Selesai makan tengahari kami terus ke kedai kek lapis ..
Kek lapis merupakan antara salah satu tarikkan ke Batam,banyak kedai yang menjual kek lapis disini..salah satu tempat yang kami tuju ialah di ALYA LAYER CAKES yang terletak di Taman Baloi,Batam Kota,Kota Batam,Kepulauan Riau 29444 Indonesia.
kedai diorang ni terletak di kawasan taman perumahan,agak sempit juga jalan nak masuk ke kawasan perumahan ni..depan kedai ni pulak terletaknya mini kilang,tempat diorang bakar dan adun kek lapis.Aritu sempat juga buat video cara diorang layer kek.Mejoriti pekerja diorang ni terdiri dari kaum wanita..masing-masing happy jew bila saya tanya boleh ke ambik video n gambar diaorang ..
Rasa seronok tengok diorang buat kek,rindu pulak nak main baking2 kat rumah.
Dan kami tambah lagi yang flavour cempedak dan durian..yang tu kita potong kepada dua bahagian sahaja,sebab ada 2 orang je yang nak beli.
diorang masukkan dalam tipuwear yang bertutup biru keras,so selamatlah kalau kita nak bawak naik ferry..
Rasa dia pun tak kosong,ada lemak-lemak sikit macamtu..kira berbaloi lah membeli.
Diaorang juga turut meyediakan penghantaran di Singapore pada setiap hari Jumaat.free delivery dan boleh COD jugak ya..tapi untuk ke johor masih belum ada perkhidmatan tu, khas untuk singaporean sahaja nampaknya.
Selain kek lapis ada juga diorang jual serba sedikit produk makanan lain,kerepek dan biskut.
Antara kek lapis yang kami beli..Kek Lapis Asam Manis,Kek Lapis Nutella,Kek Lapis Prune,Kek Lapis Nenas.
Apabila dah siap bayar kek tu kita tak ambik terus,diorang akan buat kek yang kita order tu kemudian akan dihantar pada hari yang kita nak balik nanti,jadinya kek yang bakal kita bawa nanti masih fresh.
Bagus jugaklah macamtu tak lah sibuk kita mikir nak hantar kek tu balik hotel dulu .
Ahmad tak amik pot dengan urusan kami membeli kek lapis,lagipun dia dah letih dan cuaca pun agak panas time tu..duduk jewlah dia tepi tu sambil main game..jpg)










.jpg)





