Pages

Monday 15 February 2016

lemon chiffon cake


Selamat malam..dah tido ke..biasanya time macamni zila dah lena ..tapi dalam pukul 12 atau kadangkala pukul 2 lebih dah terjaga..tido balik dalam pukul 4 ..rutin malam biasa macamtulah..malam ni mata macam kurang mengantuk pulak..sambil tengok majalah3 sambil-sambillah tangan menaip sesuatu di blog ni..

tajuk majalah3 malam ini ..syurga makanan ditanjung malim..aisshh tergugat betul tengok makanan malam-malam macamni..anak sulung zila iqbal yang tengah buat homework kat hujung tu pun sibuk ajak keluar cari makanan..he he heee lapar jugak rupanya..tapi nak bersiap nak keluar start kereta memang malas betullah..lagi-lagi dah malam..


Kek chiffon 
bulan lepas zila ada beli loyang chiffon 20' teringin pulak nak makan kek chiffon,biasanya zila beli jew kalau rasa nak makan.biasanya kalau beli mesti chiffon pandan..memang malas nak buat kek chiffon sebab masing-masing tak minat..kali ini zila cuba resepi dari belakang kotak blukey tepung naik sendiri..chiffon lemon..lagipun ada dua biji buah lemon dirumah.

resepi chiffon ni dah lama zila simpan,pernah buat sekali dulu tahun lepas masa nak raya..kalau penggemar lemon mesti suka kek nie.kali ini zila tambahkan paste coklat pulak..sebab muhammad suka makan kek..kalau ada rasa coklat sikit-sikit mesti dia suka..
zila cuma gunakan parutan 1/2 biji dari sebiji lemon.sebab nak kurangkan sedikit rasa lemon risau kalau muhammad tak suka pulak rasa lemon tu.
oklah sesiapa nak cuba bolehlah semak resepi dibawah..insyaallah jumpa lagi next entry..



Lemon Ciffon Cake
Bahan A
4 biji telur gred A
45 gram minyak jagung
45 ml air
Bahan B
75 gram tepung naik sendiri
kulit lemon dari sebiji lemon
Bahan C
4 biji putih telur gred A
75 gram gula kastor - dibahagikan 2 bahagian
1/2 sudu kecil krim tartar

Acuan loyang 20'

Cara membuatnya
  • Panaskan ketuhar terlebih dahulu pada suhu 170'c
  • Satukan bahan A,masukkan bahan B dan adun sehingga sebati,biarkan seketika.
  • Didalam mangkuk lain campurkan putih telur,krim tartar dan satu bahagian gula kastor daripada bahan C dan pukul sehingga berbuih dan lembut.
  • Masukkan satu lagi bahagian gula kastor dan terus pukul lagi sehingga kental.
  • Kaup adunan putih telur kedalam adunan kuning telur,tuangkan bater kedalam acuan kek chiffon dan bakar selama 45 minit.
  • *Jika suka bahagikan kepada dua bahagian,satu bahagian ditambahkan 1 sudu besar coklate paste.
  • Terbalikkan kek diatas redai kuih dan biarkan sejuk.




Thursday 11 February 2016

oreo slice kek


Salam khamis..
masih dalam mood bercuti kan..sebab budak sekolah naik hari Ahad bagi negeri johor dan negeri lain yang cutinya Jumaat dan sabtu..tapi bagi yang bekerja kerajaan dan start kerja dari hari rabu lagi..nampak jiran-jiran dan mula sibuk seawal pagi lagi.hari ini kami tak kemana-mana pun..tapi awal pagi dan keluar pergi sarapan sebelum menghantar anak sulung iqbal kerumah kawannya..
singgah kejap pasar,plan nak cari lauk untuk masak tengahari tapi penjual ikan masih lagi tutup..lengang pulak pasar hari ini..adalah beberapa gerai yang jual sayuran..last-last zila tak beli apapun..terjumpa mak kawan iqbal dipasar..sembang sekejap..almaklumlah lama sangat tak jumpa.zila kalau dah start borak memang lambatlah nak stop..he hee hee..

ok cerita kek pulaklah..Oreo slice kek.zila buat tahun lepas jugak tak salah masa cuti sekolah,kes nak habiskan biskut oreo yang ada..anak zila muhammad nie kalau makan biskut memang ambil sebelah bahagian jew ..bahagian inti yang melekat dibiskut..yang tak lekat inti dia tak makan..dipaksa makan pun memang tak nak..jadi kumpulkan jewlah yang sebelah lagi tu..lama-lama penuh balang.
puas pikir nak buat apa..nak makan macamtu jew pun abangnya tak suka..kalau bagi zila pun tak minat jugak..kurang sebenarnya zila makan biskut.cari-cari resepi kek yang berasaskan oreo jumpa resepi kak ita nie..terus jew buat..terima kasih kak ita perkongsian resepinya.alhamdulillah tak membazir biskut tu.

zila buat kek span guna loyang empat segi,senang sikit nak potong kecil-kecil...lagipun kek tu zila bawak balik kekampung..kalau nak habiskan kami anak beranak memang berhari-harilah nanti simpan di peti sejuk..kalau bawak balik kampung anak sedara ramai yang bercuti kerumah emak..sekejapan jew habis kek nie...alhamdulillah rezeki diorang..insyaalah jumpa lagi nanti sampai disini dulu kali ini..

'Janganlah anda menjadi buih yang pecah apabila melanda pantai, tetapi jadilah angin yang sanggup melahirkan gelombang'




KRIM COKLAT
3 biji kuning telur
120 gm mentega tanpa garam
4 gm gelatin
50 ml air
150 gm coklat masakkan gelap
300 gm Krim Bukan Tenusu


  • Larutkan gelatin dan air
  • Cairkan coklat masakkan gelap
  • Putar sebentar telur dan kemudian panaskan sambil di putar dengan kaedah kukusan/double boiler. 
  • Masukkan gelatin dan putar lagi.
  • Dalam stand mixer, putar mentega hingga kembang, lembut dan pucat warnanya
  • Masukkan krim telur dan terus putar
  • Masukkan coklat masakkan gelap yang telah di cairkan dan terus putar hingga rata ketepikan.
  • Dalam mixer bold lain putar Krim Putar Bukan tenusu hingga kental
  • Ambil 1/3 bahagian krim putar tenusu dan campurkan dengan krim yang ada campuran telur tadi. Dengan kaedah kaup balik, kaup balik adunan rata. Tuangkan baki krim dan gaul sempurna.
  • Masukkan krim di dalam piping bag.
  • Krim sudah tersedia untuk digunakan tanpa perlu di sejukkan. 


Kaedah Penyediaan
2 keping kek span coklat
Krim coklat
Oreo di hancurkan atau di kisar kasar
Mini Oreo untuk hiasan
Sedikit air Nescafe ~ jika suka

  1. Letakkan sekeping kek coklat atas lapik kek
  2. Basahkan kek dengan sedikit air nescafe. Anda boleh masukkan air nescafe dalam sprai dan spray pada kek . Spray sedikit aje jangan sampai kek basah lencun pulak ya.
  3. kemudian ketakkan krim coklat di atasnya ratakan
  4. Taburkan oreo yang telah di kisar
  5. Ulang proses yang sama
  6. Letakkan kek span coklat
  7. Spray dengan Nescafe
  8. Letakkan krim coklat
  9. Akhir sekali letakkan Oreo hancur
  10. Simpan dalam peti ais
  11. Bila krim dah mengeras bolehlah di potong
  12. Hiaskan kek dengan krim dan kepingan oreo atau apa-apapun untuk menambahkan lagi keindahan kek slice anda.

KEK SPAN COKLAT
CHEF AMER majalah saji

4 biji telur gred A

180 gm gula halus
150 gm tepung kek
20 gm serbuk koko
70 gm air
5 gm baking powder ( 1 sudu teh)
15 gm ovellete
50 gm minyak jagung
1 sudu teh esen vanilla ~ cari yang oil base
  • Mula-mula satukan, tepung kek, baking powder dan serbuk koko kemudian di ayak. Kalau rajin ayak 3 X kalau rasa macam nak cepat sekali pun ok.
  • Masukkan semua bahan ke dalam mesin pemutar kecuali minyak jagung
  • Kemudian putar dengan speed perlahan dulu.
  • Speed perlahan untuk ratakan dia dahulu.. supaya tepung tu tak berterbangan.
  • Bila nampak dah bersatu, tukar speed laju dan putar hingga ringan dan gebu.
  • Jangan putar lama sangat ya.. sampai dia dah gebu aje.. kalau lama nanti lepas bakar kek turun
  • Bila dah gebu, tutup mixer.Tuangkan minyak dan kaup balik dengan spatula aje.. hingga rata.Jangan lama-lama tau kaup balik.. sampai rata minyak tu aje..
  • Kemudian tuang di dalam loyang  8 inc yang kita dah lapik dengan kertas kek dan kita dah sapukan butter sekelilingnya.
  • Bakar di dalam ketuhar yang kita dah panaskan 15 minit awal pada suhu 170C.Ingat oven kena panaskan 15 minit awal dengan menggunakan api atas dan bawah.Bakar selama 30 ~ 35 minit
  • Proses yang ini kena fahamkan betul-betul ya
  • Bila kek kita dah masak, terus keluarkan dari oven.Biar dia sekejap lepas tu cepat-cepat keluarkan dari loyang
  • Toreh tepi loyang dengan pisau untuk keluarkan kek.Terbalikkan kek atas redai sekejap aje 1 minit
  • Lepas tu terus terbalikkan semula.Ok buat cepat-cepat.. sebab kalau lambat nanti kek akan turun sebab tarikan graviti..Ingat kek span ni dia sensitive sikit.Biar kek betul-betul sejuk sebelum kita nak potong dia kepada kepingan.

Tuesday 9 February 2016

Shepherd's Pie


Assalammualaikum
Happy chinese new year buat sahabat yang berbangsa cina.kalau sebut bangsa cina memang terkenal dengan sikap kuat kerjanya..berpuluh tahun zila bekerja dan berkawan dengan bangsa cina,dari segi budaya,adat, makanan hinggalah sifat diorang memang zila dah kenal sangatlah..kalau nak dikira kawan cina lebih ramai dari melayu..
Cara kerja diorang pun memang sangat berbeza..rajin dan tak pernah jemu..walaupun kadangkala gagal tapi tak mudah putus asa..itulah yang paling zila respect..


Shepherd pie..macam biasalah buat dah banyak kali sebenarnya..bila free malam-malam macamni barulah dapat korek gambar-gambar lama..
nama jew shep tapi sebenarnya guna daging lembu sepenuhnya..sesiapa yang tak pernah cuba buat memang rugi..sebab tersangatlah sedap..masa harijadi anak sulung zila haritu dia request pie nie jew..katanya takpayahlah buat atau belikan kek..buat pie dangan bakar tiram letak cheese tu jew dah cukup..alhamdulillah senang kerja ibu..he hee sempoi betul permintaan tu..


Resepi sepenuhnya zila ambil dari dapur kak amie,terima kasih kak berkongsi resepi..resepi asal dari alton brown di food network..betul kata kak amie gelihati tengok video diorang buat shepherd pie nie..inti zila pun nampak pucat sebab guna bahan apa yang ada didapur jew..sayuran campur memang anak zila tak makan ..terutama kacang peas..cuma letak carrot dadu dan zila lebihkan lada hitam..biar pedas bahang sikit mulut..kentang zila guna yang jenis kulit putih dekat aeon ada jual ..satu paket 6rm..sedap kentang jenis nie..lembut dan cepat empuk.rebus sekejap pun dah ok.

Masukkan dalam bekas kecik-kecik senang nak makan,untuk nampak lagi menyelerakan zila taburkan cheedar cheese,letaklah berapa banyak mana lagi banyak lagi sedap..kalau tak nak letak pun boleh.sapukan kuning telur yang ditambah dengan pewarna kuning ..sapu pada kentang dan cakar-cakar sedikit dengan garpu...oklah sampai disini dulu kali ini ..jumpa lagi next entry ..


Bahan-bahan inti pie
600 gram daging kisar 
3 ulas bawang putih cincang
1 labu bawang besar cincang
1 cawan cendawan shiitake segar- hiris kasar
1 cawan jagung tin
1 cawan kacang peas
1 cawan lobak merah  cincang
1 cawan puree tomato
50 gram keju parmesan
150 gram cream cheese
1 sudu makan serbuk oregano
1 sudu makan lada hitam - tumbuk 
1/2 cawan minyak zaiton
2 ketul stok / kiub daging 

Cara membuatnya

  1. Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih serta bawang besar hingga layu.
  2. Masukkan daging kisar dan masak sehingga daging berubah warna.
  3. Tambahkan lobak merah, jagung, cendawan shiitake, dan kacang peas. Gaul sebati.
  4. Seterusnya masukkan puree tomato, cream cheese dan keju parmesan.
  5. Untuk melengkap rasa masukkan serbuk oregano, lada hitam serta kiub daging.
  6. Setelah masak bahan inti, pindahkannya ke dalam bekas tahan panas untuk dibakar dalam oven. Seterusnya kita sediakan bahan untuk mashaed potato pula.


Bahan mashed potato
1 kg kentang Holland - buang kulit dan potong - potong
2 batang leek - hiris nipis
80 gram mentega
200 ml susu segar - dipanaskan seketika
satu sudu teh lada hitam tumbuk
1 kiub daging
cheedar cheese secukupnya

Cara membuatnya

  1. Rebus kentang hingga hampir empuk. Masukkan hirisan leek dan masak lagi hingga kentang empuk. Toskan airnya.
  2. Tambahkan mentega dan susu segar, kiub daging & lada hitam ke dalam kentang.
  3. Lenyek kentang hingga hingga hancur.Seterusnya letakkan kentang tadi di atas inti pie.
  4. Parutkan cheddar cheese secukupnya,masukkan kedalam oven dan bakar sehingga kekuningan angkat dan makan semasa masih hangat.


Sunday 7 February 2016

churros

Assalammualaikum
dah tiga minggu rasanya tak jengah laman sosial..baik fb blog ig jugak..nak kata sibuk sangat-sangat tu taklah..cuma kadang-kadang mood tu off secara tiba-tiba..banyak perkara yang berlaku selama tiga minggu kebelakangan ni,disamping anak dan ibu demam adalah juga sedikit perkara yang merisaukan zila..tapi alhamdulillah semuanya ok,zila sentiasa berfikiran positif,setiap dugaan yang datang sebenarnya disertakan hikmah yang sangat indah..hanya kita sebagai hambanya kadangkala kurang sabar dan suka mengeluh..tapi bila memandang kebawah baru sedar ujian yang Allah beri itu cuma kecil..ada yang diberi ujian lagi hebat tapi tetap tabah dan redha disamping berusaha.


Hari ini ramai kawan-kawan dah start bercuti,ramai pulak kawan-kawan keutara minggu ni,zila dan family tak merancang nak kemana pun,minggu lepas emak datang seminggu dirumah,tapi tak dapat bawa emak bershopping sebab zila demam muhammad pun demam.suami pulak sejak bulan oktober haritu dah kena balik semula bertugas di HQ dayabumi,jadinya kami anakberanak dijohor.semalam petang baru dia balik jb..tu yang agak terbatas sikit nak berjalan.

Churros nie dah lama zila buat,masa tengah fames orang buat haritu,ujung tahun lepas..rasa macam cream puff sebenarnya..memang sedap cuma nak paip tu memang agak susah sikitlah,macam blogger SK cerita kat blognya..he he hee gelihati pulak baca..tapi memang betul zila buat pun sama sampai pecah paiping beg tu dikerjakan..macam tumbuh bisul..he heee hee..resepi sepenuhnya zila ambil dari blog kak ita,terima kasih kak resepinya..sesiapa nak rasa kenalah buat ye..memang sedap kalau dicelup dengan coklat cair..lepas goreng tu terus tabur gula jangan tunggu sampai sejuk nanti gula tak lekat macam zila punya tu lambat tabur gula sebab ahmad dah tarik-tarik baju..tak sempat nak celup kegula..celup lebih kurang jewlah..zila tak letak serbuk kayu manis sebab kurang minat pulak.oklah sampai sini dulu hari ini..malam nie plan nak kerumah kawan ada buat bbq katanya..orang jemput makan jangan ditolakkan..ok jumpa lagi..


CHURROS
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder - zila guna tepung naik sendiri
15 gm butter
1 sudu besar gula halus
1 cawan air
1 biji telur
1 sudu teh esen vanilla

Untuk salutan
sedikit gula halus
1 sudu teh serbuk cinimon ( kayu manis )

Cara membuatnya

  • Tepung gandum di ayak bersama baking powder.
  • Bila air dah didih, tutup api dan terus masukkan bahan tepung sedikit-sedikit sambil sebelah tangan lagi terus mengacau supaya tepung tidak bergentel-gentel.
  • Adunan akan menjadi lembut dan tidak bergentel.
  • Kemudian masukkan telur dan esen vanila dan terus kacau sampai adunan likat.
  • Biarkan sebentar
  • Sementara itu bolehlah panaskan minyakSediakan nozel bintang.
  • Letakkan dalam piping bag.
  • Jika tak ada nozel dan tak ada piping bag, tak apa.. anda boleh letak dalam plastik bag bahagian bucu tu potong sedikit untuk keluarkan doh nanti.
  • Sementara itu tunggu hingga minyak panas. Minyak jangan terlalu panas ya, nanti churros tu bentuknya tak cantik, ada letup-letup. Minyak sederhana sahaja macam kita nak goreng donut. tapi jangan pula api perlahan sangat nanti ia serap minyak pulak dah tak sedap.
  • Paipkan doh tadi dalam kuali, dan gunting panjang mana kita nak.
  • Masak dan goreng sambil di balik-balikkan supaya masak keseluruhannya hingga kuning keemasan.
  • Angkat setelah masak dan letakkan dalam bekas yang berlapik kertas tisu, supaya serap minyaknya
  • Sediakan gula yang di gaulkan bersama serbuk cinimon ( kayu manis )
  • Gaulkan churros dalam gula tadi semasa ia masih hangat, sebab bila dah sejuk gula tu dah tak lekat dah kat churros tu.
  • Sekarang bolehlah di hidangkan bersama coklat panas, ganache coklat, caramel, nutella atau strawberry compot.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang