Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua.
buat pengunjung baru dan yang lama..jutaan terima kasih sebab sudi bertandang dan meniggalkan komen-komen yang indah..:)..wahhhh sekejap jer kan dah hari rabu..rasanya baru jew hari isnin..dan semalam kita melangkah ke bulan rejab..
mungkin ramai dah merebut peluang berpuasa pada bulan rejab nie..bulan rejab juga merupakan bulan-bulan haram dalam islam.
Bulan Haram yang dihormati itu ialah: Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab. Allah berfirman, ”Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.” (QS At-Taubah: 36)
hari ini nak berkongsi puding roti berkismis pulak..nie lah sarapan kami semalam pagi..buat 2 bekas jew..sikit kan..he heee memangpun .. ..resepi yang simple ..lagipun stock kismis banyak kat rumah nie..dah tak tau nak buat apa..tu yang godeh-godehh..
puding ini sebenarnya sedap dimakan bersama sos kastard...tapi sebab malas nak layan sos-sos itu semua...makan jew la dengan sos coklat..kira ok jugak la..tengok pic atas tue..kismis dah sedikit hangusss...he ehhee terover nak garing-garing..kalau nak bakar dalam loyang pun boleh..tapi saya buat separuh adunan sahaja. rasanya lebih mudah bakar kat dalam ramekins nie..
jomlah jengah-jengah resepi kot-kot ada yang nak mencuba juga..resepi dari myresepi ramai dah mencuba dan rata-rata komen seedappp..
puding roti berkismis dan pistachio
sumbangan: myresepi
Diolah oleh:zila4ever.blogspot.com
bahan-bahanya
3/4 keping roti
200 ml susu segar
2 biji telur
2 1/2 sudu besar gula pasir
1 sudu besar kismis - ikut kehendak masing-masing
1 sudu besar pistachio-disangai terlebih dahulu
1 sudu besar mentega - dicairkan
sedikit essen vanilla
cara-caranya
pukul telur dan telur sampai kembang.kemudian masukkan susu dan gaul rata
masukkan essen vanilla
griskan loyang ,carik-carikan roti ke dalam acuan/loyang.tuang kan adunan yang telah dipukul kedalam roti sehingga meresap kedalam roti.
taburkan kismis ..gaul rata
panaskan oven..dan bakar sehingga masak kekuningan.
selamat mencuba