Pages

Sunday 26 February 2012

Puding Roti


Assalammualaikum..
wahhh dua tiga hari nie..rajin betul update blog..dan rajin betul main masak-masak kat rumah..melayan tekak yang dah lama mengumpul resepi..tapi masih tidak tertunai..masuk list dah lama..cuma masa nal buat jer x kesampaian...
sebenarnya saya buat kuih  nie semalam petang,..boring tak ada apa nak dibuat ..so godeh-godeh buku resepi.ramai bloger2 dah mencubanya....lagipun roti kat dapur tu dah nak sampai tarikh luputnya..sayang pulak nak dibiarkan begitu jer..bak kata orang tak baik membazir..betul x?




pada sapa-sapa yang nak mencuba memang saya galakkan,berbaloi2 rasanya..sedap sangat-sangat,paling best rasa pada coklat tu...yummm..yumm..ok lah cakap banyak pun tak guna kan..jommm sama-sama layannn resepinya..





Bahan-bahan :
  • 10 gm serbuk agar-agar
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 3 cawan air
  • 4 keping roti *
  • 2 biji telur ayam *
  • 1/2 cawan susu pekat manis *
  • 1 tin susu cair (400ml) *
  • 1 sudu teh asen vanilla *
  • 2 sudu besar majerin
  • 2 sudu besar serbuk koko 
  • 1 atau 2 pewarna kesukaan

Cara-cara :
  1. Masak serbuk agar-agar dan juga gula bersama air di atas api dapur.
  2. Sementara itu, masukkan bahan-bahan bertanda * ke dalam mesin pengisar(blender) dan kisar halus. 
  3. Tuang bahan kisar ke dalam larutan agar-agar yang mendidih.
  4. Kacau sentiasa hingga larutan agak pekat.
  5. Masukkan majerin dan kacau hingga larutan menggelegak. Tutup api dapur.
  6. Bahagi larutan puding kepada 3 bahagian. Satu bahagian dicampurkan dengan serbuk koko dan digaul sebati, satu bahangian dicampur dengan pewarna pilihan dan satu bahagian dibiarkan dengan warna asal atau boleh juga kalau nak diwarnakan.
  7. Basahkan loyang atau acuan pilihan dan sendukkan larutan puding berselang-seli setiap bahagian. Sendukkan adunan terus menerus, maknanya tak perlu tunggu keras adunan yang dah disendukkan ke dalam loyang tu. Kalau nak dapatkan corak seperti di atas tu, sengetkan loyang dan sendal loyang tu di salah satu hujungnya supaya tak jatuh. Kemudian mulalah menyenduk adunan berselang-seli hingga habis digunakan. Kembalikan loyang pada kedudukan asal dan biar puding keras.
  8. Masukkan ke dalam peti sejuk. Hidangkan sejuk-sejuk memang sedap.
  9. selamat mencuba..;)

Friday 24 February 2012

Kuih Lapis Kacang Hijau


Assalammualaikum..
Bersarapan bersama kuih lapis kacang hijau..jemput makan semua..:)..nak dijadikan cerita...semalam beli ler kuih lapis nie kt restoran berhampiran..2 ringgit dapat 5 ketul jew...memang makan tak puas..macam nak lagi..dan lagi..dan lagi...so apalagi balik dari keja terus pergi kedai..mencari tepung kacang hijau..bersemangat betul nak melapis ..


part kedua ,meronda ronda ke dapur kawan-kawan..mencari resepi kuih lapis nie..so pergi ke MR..kemudian CNP kat situ..bagi pengemar kacang hijau..kuih nie amat bersesuaian..rasa ala-ala kuih kole kacang gitu..
saya sharekan resepinya disini jugak..buat rujukan saya..dan pada sesiapa yang ingin mencuba..


Bahan-bahan ( Loyang 9" empat segi )

  • Bahan A 200 gm tepung kacang hijau
  • 50 gm tepung hoon kwee
  • 40 gm tepung kanji
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh pewarna hijau
  • Bahan B
  • 300 gm gula melaka
  • 100 gm gula halus
  • 2 helai daun pandan
  • 800ml santan pekat KARA
  • 400 ml air
  • Loyang 9" empat segi

Cara-cara

  1. Satukan bahan B, masak sehingga gula larut. Ketepikan.
  2. Satukan semua bahan A, kecuali pewarna didalam mangkuk dan tuangkan bahan B tadi, kacau rata dan tapis.
  3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian satu bahagian warna asal dan satu bahagian lagi dimasukkan pewarna hijau.
  4. Setiap bahagian pula dibahagi kepada dua. Tuangkan satu bahagian warna hijau dan kukus selama 10 minit.
  5. Apabila masak ambil satu bahagian warna asal dan tuangkan keatas lapisan pertama tadi. Kukus selama 10 minit lagi. Ulangi proses mengukus dengan diselang selikan adunan. Sekiranya selepas 15 minit terdapat takungan air dipermukaan lapisan hendaklah dikeluarkan air tersebut. ini adalah kerana mendapan kacang hijau dan air dari kukusan yang terbentuk dipermukaannya. Tutup loyang dengan aluminium foil untuk mengelakkan air dari menitik.
  6. Untuk lapisan yang terakhir kukus selama 25minit sehingga masak.



Wednesday 22 February 2012

Roti Garlic rolls

Assalammualaikum..
bersua kembali di arena masak2..ha haaa tuan rumah tenggelam timbul.kerana masa membatasi sekarang nie..tapi semangat nak berblog masih menebal..dan diruangan ini lah tersimpanya himpunan resepi yang pernah dicuba..pasti hasilnya memuaskan...


Awal pagi saya dah bangun,sebab hari ini sangat bersemangat nak membakar roti yang malam tadi saya uli...almaklumlah tak ada BM..so kena guna tulang empat kerat nie..tapi hasilnya berbaloi..setimpal dengan keletihan menguli..he hee


Semangat menguli nie datang gara-gara terpandang -pandang  kt wall member facebook..kawan sekolah dulu..terlalu indah kejadian roti nie..so pergi ke dapur kak wan ..dan search resepi kat situ..tengok cara kak wan buat mcm senang..so follow jer dia..



ok la saya share resepinya disini juga,sebagai rujukan buat diri sendiri..


Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum 
1 cwn tepung roti
1 cawan air suam
1 sudu besar yis segera
1 sudu teh garam
2 sudu besar gula kaster
2 sudu besar minyak

Garlic spread
50 gm mentega bergaram - suhu bilik
3 ulas bawang putih - dicincang halus
sedikit daun pasley
1/4 sudu teh garam
(Satukan semua bahan, gaul rata)

Susu sejat / kuning telur secukupnya untuk sapuan


Cara-cara :
1. Satukan semua bahan kecuali minyak di dalam mangkuk pengadun, putar dengan speed perlahan hingga bergaul rata. Masukkan minyak dan uli sehingga mendapat doh yang elastik. Keluarkan doh, bulatkan, sapu sedikit minyak pada doh hingga rata. Tutup dengan bekas / plastik dan rehatkan 30 minit sehingga mengembang.
2. Kempiskan doh, bahagikan kepada 2 bahagian, timbang sama berat.
3. Gelek doh 1/2 inci tebal empat segi memanjang. Sapukan 1 sudu besar garlic spread di atasnya dan gulung pada bahagian memanjang. Potong doh kepada 6 bahagian.
5. Buat yang sama pada doh yang kedua,
6. Atur di dalam loyang yang telah digris, tutup doh dengan kain lembab dan rehatkan selama 30 minit
7. Sapu permukaan doh dengan susu sejat atau kuning telur dan baki garlic spread sama rata
8. bakar selama 20-25minit dlm suhu 170c..





selamat mencuba jugak..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang