan patung Lang gergasi ini terletak bersebelahan dengan pelantar jeti Kuah, dengan sayap berkepak sedia untuk menyusur keudara menjadikannya satu pemandangan yang mengkagumkan bagi para pelancong sedia untuk mendarat dipulau ini.

berakhir sudah percutian saya disini..pukul 12 tengahari kami beli tiket feri ke kuala kedah..ambil kereta dan  pulang ke jb..


Friday, 7 December 2012

langkawi - part 3


Assalammualaikum
salam sejahtera dan salam sayang semua ...rehat sekejap dari masak-masak...bersambung kembali cerita percutian kami ke langkawi..masuk hari kedua kami di pulau ini..tidak lengkap rasanya jika kita menikmati keindahan pulau yang ada di sekitarnya..dan we continued our journey to langkawi island hopping..


jetty tempat kami menunggu bot

island hoping nie kita dapat melawat 3 tempat dan masa yang diberi selama  4 jam..tasik dayang bunting,eagle feeding dan beras basah island..seawal 9 pagi pemandu van dah menalifon saya..diorang dah menunggu kami didepan hotel..tapi kami dari pukul 8 lebih dah ready..dan kami sempat bersarapan di restoran ianya terletak dihadapan hotel kami sahaja..


pemandangan indah dikiri kanan jetty.deretan bot yang akan membawa pelancung-pelancung ke pulau..dalam 9.30 sampai di jetty nie..sambil menanti bot sempat jugak mengambil gambar.


destinasi pertama kami 'Tasik Dayang Bunting'..abang bot tue berhentikan bot tue sekejap di tengah-tengah laut untuk melihat gunung yang berbentuk perempuan menggandung....memang shape tu jelas kan..masing-masing bolehlah ambil gambar disini..kemudian kami meneruskan perjalanan ke tasik dayang bunting..kata abang tue tasik terletak di belakang gunung yg berbentuk perempuan menggandung tue jew.




sampai sudah ke tasik dayang bunting..tapi ini masih air laut..belum jumpa tasik lagi..





inilah pulau-pulau yang ada disekitar pulau langkawi.





pendakian kami nak menuju ke tasik dayang bunting..kena mendaki tangga dan menuruni anak tangga..tapi tak tinggi mana..dalam 15 minit mendaki..masa yang diberi disini dalam satu jam..rasa macam kejap sangat..





pemandangan indah di tasik..ramai yang celup-celup kaki..dan ada yang tidak melepaskan peluang untuk mandi..hubby dan anak sempat diaorang mandi..saya jew yang tak berpeluang..cuaca time tue sangat-sangat panas..



wahhh bestnya anak dan hubby dapat mandi..ada orang kata pada sesiapa yang masih tidak dapat zuriat bolehlah mandi disini..tapi semua itu dari Allah..janganlah percaya sangat nanti jadi kurafat pulak kan..



pada sesiapa yang nak menikmati keindahan tasik bolehlah sewa paddle boat nie..sewanya berapa saya tak pasti..tapi ramai jugak yang sewa..


cantik kan pemandangan disini...



pemandangan di jetty sekitar tasik dayang bunting


masa sejam tu hampir habis..tak puas rasanya menikmati keindahan alam di sekitar tasik ini..semuanya saya rasakan seperti sebuah lukisan yang indah...
bot dan team kami meneruskan destinasi ke tempat yang kedua..eagle feeding.



burung-burung helang yang terbang rendah..


banyakkan burung helang disini..pemandu bot akan memberhentikan kita disini..kita dapat melihat burung-burung helang yang terbang rendah..amat meyeronokkan buat saya...rasanya helang-helang nie dah tak reti cari makan sendiri...kebanyakkan pemandu bot memberi makanan  pada helang-helang nie..



 pemandangan yang amat indah ..umpama sebuah lukisan..




destinasi terakhir...beras basah island..cantik..pantai yang indah dan bersih..sesiapa yang suka mandi pantai bolehlah mandi..tapi saya tak minat sangat mandi pantai nie..so saya habiskan masa dengan mengambil gambar dan melihat gelagat orang jew..




pemandu bot tue turunkan team kami disini..masa diberi 1 jam bolehlah jalan-jalan..






hubby dan anak..dimana-mana jew mesti diorang akan mandi..




banana boat..yang ini pun disewakan..yang pergi ramai-ramai tue memang best..boleh naik ramai-ramai..


pic ini zila ambil dari jetty ..suka tengok pemandangan yang indah disini..pokok kelapa yang menghijau memang sangat mendamaikan.


dimana-mana sahaja berada..pelancong asing tetap ramai.

\
 saat-saat kami nak balik datang 1 group timur tengah..dan diorang excited nak terbang macamtu..bestnya..nak cuba takut gayat pulak h ehheee..


ok lah berakhir sudah untuk part 3..zila akan sambung diminggu hadapan part 4 pulak yer..banyak pulak la part-part kan..h ehhe salam dan bye semua..jumpa lagi next week.

Friday, 16 November 2012

langkawi - part 2


Assalammualikum salam sejahtera dan salam sayang semua..
bersambung kembali kisah percutian kami di langkawi ...keluar dari underwater world kami memandu kereta kesini.."Telaga Tujuh"..pada sesiapa yang nak menyewa kereta,sampai di jetty kuah banyak kereta sewa disediakan disitu...pilih jer lah mana kereta yang kita berkenan..biasanya waktu-waktu cuti sekolah sewa pun naik ..dan jangan risau bila memandu di pulau langkawi sebab pulau nie kecil jew..pusing-pusing  pun pasti tak sesat..follow je signbord ok..


Telaga tujuh merupakan satu tempat yang menakjubkan..ia merupakan air terjun yang terbentuk dari pecahan tujuh telaga semulajadi.biasanya saya menjejaki air terjun di kota tinggi jew..tapi kali ini kami terpaksa mendaki pada satu jarak yang amat-amat tinggi bagi saya..he hhee seriously hampir pitam..sebab tak cukup enargy ..hah haaa



pic diatas tue saya ambil dipertengahan ..perrhhh tak larat kan?..mula-mula saya dah nak berpatah balik..tapi suami dan anak kata alang-alang dah sampai ketengah baik teruskan..entah berapa puluh kali saya berhenti berehat ..ramai jugak pelancung asing yang mendaki bersama kami..diorang pun sama macam nak pitam jugak..h ehhee



kera pun banyak kat sini..sepanjang pendakian kiri kanan ada kera..tapi tak bahaya ..sebab dia tak kacau kita pun..


akhirnya saya sampai juga di puncak..inilah pengakhiran pendakian kami..bila tengok deruan air terjun yang sangat-sangat indah terpadam keletihan kami semua..memang sangat menakjubkan keindahan ciptaan Allah ini..saya tak melepaskan peluang menggambil seberapa banyak gambar..



itulah amoi yang sama-sama nak pitam dengan saya time mendaki ..ha hhaaa..sampai jew di puncak dia terus mandi..cantik kan air terjun disini.



jernih kan....kalau dekat memang saya dah kutip batu-batu nie..memang cantik pemandagan disini..


cuaca yang redup..



 ramai orang asing yang mandi disini..memang seronok tengok gelagat diorang..



anak pun tak melepaskan peluang..nampak jer air terus happy..



ini member saya masa kat puncak nie..he hhee sebab dah tak ada orang melayu yang nak borak dengan saya..so saya pun borak-borak la dengan dia nie..cantik kan..diaorang nie baru jew mendirikan rumahtangga..dan pergi ke langkawi untuk honeymoon..patutlah inai penuh dijari kan..diorang datang dari oman..


setelah puas bermain air..dan keletihan pun dah hilang..kami pun berangkat pulang..tengok h ehhee bukan main laju saya turun kan..dan sepanjang kami turun tue..masing-masing yang nak mendaki asik tanya .'.jauh lagi tak."..he hehe


sampai dibawah terus cari air..air kelapa pilihan saya..sebab saya kurang minat air tin..cari air kelapa yang sejuk..perrrgghhh lega yang teramat..



meneruskan perjalanan kami ..ke sini ' BERAS TERBAKAR'..dibawah signbord tue..deretan kedai..semuanya ada disitu..kebanyakanya kain batik..saya sempat round-round disitu..maaf sebab tiada pic sebab mr hubby yang pegang camera time tue..entah apa yang dia snap..h ehhee..


inilah kawasan beras terbakar..tak nampak beras pun..cuma ada kesan-kesan hangus di kawasan tanah tue..saya tak ambil gambar dari jarak dekat..sebab mr hubby guna lens jauh...



pemandangan dihadapan beras terbakar..
oklah bersambung lagi ke part 3..tunggu ok..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang