Minggu ini masing-masing masih sebuk bercerita tentang serangan di paris..ialah benda kalau nak berlaku memang secara tiba-tiba,dalam kita berjaga-jaga pun kadangkala terlepas pandang.
macam cerita hendphone zila jugaklah ..he hee selalu memang jaga kalau muhammad buat main..biasanya dia akan angkat dan tekan-tekan jew..tapi kali ini jatuh dan habis retak skrin..ermmm memang kena beli baru..he hee..kalau fikir balik bagus jugaklah jatuh ada alasan kukuh nak beli yang baru..
oklah cerita brownies pulak.
bila sana sini masing-masing buat brownies kedut tak best kiranya kita pun tak ikut serta kan..lagipun kalau brownies anak zila memang suka.Biasanya zila suka tambah snickers,coklat chip atau kit kat.lagilah laju anak sulung tu makan.Dah dua kali buat sebenarnya dari bulan ogos haritu dan sekali lagi buat padan bulan oktober buat makan-makan dalam kereta semasa perjalanan kami ke kedah tempohari.
sebenarnya ada dua resepi brownese kedut yang zila dah cuba,setelah membuat perbandingan zila lebih suka resepi yang dikongsi oleh rakan fb tahrunnisah.kena dengan citarasa zila.Kedutnya pun alhamdulillah menjadi.zila panjangkan lagi resepinya disini.
Dari pembacaan zila mengenai brownies ni jangan dipukul terlalu lama.setakat kacau asal sebati sahaja.kalau nak brownies yang sedap kenalah menggunakan coklat yang berkualiti baru hasilnya sedap.selamat mencuba.
olahan : zila
Bahan-bahan
250 gram dark coklat - beryls dark compound
120 gram butter
140 gram tepung gandum/all purpose flour
30 gram coco powder
1 tsp baking powder
3 biji telur A saiz
230 gram brown sugar
1 tsp esen vanilla
secubit garam
1 sudu kecil cofee emilco - jika suka
Cara membuatnya
- Panaskan oven 170c selama 15 minit,gliss permukaan loyang 10x10 dengan sedikit butter serta letakkan baking paper.Ketepikan.
- Cincang kecil dark coklat dengah kaedah double boiler,setelah cair masukkan butter kacau sehingga larut,matikan api.Sejukkan
- Ayak tepung dan baking powder,dalam bekas lain pecahkan telur dan masukkan beown sugar,essen vanilla dan coffee emulco,kacau sebati guna whisk dalam 2 hingga 3 minit.
- Tuang adunan coklat kedalam adunan telur kacau rata.Masukkan tepung sedikit demi sedikit kaub balik sehingga sebati.
- Masukkan adunan kedalam loyang ratakan permukaan adunan.Bakar pada suhi 170c selama 40 minit api atas dan bawah.Hingga masak jangan terlalu lama nanti brownies akan kering.
- Setelah masak buka pintu oven sedikit biarkan brownies dalam 10 hingga 15 minit dalam oven.potong brownies ketika masih panas.