Pages

Monday 30 August 2021

Buat Pulut Durian Thai..aritu

 


Jumpa lagi
sibuk sikit dalam dua minggu lepas..entah apa jew yang dibzkan pun tak tau hihii.
esok cuti Pdpr harini dari pagi pulun homework Muhammad yang mana tak siap..ikutkan keseluluran siap..cuma ada dua video untuk subjek Muzik jew yang pending..esok cuti hari keb bolehlah buat .



Pulut durian thai tu kisah aritu..yang masa tu tengah musim durian..ada pulut dekat rumah dari terbiar kukuskan jewlah..boleh diaorang makan dengan Durian..

Saya sebenarnya lebih suka makan durian macamtu jew..bagi saya dah nikmat sangatlah..tapi bila makan dengan pulut best jugak..tapi tak makan banyak sangat sebab sy bukan penggemar pulut..


Pulut Durian ala thai
Pulut Kukus
Bahan

2 cawan beras pulut – rendam semalaman atau 4 jam
1/2 cawan santan pekat campur air secukupnya dan secubit garam
2 helai daun pandan – carikkan

Caranya
1.Toskan pulut dan masukkan dalam loyang. Kukus selama 15 minit.
2.Angkat dan tuang santan yang digaul bersama garam. gaul bersama santan hingga rata.
tuang santan sedikit sedikit sehingga pulut lembut.
3.Masukkan kembali pulut ke dalam pengukus bersama daun pandan dan kukus semula selama 20 minit atau hingga masak.

Sos Santan
Bahannya
1/2 cawan santan kotak
1 cawan air
1 sudu kecil garam – mesti ada rasa masin
1 sudu kecil tepung jagung 

Caranya
1,Satukan semua bahan kecuali tepung jagung,masak sehingga mendidih.
2,Masukkan tepung jagung,terus dikacau supaya tidak berketul.Kalau agak cair masukkan sedikit lagi bancuhan tepung.
Boleh agak-agak kepekatan yang disukai.

Pastikan sos santan mempunyai rasa yang agak masin supaya dapat menyeimbangi rasa manis isi durian dan pulut.

Wednesday 18 August 2021

Nasi Goreng Kimchi jew

Bila agak tak ada idea nak masak lauk apa,jalan penyelamat biasanya buat nasi goreng..tak kesahlah nasi goreng yang macamana..tapi yang paling win selalunya buat nasi goreng bodo-bodo jew ..ehh tetiber teringat pulak kesah dr muhaya bila sebuat bodo-bodo ni..

Kadang bila belanja barang dapaur dekat Aeon beli jugaklah kimchi sebekas..kadang campur makan dengan megi..kadang reneh makan dengan tahu..melayan tekak sendiri..yang kimchi atas tu kimci dari kokuma kimchi..boleh ke instagram dia kalau nak order..rasa dia lebih kemelayuan ..kira bagi saya sedap ni..owner dia ni dulu pernah duduk korea tak silap saya..bila balik malaysia bukaklah biz kimchi secara online.

Ok ni dia isi dalam satu balang tu kira muai jugakkan dalam dia,tahan berbulan kimchi ni kalau pandai menjaganya..orang korea makan kimchi ni macam kita makan sambal belacan gitulahkan ..setiap hidangan mesti ada kimchi untuk side dish diaorang.


Nasi goreng ni tak guna lada kisar,warna agak merah tu dari kimchi..masak nasi goreng macam biasa je,,bawang merah ..bawang putih..ikan bilis..cili padi ..tumbuk pakai lesung baru sedap ..tumis macambiasa ..dah garing masukkan hirisan kimchi tu..gaul rata sekejap..masuk nasi..rasa masin dia..lepastu tabur telur hancur..gaul siap..makan panas lepas goreng memang sedap..

 

Friday 13 August 2021

Buat toge sendiri kat rumah ..

 


Ikutkan bukan beria sangat nak buat toge sendiri..saja sekadar nak isi masa lapang..
menjadi jugaklah walaupun pnjang pendek jadinya..ha haa..oklahkan percubaan pertama.rendam dulu kaacang ijau tu..dah kembang cuci..masuklah dalam bekas yang berlubang...setiap empat jam kena siram toge tu..sebab tak guna tuala lembab untuk alas ..tutp dengan kain ,dan simpan ditempat jauh sikit dari cahaya..
Lepas 2 atau 3 hari bolehlah menuai hasilnya..


Panjang jugak akar dia menjunam kebawah..halus jew..nampak macam kuning tp bila dah kena air nanti dia hijau..
bab yang paling malas ni bila nak kena siang akar toge..memang tak suka kerja ni..tp kalau tak siang rasa risau ..masa masak memang tak semegah dalam makanan..


Dalam keadaan malas ..ada jugak kerajinan menyiang ..siap jugaklah 1 besen tu..sebab ada toge fresh dari dapo sendiri..maka buatlah popia inti sayur..kulit popia tu lama terperuk dalam peti..beria aritu beli kulit popia nak buat kerepek seaweed..sudahnya seaweed habis iqbal bedal..hihii

Gulung popia dapat lah segitu,nampak macam banyak..bila dah goreng semua..sekelip mata hilang..masing-masing lapar rupanya..walaupun dah makan nasi nak jugak bilas perut dengan makanan ringan..baru diorang ni puasati..

Popia Sayur

Bahannya
Popia
carrot
Taugeh
sengkuang - tak letak sebab tak ada stock
telur

Bahan ditumbuk
bawang putih
bawang merah
Ikan bilis
.
Caranya
Tumis bahan tumbuk hingga wangi..masuk carrot
kacau rata.masak hingga carrot sedikit lembut.masuk taugeh.pecahkan telur.
Masak sekejap.perasakan dengan garam dan perasa jika suka,angkat dan masuk dalam penapis,kita toskan air dia.
sediakan kulit popia.letak inti dan gulung.gamkan dihujungnya dengan gam tepung gandum yg dibancuh dgn sedikit air.
Dah siap semua goreng popia hingga keemasan.angkat dan hidang.cicah dengan sos cili dll.



Monday 9 August 2021

Lauk wajip tambah nasi - Pekasam telur sotong

Salam Awal Muharam..selamat bercuti yang bercuti..

Pagi tadi saya bagun pukul 4 lebih pagi..dalam pukul 5.30 sementara menunggu subuh terbaca perkhabaran Siti Sarah meninggal,Allahuakbar..mudah benar sekarang ni orang pergi..kadang tak terjangka orang yang beberapa hari lepas sihat..tetiber kena covid..terus meninggal..

Terasa insaf pada diri sendiri,kadang terfikir cukup ke amalan yang aq buat selama ni..jika tiba-tiba dijemput ilahi..Ya Allah moga aq diberikan usia yang panjang..dapat lagi untuk beribadah dan memperbaiki diri..

Aritu sibuk Iqbal bersiap mengemas beg..mencari rumah sewa di Ipoh untuk kemasukkan Intern di area sana,selang 2 hari dah nak pergi..tiba tiba company tu call cakap intern di holdkan ulu..sebab covid semakin teruk...ermm nasib tak bayar sewa rumah..

Kelang kabut jugak dia mencari penempatan Intern baru ..masa pun dah limit sangat ..berbaki seminggu je untuk mencari tempat intern..email company sana sini..semuanya banyak tak amik..dan dengan alasan covid dan ada jugak yang tak berreplay..

Bila dah giveup dia putuskan intern jew tahun depan bila habis sem 4 nanti..ok untuk cuti dua bulan ni dia plan nak kerja..daftar jugak dekat pertubuhan untuk kerja amal..tupp tupp selang beberapa hari dapat pulak email dari TNB Reserch di Kajang ..gitu gini..last dapt intern kat situ..tp dapat work from home..oklah jugak bagi saya ..disebabkan kes covid di selangor semakin teruk..rasanya inilah jalan terbaik untuk dia..alhamdulillah.


Ok habis bercerita tentang anak..nak cerita pekasamlah pulak..sedap rupanya telur sotong di buat pekasam.potong kecik lepastu goreng garing..makan macamtu jew pun dah sedap.jadi menambah nasi kalau lauk macamni terhidang.

Ada dua jenis pekasam sotong ni,satu orignal dan satu lagi yang spicy..bagi saya keduanya ok jew ..yang spicy tu tak lah berapa pedas sangat,,kira light jew pedas dia..kalau dirumah ni yang makan pekasam ni sy seorang..anak anak tak reti nak makan..

Dalam satu paket tu isi dia ada 2 yang besar dan 1 yang kecik..kira berbaloi jugak dengan harga dia.yang nak mencuba pekasam telur sotong ni boleh ke fb @aquadamalaysia ye.



 

Saturday 7 August 2021

Cucuk day ..vaksin pfizer


4 Ogos aritu tarikh 1st dos temujanji pertama untuk penerimaan vaksin covid 19..
mendaftar di Mysejahtera pada 28 Fab 2021 dan 4 Ogos baru dapat panggilan untuk suntikan..agak lama jugak penantiantu ..tapi oklah akhirnya dah dapat.

Dapat temujanji di area Pasir Gudang..
eh kenapa pulak macam jauh di hantar kesana..padahal rumah di area Skudai jew..ingatkan dapat keliling area rumah ..meleset rupanya tekaan..

Memandu lebih kurang 45 minit dari rumah,pergi dengan Iqbal ..entah dia nak pulak ikut..ingatkan nak pergi sesorang jew.
parking dalam tak dapat,agaknya dah penuh ..suruh Iqbal bawak kereta cari parking mana2 ..saya drop depan area gate jalan masuk kedalam.



Lorong berjalan kaki disediakan,ramai RELA yang menjaga semua petunjuk arah diberitahu ..kiri kanan sambil berjalan snaplah gambar..memang niat nak buat entry dekat blog..tu yang gigih ambik gambar  tapi guna mobile jewlah.




Menuju dah kepintu masuk,Mysejahtera amatlah penting ya bila kita nak divaksin..semua proses kena bukak dulu mysejahtera dan akan diupdate.
sampai sini scan my sejahtera dulu..lepastu first dose appointment tu,ikutkan masa untuk appointment saya tu pukul 12.30 tengahari.
tapi 10 suku saya dah masuk..ok jew tak ada masalah tentang masa tu..orang pun tak berapa ramai sangat.



Ok masuk dah kedalam Dewan dapat borang ni ..kena isi nama  no kp tu jew yang lain tak payah tulis..diaorang dah siap tick mana yang kena tulis..ada dua salinan semuanya..

Dapat sticker hijau tu,dilekatkan di bahu kanan

Menunggu untuk dipanggil dan serah borang tu,disini kita akan ditanya tentang kesihatan..jika ada sebarang peyakit sila beritahu ..dan diaorang akan beritahu jenis vaksin yang akan disuntik nanti..semua proses berjalan dengan pantasnya..rasanya tak menunggu lama.

katsinilah tempat bilik suntikkan..kecik jew ..satu bilik boleh masuk dua orang kiri dan kanan.saya ambil gambar yang berdepan dengan saya..

Dah kena cucuk,duduk diluar serahkan borang..dan tunggu dalam 15 minit..yang di area sini jewlah yang agak lama..selebihnya semua pantas.
Lepas lebih kurang 15 minit nama dipanggil..dapat tarikh temujanji dos yang kedua nanti..pada 25  ogos 2021





Tempat bersuafoto ..hihii tempat ni paling famous..jangan tidak ye ambil gambar untuk kenangan seumur hidup.jangan risau ada 2 hingga 3 orang yang berada disitu akan membantu kita snap pic..kasi je enpon kat dia ..buatlah aksi dan gaya yang kita suka ..ha haa





Ok dah siap semuanya ..dah bolehlah kita gerak balik..memang cepat proses vaksin covid19 ni..memang betul lah orang cakap covid ni membawa banyak hikmah..kalau dulu nak ke klinik memang lambat prosesnya..tp sekarang lajuuu jew..






 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang