Pages

Wednesday, 29 January 2014

karipap pusing / spiral curry puffs



Assalammualikum
haii ..bersua lagi..minggu nie macam rajin sikit update blog..bukannya apa..kalau free memang suka menulis sesuatu disini..cuma kadang-kadang anak meragam..dan badan pulak dah letih ..tu la penyumbang malas nak menaip..pic masakan berderet..cuma nak post jew terhegeh-hegeh ..he hee hee


hari ini nak kongsi menu karipap pusing..dulu-dulu pernah tolong kawan buat karipap pusing nie..time tu tak kawin lagi..emak dia berniaga di pasar malam..karipap dia memang sedap..tapi resepi tu zila dah lupa ..almaklumlah berpuluh tahun..dan kawan tu pulak dah bertahun tak jumpa..emak beliau pun dah meninggal dunia..insyallah nanti kalau terjumpa kawan tu ..zila share resepinya disini ok..


sebenarnya dah banyak resepi karipap pusing zila cuba..banyak perbezaan bila kita menggunakan majerin dan shortening..tapi kali ini zila sharekan resepi dari kak shiela dulu yang menggunakan shortening dan majerin.
lapisannya sangat jelas kelihatan..kulitnya jugak agak rangup..yang menggunakan majerin lapisannya agak kurang..tapi tetap rangup jugak..

zila suka kedua-dua resepi..dah banyak kali buat..tak mengecewakan..ramai yang dah cuba resepi kak shiela kan..buat akak shiela tq very much kak..share resepi disini jugak..buat rujukan diri dan kawan-kawan.


Bahan doh A 
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar veg shortening
2 sudu besar marjerin

Cara

  1. Satukan semua bahan doh A. Gaul hingga sebati dan boleh di kepal atau dibulatkan. Bahagikan kepada 4 bahagian dan bentuk lah menjadi bulat dan ketepikan. 

Bahan doh B
2 cawan tepung gandum
1/4 cawan minyak jagung
1 sudu kecil garam atau secukup rasa
1/2 cawan air anggaran - boleh tambah air sedikit lagi jika adunan keras

Cara

  1. Untuk doh B panaskan minyak dan tuang dalam kedalam mangkok yang berisi tepung.. buat satu kawasan lekuk ditengah tepung untuk menuangkan minyak panas.
  2. Gaul rata dengan senduk atau sudu ( AWAS MINYAK PANAS!!) sehingga menjadi serbuk roti. 
  3. Bancuhkan bersama air dan tuangkan sedikit demi sedikit kedalam tepung sambil menguli. Uli hingga sebati dan agak tak melekat di tangan. Doh di bahagi 4 dan dibulatkan


Gelekan satu bahagian doh B yang telah di gelekkan tadi dan masukan satu bahagian dari doh A . Bungkus menjadi bulat dan ketepikan. Ulangi untuk doh-doh seterusnya.
Doh yang telah disatukan tadi di gelek sederhana tidak tebal dan tidak nipis

Kemudian gulung dan gelekan lagi sekali ke atasnya. Sama macam tadi sederhana ketebalannya dan digulung lagi. Ulangi untuk doh seterusnya, selepas proses ini rehatkan doh sebentar lebihkurang 15 minit agar mesra dan lembut.



Ambil doh dan potong kepada 6 bahagian. Gelekan sedang-sedang sahaja jangan terlalu nipis atau terlalu tebal, sedang-sedang sahaja. Masukan inti..lipat dan klim.

Untuk menggoreng karipap .. panaskan minyak biar betul-betul panas dengan api yang sedang tapi jangan terlalu kecil sangat takut karipap ni menyerap minyak .goreng biar keperangan.. baru lah di angkat dan tos kan...



untuk inti..ikutlah citarasa masing-masing..inti sardin atau keledek pun ok jugak. selamat mencuba.

Monday, 27 January 2014

tart kentang



Assalammualaikum
bersua kembali ..tupp tapp dah nak penghujung january..cepat kan?..kadang-kadang kan macam tak perasan masa berlalu ..bagun tidur pergi kerja..amik anak..balik rumah ..tido..dan esoknya ulang perkara yang sama ..sampailah time cuti hujung minggu..macamtulah rutin hidup..apa-apa pun hidup mesti terus..kena isi dengan perkara-perkara yang indah..



ok lah hari ini nak share satu resepi yang zila telah cuba beberapa hari lalu..simpan resepi nie agak lama jugak..nak buat tak terbuat-buat lagi..dan bila dah ada cheese dirumah terlaksanalah ..

resepi simple dan mengeyangkan..kalau dah jemu makan nasi bolehlah makan tart kentang nie..sedap..makan cicah sos..time panas-panas..alahai..lagi-lagi letak cheese mozarella bayak sikit..ermmm best..
zila letak craps stick tu lebih..bila gigit tu terasa-rasa craps stick tue..

bakar garing-garing sikit..baru best..seperti biasa resepi kidnap dari dapur kesayangan..kak ayu.. zila memang suka ke dapur beliau..semua masakannya sedap-sedap..buat kak ayu cayang..tq yer..halal resepinya zila share disini jugak sebagai rujukan teman-teman alam maya..


Tart Kentang

Bahan-bahannya
5 biji kentang - dikupas, basuh bersih dan diparut halus
1 biji karot di kupas dibasuh dan diparut halus
1/2 biji bawang besar juga diparut
Sedikit potongan daun bawang
2 batang crab stick dipotong kecil 
1/4 cawan susu segar 
3 biji telur 
1 packet mozzarella cheese
garam dan serbuk ladaputih secukup rasa
2 sudu besar tepung jagung 

Cara 
1- Campurkan parutan kentang ,carrot dan bawang besar dalam satu bekas. Perah keluar airnya sebanyak yang boleh.
2- Susu dipukul bersama telur dan tuangkan kedalam campuran kentang tadi. Kacau rata. Masukkan daun bawang isi ketam dan segenggam penuh cheese dan gaul sebati..
3- Sapukan butter atau minyak masak sekeliling muffin pan. Masukkan sesudu besar adunan (atau hampir penuh) ke dalam acuan dan letakkan sedikit cheese diatasnya.
4- Bakar dgn kepanasan 190C selama lebih kurang 20 minit atau sampai cheese bertukar keperangan.
5- Sedap dihidang bersama sos pilihan atau makan begitu sahaja. 



Tuesday, 21 January 2014

nga ku arrowhead chips black papper & chilli


Assalammualaikum
uittss seminggu dah tak menulis di blog kesayangan..
apa khabar semua..tuan rumah tak berapa sihat semiggu nie..mula-mula baby muhammad demam..selsema ..dan batuk..pakej lengkap..dalam seminggu macamtulah..

first time demam seteruk ini..sejak lahir inilah kali pertama demam teruk..nak beralih bulan kataorang..ataupun nak pandai sesuatu..tapi baby kecik kalau sakit memang tak sampai hati tengok..rasanya biarlah kita yang ambil demam tu ..



dan dalam minggu ini zila pulak demam .. selsema..tapi kalau dah tua-tua camne ..demam pun macam tak demam..h ehee kerja rumah pun harusss dibuat jugak..

demam ngaku sekarang nie..ramai blogger yang dah buat..pergi mana-mana pasaraya mesti nampak buah nie..tentang harga banyak yang berbeza..mungkin dikira dari kualitii buah ..zila pun tak pasti...
sempat jugak zila buat dalam sekilo..pilih buah ngaku yang agak besar sikit..tapi kebanyakan 30 % mesti tak berapa cantik..kena sagat beberapa kali baru dapat kepingan yang comel..



resepi simple .separuh zila tabur dengan black papper dan separuh lagi campur lada kering goreng..memang sedap..rasa pedas-pedas..
kalau anak suka makan kerepek sekilo mesti tak cukup..memang kena buat kebih..tapi yang tak laratnya berdiri mengadap api lama-lama..h ehehe tu yang lemah sikit..tapi kalau ada dapur bawah mmg best..leh duduk jew..




Ngaku - Fried Arrowhead Chip

Ingredients
A few arrowheads
Salt water
Oil for deep-frying

Directions

  • Slice the top and bottom of the arrowhead off and skin it. Soak it in salt water for an hour (longer if you like) before setting it aside to dry.
  • Then slice it thinly and deep fry them. Don't put them in all at once as they will stick together. You have to put them into the oil, slice by slice.
  • Remove the chips when they are lightly golden brown. Drain the chips from excess oil and cool them completely before storing in airtight container. You can sprinkle some salt while draining the chips from oil.


Monday, 6 January 2014

ayam goreng bawang putih


Assalammualaikum..

salam tahun baru..melangkah ke tahun baru ..alhamdulillah masih dipanjangkan umur bertemu lagi di tahun 2014..banyak list yang dah dibuat untuk tahun baru ini..merangkumi juga resepi-resepi baru yang ingin dicuba..dimana tahun lepas sangat sedikit entry saya..


isnin ini hari pertama saya kerja..amboiiii lemak betul kan dah setengah tahun bersamaan enam bulan berehat panjang..dua bulan warded hospital diikuti dua bulan cuti bersalin dan disambung semula dengan unpaid leave..tak malas kew nak naik kerja?..errmmm maunya tak malas..lemak dan jadi tepu..he hee hee

baby muhammad pun dah empat bulan..rasa rindu pulak dengan dia..almaklumlah hari-hari berdua..bila nak ditinggalkan dengan orang rasa tak sampai hati pun ada..sobb sobbb
alhamdulillah dapat kawan yang baik yang boleh jaga muhammad..tak la risau sangat..moga anak ibu tak nakal tau..


resepi pembuka bicara 2014..ayam goreng bawang putih ..hidangan paling famous di batam..kak ayu pernah rasa ayam nie dibatam katanya sedapppp..masih mengekalkan resepi dari kak ayu singapore..bila kak ayu kata sedap..terus saya bookmark resepi ini..kena makan time panas -panas..baru rasa kenikmatan ayam nie..bawang putih tu makan sekali pun sedap..rasa lemak-lemak masin..

pendek kata memang kena cuba buat baru kita dapat tau kesedapannya..betul tak..^__^




kak ayu gandingkan menu ini bersama nasi lemak daun ketapang..tapi zila tak jumpa pulak daun ketapang..so amik jew la daun pisang..itupun dah nak layu..aritu balik kampung amik tiga pelepah masuk ke dalam fridge.. tapi dah berminggu tak guna..lebam dah colour hijau tu..tak chumill dohh..


zila buat setengah ekor ayam..sebab makan berdua jew...bawang putih tu pada sesiapa yang suka bolehlah dilebihkan..agak-agak ikut selera masing-masing.in sha allah satu hari nanti kalau sampai ke batam ayam bawang putih harus saya cuba..tungguuu..


Ayam goreng bawang putih
rujukan: kak ayu spore
resepi asal: just try&taste

This recipe is for 1 chicken
Materials required
1 whole young chicken (weighing about 700 grams) cut into small pieces.
3 garlic chunks, hit-hit with wooden rolling up bruised but not until it is destroyed
Cooking oil as needed (providing that a lot)

Materials in puree
8 cloves of garlic
3 spring onions
2 teaspoons toasted coriander
2 segment turmeric
1 teaspoon grated ginger
Other spices:
1 teaspoon cornstarch
1 tablespoon oyster sauce
1 teaspoon salt
2 teaspoons baking powder

How to Make Chicken Fried Garlic

Prepare the chicken, stir the lime juice from half an orange + 2 teaspoons salt, knead. Let stand for 15 minutes, wash and drain.
Prepare a bowl, then fill in all the spices, cornstarch, salt, baking powder and oyster sauce, stir until blended. Add chicken, and stir until smooth with a spatula. Let stand for 20 minutes until the spices to infuse.
Prepare garlic that has been lapped up most of garlic regardless of his skin and bruising, remember! should not be destroyed. Give 1/2 teaspoon salt, sprinkle until blended.
Prepare the pan, pour a lot of oil. Heat the oil until really hot. Add the garlic, and fry garlic until cooked and crispy, remove and drain. For frying chicken, use waste oil from frying garlic.

Up here, you're ready to fry chicken, fry chicken until all the meat is submerged in the oil, if oil is not much, fried chicken in 2 or 3 stages. If it is cooked, remove chicken and drain.



Saturday, 4 January 2014

selamat tahun baru 2014



Waktu terus berlalu, lembaran demi lembaran telah dilalui
Coretan demi coretan telah memenuhi
kadang tak bererti, kadang tanpa makna, atau hanya sedikit makna
Semoga di tahun ini setiap lembaran memiliki makna, setiap lembaran bermanfaat.
Semoga lebih berjaya
Pujukkan hatimu saat malam menghampiri
Pejamkan mata saat mimpi indah menjelma untukmu
Sandarkan hati saat rembulan tersenyum untukmu
buka mata saat mentari mulai menyapa dan jalani tahun baru dengan penuh harapan
Semoga Tahun Baru lebih bermakna untukmu


Esok adalah bagaikan misteri
Jangan berhenti berharap meskipun tahun telah berganti
Kerana itulah yang tetap membuat kita tetap tersenyum..

Isnin yang bahagia
Selasa yang menyenangkan
Rabu yang penuh kejayaan
Khamis yang berkesan
Jumaat yang menakjubkan
Sabtu yang penuh cinta


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...