Pages

Monday, 8 February 2021

Recipe Baked Macaroni meatball cheese/Kegemaran keluarga/Family favorite

 


Macam sekejap pulak dah selasa,pejam celik PKP2.0 ni tak terasa pulak masa tu cepat berlalu walaupun sepenuh rutin harian hanyalah pusing dalam rumah .tempat paling top pastinya bahagian dapur..pusat makanan.

Muhammad dah boring jugak duduk rumah.bila nak keluar katanya.nak pergi makan duduk..maksudnya makan kat kedai yang tak bungkus ..boleh duduk lepak..Tak boleh lagi lah Muhammad..kes di JB ni menjadi-jadi..kes harian 500 ke atas.masih membimbangkan.


Semalam akak call bagitau ditempat kerja dia dan seratus lebih yang kena..ermm risaunya,semalam dia pergi buat swap test..tapi kena beratur panjang menunggu.boring katanya beratur lama.
Bawak jugaklah Muhammad pergi beli barang dapur,pergi sekejap jew amik mana yang penting.ramaijugak orang terutama kaum Cina sibuk berbelanja untuk tahun baru.Tapi bahagian makanan sahaja dibuka.untuk bahagian baju semuanya di tutup.nampak baju cantik,tapi mampu dipandang jewlah.


Ok bila Iqbal ada dirumah macam-macam jugaklah makanan yang dia suka nak suruh dibuat.Selalu jugaklah buat macaroni cheese ni,tapi selalunya malas sangat nak ambik gambar apatahlagi nak buat video.kali ini rajinkan diri buat video untuk kenangan sendiri..esok dah tua boleh tengok balik video sendiri..hi hii ..oklah jumpa lagi nanti ya.



Creamy Sauce
1 cawan susu segar
1 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar butter
1 keping slice cheesedale
(Campurkan semua dan masak atas api perlahan hingga pekat sentiasa dikacau supaya tidak berketul)

Macaroni
1 cawan macaroni/atau lebih
1 tin sos spaghetti 
1 bungkus bebola daging/ayam - digoreng sekejap
1 biji bawang holland/jika besar guna setengah - didadu
3 Ulas bawang putih - didadu
1 cawan daging ayam/lembu
1 batang carrot - didadu
3 batang caleri - dipotong kecil
1 sudu kecil serbuk lada hitam kasar/lebihkan jika suka pedas
1 sudu kecil thyme kering
1 ketul kiub pati ayam

Caranya
1.Rendam sekejap macaroni dalam 10 - 15 minit
2.Didihkan air,masuk macaroni dan tambah sedikit minyak,masak hingga lembut.Toskan airnya dan lalukan atas air biasa supaya tidak melekat dan menghentikan pemanasan.
3.Tumis bawang holland dan bawang putih hingga wangi,tambah serbuk lada hitam kasar.
4.Masukkan daging,biarkan sehingga daging masak sempurna.
5.Tambah sos spaghetti kacau rata,masuk kiub pati ayam.
6.Masukkan carrot dan caleri kacau rata,tambah garam,mask hingga carrot sedikit lembut.
7.Tambahkan macaroni dan kacau rata,masuk  thyme dan bebola ayam/atau daging,siap.

Cara melapis
1.Sedikan bekas tahan panas,sapu butter keseluruh permukaan loyang.
2.Letakkan macaroni goreng tadi ikutlah nak banyak mana ya.,
3.Kemudian letak slice cheese ,saya letak 2 keping.
4.Letakkan lagi macaroni gorang tadi menutupi cheese.
5.Tambah Creamy sauce yang kita buat awal tadi.
6.Tabur dengan cheese mozarella ikutlah nak banyak mana..bagi versi bila kita makan boleh tarik macamtu letaklah lebih sikit.
7.Last tabur dengan pasley kering,kalau tak ada tak payah letak..ikut mana yang ada je kat dapur tu ya.
8.Masuk oven,suhu 170c, bakar tak payah lama untuk mencairkan cheese bahagia atas tu je,dan biar bagi nampak garing sikit atas tu.
9.Siap..dah boleh makan..

English Version

Creamy Sauce
1 cup fresh milk
1 tablespoon wheat flour
2 tablespoons butter
1 piece slice cheesedale
(Mix all and cook over low heat until thickened constantly stirring to prevent lumps)

Macaroni
1 cup macaroni / or more
1 tin of spaghetti sauce
1 pack of meatballs / chicken - fried for a while
1 holland onion seeds / if large for half use - diced
3 Garlic cloves - diced
1 cup chicken / beef
1 pcs carrot  - diced
3 caleri sticks - cut into small pieces
1 teaspoon coarse black pepper powder / more if you like spicy
1 teaspoon dried thyme
1 piece of chicken stock cubes

Instruction
1.Soak macaroni for 10 - 15 minutes
2. Boil water, add macaroni and add a little oil, cook until soft. Drain the water and pass over plain water so that it does not stick and stop heating.
3.Saute sautéed garlic and garlic until fragrant, add coarse black pepper powder.
4.Add the meat, leave until the meat is cooked through.
5. Add the stirred spaghetti sauce, add the chicken stock cubes.
6. Add carrot and calery stir well, add salt, mask until carrot is slightly soft.
7.Add macaroni and stir well, add thyme and chicken balls / or meat ball, done.

How to layered
1.Prepare a heat-resistant container, rub butter all over the surface of the pan.
2.Put the fried macaroni just now, follow it to get as much as you want.
3.Then put slice cheese, I put 2 pieces.
4.Put the macaroni again to cover the cheese.
5. Add the Creamy sauce we made earlier.
6.Sprinkle with mozzarella cheese, follow as much as you want..
7.Last sprinkle with dry parsley.
8. Enter the oven, temperature 170c, around 10 to 15 minute.
9.Ready..you can eat now.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang