Pages

Tuesday, 15 January 2013

black forest cake


Assalammualaikum
salam sejahtera dan salam sayang semua...
wahhh terasa rindu nak update dan menulis sesuatu disini..apa khabar semua?..zila macam biasa jew cuma masa amat-amat membatasi sekarang nie..bukannya tak masak..cuma masa nak update tue yang tak berkesempatan..



terima kasih pada follower baru dan kepada yang singgah dan meninggalkan komen-komen yang indah amat zila hargai..alhamdulillah hari ini diberi kesempatan ..kerja hari ini dah tak pack sangat ..bolehlah relax sikit..h ehhee
mesti zila dan banyak terlepas resepi dan info yang menarik dari blog kawan-kawan nie..wwaaa sedeyy...



ok..resepi alam maya pulak..kek hutan hitam..he hhee bila dah dimelayukan jadi pelik pulak nak sebut ..ramai yang dah buat dengan hiasan yang tersendiri..kek yang tak pernah lapuk..sentiasa diminati..dulu-dulu bila kekedai kek mesti nak beli kek nie..walaupun ada kek-kek lain yang lebih hebat..tapi di hati nie..tetap suka black forest..tak pernah jemu nak makan ..bagi zila kek nie simple ..taburan coklat yang banyak tue yang menyedapkan kek nie..

resepi kek span kali ini  zila ambil dari beloved frend rahel..yang serba boleh tue..resepi asal dari chef noraini zakaria..terima kasih atas perkongsian semua..zila sharekan resepinya disini juga ..sebagai rujukan diri..dan semoga bermunafaat untuk semua...

berjumpa lagi nanti..bye semua ^__^




Kek Span Coklat
Sumber:Buku Resepi/Chef Noraini Zakaria
          :Rahel
Bahan
200g tepung kek
200g gula kastor
110g mentega cair/minyak masak
100g air
40g serbuk koko
20g ovalette
6 biji telur gred A
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh emulco coklat

Cara - caranya
1.Griskan acuan bulat berukuran 9 inci.Lapik dengan kertas serap minyak.Panaskan ketuhar pada suhu 180'C.

2.Satukan gula kastor,ovalette,tepung kek,serbuk penaik dan telur dalam       mangkuk adunan.Pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.

3.Perlahankan kelajuan dan masukkan air,emulco coklat dan serbuk koko.Pukul lagi selama 5 minit.

4.Tuangkan mentega cair dan gaulkan dengan senduk kayu hingga sebati.

5.Tuang adunan ke dalam acuan.Bakar selama 45 minit (sehingga masak).



Bahan Hiasan

1 liter krim putar Baker Mix (non-dairy whipping cream)
100g coklat masakan -dihiris nipis
buah ceri hitam
hirisan coklat
1 tin ceri hitam zila guna limau mandarin dalam tin
Sedikit jus oren

Cara - cara
1.Kek span coklat dihiris 4 bahagian.Ketepikan.
2.Pukul krim putar dengan kelajuan sederhana selama 5 minit sehingga kembang dan gebu. Simpan sebentar dalam peti sejuk.
3.Letakkan kek span di atas papan kek berukuran 10''.Renjis jus oren di atas lapisan pertama.Ambil sedikit krim putar & sapukan atas kek tadi.Susun buah limau mandarin di atasnya.
4.Kemudian letak lapisan kek span kedua.Renjis jus oren & sapu krim putar pd permukaan dan tepi kek .ulang sehingga siap.Hias tepinya dengan hiasan coklat atau coklat urai.
5.Guna bag piping dan bentukkan rosette di keliling kek.Hias dengan ceri hitam.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...