Pages

Tuesday, 27 August 2019

Sekaya Labu senang



Kesihatan yang agak kurang memuaskan..ala bukan sakit apa pun cuma tekak rasa perit..cuaca panas..minum air masak agak kurang minggu ni..badan pun agak letih..semalam baru balik dari Putrajaya attnd wedding..
Pagi sabtu kami sefamily ke putrajaya ..suami memandu..adalah berhenti rnr sekejap untuk sarapan..lepas tu terus ke tempat majlis kawin di Marina Putrajaya berdepan dengan Bora Ombak..
Lepastu bergegas ke Mines shopping mall pulak ..jumpa dengan kenalan yang datang dari Kashmir ..gitu gini berborak pukul 5 lebih gerak balik..saya hantar en suami naik lrt dari Tbs..saya drive bersama anak anak terus balik ke jb...letihhh sangat rasa..

Sekaya Labu..
cara saya buat sekaya labu macmnilah..kalau buat sebiji labu memang jarang habis..kalau buat sikit macamni memang senang..hiris je labu tu kemudian susun dekat loyang..sama je rasa dia..cuma tak berapa lawalah kan..ha haaa tak pelah asal sedap kan..

Tapi kalau masing-masing suka makan memang saya akan buat yang versi sebiji labu tu..sayang makanan kalau tak habis..betul tak..
Air yang ada dibelakng tu air katira..tu tak buat ..beli je..boleh tahan jugak harga air katira abu bakar nie..kalau setakat nak minum seorang dua bolehlah beli..kalau dah ramai memang kena buat baru berbaloi..


Sekaya labu
4 biji telur
200ml santan pekat
300 gm palm sugar
Tambah sedikit gula pasir
1/2 tsp garam
1 helai daun pandan..simpul

Caranya
Mix semua bahan dalam satu bekas..ramaskn daun pandan dalam adunan kemudian tapis.
Masukkan dalam loyang..susun hirisan labu ikut suaian ..tebal ke nipis..kemudian kukus hingga masak dan labu lmbut.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang