Pages

Wednesday, 30 March 2016

Terima Kasih SAJI mac 2016

Entry tertunggak kali ini..sebenarnya lama dah nak menulis entry nie tapi lappy buat hal..pic x boleh nak diloadkan dalam blog..alhamdulillah semuanya dah ok bolehlah kongsi sedikit kegembiraan disini..
terima kasih SAJI terutama pada adik ezanawaty yang selalu memberi ruang blog zila mewarnai keluaran beliau..biasanya saya hantar resepi jew tapi kali ini ada sedikit cerita mengenai blog zila dan 10 resepi yang dikongsikan pada bulan mac bulan ini..rasanya tak terlewat lagikan..memandangkan hari ini penghujung bulan mac..tahniah juga buat kawan-kawan blogger yang lain..serta rakan fb yang turut sama mewarnai saji bulan mac ini..

zila kongsikan gambar-gambar disini sebagai kenang kenangan ...bila dan tua-tua nanti boleh suruh cucu-cucu baca coretan nenek dia nie..hi hiii..jika masih ada usia bolehlah zila update blog ini lagi..
oklah sampai disini dulu..jumpa lagi nanti..









Tuesday, 29 March 2016

Red velvet cupcake


Red velvet cake..dah berkurun sebenarnya tak buat kek ni..rindu pulak nak merasa keenakkan kek baldu merah nie..last makan tahun lepas masa birthday zila..itupun beli di SR.kali ini teringin nak cuba resepi dari mccormick yang telah dikongsikan diblog bittersweetspicy nampak macam menarik sangat kek ni sebab ada campuran yogurt..


sedap sebenarnya kek yang ada campuran yogurt lembut ..lagipun stock yogurt dirumah memang tak pernah putus..kek zila nie tak berapa sangat merah sebab kuantiti pewarna zila kurangkan sedikit..zila lebih suka warna yang sedikit kecoklatan..bagi sesiapa yang suka merah bolehlah lebihkan pewarna ye.

untuk krimcheese  zila tak ikut resepi dibawah ..zila guna resepi krim snow cheese cake yang pernah zila kongsikan dulu..kalau guna resepi dibawah krimtu agak lembik sedikit..


Bagi pendapat zila kek nie sedap..mudah disedikan bahan pun tak banyak..makan keesokkan harinya baru rasa lebih moist..
oklah sampai disini dulu untuk hari ini..bye..


Red Velvet Cupcakes
CUPCAKES
Ingredients:
1 1/4 cups (170g) flour - I used cake flour.
1/4 cup (24g) unsweetened cocoa powder
1/2 teaspoon baking soda
1/2 teaspoon salt
1/2 cup (I used 125g) butter, softened
1 cup (212g) granulated sugar
2 eggs
1/2 cup yogurt 
1/4 cup milk
2 tsp red colour - I used Star Brand artificial cochineal red colour. The original recipe uses 1/2 bottle (1/2 ounce) McCormick Red Food Colour.
1 tsp pure vanilla extract

Method:

  1. Preheat oven to 180 deg C. Line cupcake pans with cupcake liners.
  2. Mix flour, cocoa powder, baking soda and salt in medium bowl. Set aside.
  3. Beat butter and granulated sugar in large bowl with electric mixer on medium speed 5 minutes or until light and fluffy. Beat in eggs, one at a time. Mix in yogurt, milk, food colour and vanilla. Gradually beat in flour mixture on low speed until just blended. Do not overbeat.
  4. Spoon batter into 18 paper-lined standard cake cups, filling each cup 2/3 full.
  5. Bake 20 minutes or until toothpick inserted into cupcake comes out clean. Cool in pans on wire rack for 5 minutes. Remove from pans & allow to  cool completely.


VANILLA CREAM CHEESE FROSTING
Ingredients:
1 package (250g) cream cheese, softened
1/4 cup (60g) butter, softened - I used unsalted.
1/2 tsp salt (I added.)
2 tbsps whip cream - Original recipe uses sour cream.
2 tsps pure vanilla extract
1/2 cup (72g) powder sugar - The original recipe uses 16 ounces (454g) confectioners’ sugar

Method:

  1. Beat cream cheese, butter & vanilla in large bowl until light and fluffy. Beat in whip cream.
  2. Gradually beat in sugar until smooth. 
  3. Frost cooled cupcakes with frosting.
  4. Makes 18 standard cupcakes.
  5. Recipe adapted from McCormick.

Notes & modifications:
The cupcake recipe above is half the original recipe. The cream cheese frosting,  on the other hand, is the full recipe & I still had a little bit more left after frosting all the 18 cakes.
I had reduced the sugar for the frosting drastically as I thought the sweetness was just enough, my friend thought it was ok too. But my sis thought the frosting was sour. So, you need to adjust the sugar level to your liking.

Tuesday, 22 March 2016

Kek Minyak


Dah beberapa hari nak update blog tapi lappy macam on off pulak..sekejap boleh on sekejap rosak tak boleh bukak terus..nak pinjam lappy suami dibawaknya ke kl pulak..bila ada masa free tak ada buat apa-apa macam bosan pulak..nasib hari ini cuba-cuba bukak lappy alhamdulillah ok..
Seperti sediamaklum sekarang musim panas kan..mana-mana negeri semua sama panas jew..minggu lepas masa cuti sekolah sempat zila pergi berjalan-jalan di terengganu..kelantan dan pahang..lima hari jugaklah ronda-ronda ..saja hilangkan boring duduk rumah..



Bertahun lamanya tak pergi kelantan terengganu dan pahang..banyak dah berubah keadaan disana..lain dari dulu..suasana pun lain..rasanya lebih dari 7 tahun zila tak pergi kelantan..best pulak tengok suasana negeri kelantan..kebanyakan signbord guna tulisan jawi..jarang sekali jumpa dibumi johor ni..

Tak banyak tempat zila pergi di kelantan..biasalah kalau bawak budak yang tengah lasak memang agak terbatas sikit nak meround..anak zila nie tak nak duduk stroller nak berjalan sendiri macam orang besar..jenuh mengejar dia jewlah..last-last kita yang penat..nak tengok barang pun susah..


Hari ini nak kongsi gambar kek minyak yang zila buat tempohari..kek yang fames seketika dulu..ramai dah mencuba..zila bawak kek nie kerumah adik ipar..sebagai buah tangan..ayah adik ipar zila nie suka sangat makan kek..berpotong-potong dia makan seronok rasanya bila kita bawak makanan orang makan sampai habis..
zila buat dua adunan..satu adunan dalam loyang empat segi..dan satu lagi dalam loyang bulat ..loyang nie agak kecil sikit..loyang yang biasa buat kuih bingka..kek minyak nie sedap sangat..lembut jew..bagi sesiapa yang tak suka kek yang guna butter boleh cuba resepi kek minyak nie..

oklah sampai disini dulu untuk hari ini..bye..


KEK MINYAK
Resepi Oleh : Kemma81
Rujukan : My Resepi 

5 biji telur 
3/4 cawan gula halus ~ 160 gm
2 cawan tepung gandum ~ 300 gm
1 sudu teh baking powder 
1 cawan susu pekat ~ 300 gm
1 sudu besar ovallate 
1 cawan minyak masak ~ 200 gm
perasa nenas atau pisang 
1 sudu teh esen vanila 
Pewarna

  • Satukan tepung dan baking powder kemudian di ayak, ketepikan
  • Dalam mesen pemutar, Pukul telur bersama gula dan ovallate hingga kembang dan gebu.
  • Masukkan susu pekat dan esen vanila dan  pukul sebati
  • Masukkan minyak masak dan perasa sambil dipukul lagi tapi hanya sekadar untuk adunan bergaul rata. 
  • Akhir sekali masukkan tepung gandum yang telah di ayak..Kaup balik adunan dengan spatula hingga rata.Bahagikan adunan kepada 3 atau 4 bekas
  • Letakkan pewarna dalam setiap bekas mengikut kesesuaian.Gaul rata,Sediakan loyang 8 inc
  • Lapik dasar loyang dengan kertas minyak dan sapukan butter.'Tuangkan adunan berselang seli warna secara lingkaran hingga habis
  • Bakar dalam ketuhar yang telah di panaskan 15 minit awal.Suhu 170 C bergantung kepanasan oven masing-masing.Bakar selama 45 minit ~ 60 minit
  • Lepas 45 minit cucuk dengan lidi, jika ia keluar licin bermakna kek telah di bakar sempurna. Jika masih basah, tutup permukaan kek dengan kertas aluminuim dan bakar semula hingga ia masak sempurna
  • Keluarkan daripada ketuhar setelah kek masak dan letakkan atas redai.Potong kek setelah sejuk sepenuhnya.

Thursday, 10 March 2016

Takoyaki



Semalam alhamdulillah sempat jugalah sama-sama menyaksikan gerhana separa..yang jarang-jarang berlaku..berpeluang juga menunaikan solat gerhana ..dijangka lagi 26 tahun akan berlaku gerhana separa ni..entah masih hidup atau tak lagi time tu..moga dipanjangkan usiaku ..aminn.

Jangan ada yang cakap saya rajin sekarang nie..sebab setiap hari saya makan di luar..JJCM pagi dan tengahari..dan petang juga..ha haaa..dapur saya tak berasap terus..cuma ada kepulan wap masak air jewlah..nak kata malas..memang ye kot.. tapi ada sedikit kerajinan nak buat kek dan kuih-kuih je..itupun bergantung pada mood..


Takoyaki ni dah lama tersimpan di draf ..zila buat bulan oktober tahun lepas..anak sulung zila suka betul beli takoyaki..kalau lepas makan tengahari mesti nak makan takoyaki sebagai pencuci mulut..tak larat pulak asik nak membeli jew..sekali beli dah rm4.00 kalau hari-hari mau kopak jugaklah duit..
bila terpandang acuan tako kat iklan lazada zila terus oder..lepas satu hari sampai dah acuan..terus pergi bakery..cari barang-barang ..dan bila semua barang complete startlah operasi buat tako dirumah..buat sampai tepung takoyaki satu kilo habis..senang citer si abang sampai jemu nak makan takoyaki..he heee.. sebab banyak kali buat..

sampai sekarang abang dah tak nak makan takoyaki lagi ..jemu katanya..oklah resepi zila ambil dari dapur hana's family dan sos takoyaki zila ambil dari dapur life is beautiful..zila kongsikan didapur zila sebagai bahan rujukan akan datang..silalah cuba ye..memang menepati dengan selera anda..kawan zila yang dah rasa pun cakap lagi sedap dari beli..so apalagi..must try..


TAKOYAKI
Bahan
225gram tepung takoyaki 
100gram @ 2 biji telur size M - pukul sekejap
600ml air 
minyak untuk melengser acuan

Bahan Isi
tako@sotong - boleh juga crab stick@ udang- potong kecil2
kubis - cincang halus
Negi - daun bawang

Bahan Topping
mayonis
sos takoyaki
fish flakes @ ikan parut @ katsuobushi
nori halus/serbuk seaweed

Cara-cara
Campurkan semua bahan, kacau supaya tidak berketul-ketul.
panaskan acuan takoyaki dengan sapu minyak skit.
tuang adunan tepung ke dalam acuan.
masukkan bahan-bahan isi.
tuang lagi adunan tepung menutupi semua takoyaki.
balik2kan menggunakan chopstick/lidi sehingga jadi bulat dan cantik.
dah masak angkat.
Cara hias :
1. Drizzle sos takoyaki
2. Drizzle mayonis
3. Taburkan serbuk seaweed
4. Taburkan bonito flakes/ katsuobushi

RESIPI SOS TAKOYAKI / OKONOMIYAKI
1 cawan sos tomato
3/4 cawan kicap cair 
1/4 cawan air asam jawa 
2 cm halia - tumbuk halus
1 ulas bawang putih - tumbuk halus
1/2 cawan gula

1. Campur semua bahan dalam periuk
2. Masak dengan api sederhana sehingga mendidih
3. Kecilkan api dan reneh sampai dapat kepekatan yang dikehendaki
4. Sejukkan sos
5. Tapiskan ke dalam botol sos untuk  mudah drizzle (guna tapis paling halus/tapis teh sebab nanti lubang botol tersumbat pulak dengan bawang putih/halia)

notakaki: 
Kalau buat ni guna kicap Jepun/ Kikkoman warna dia gelap sikit compare dengan kicap cair biasa. So kalau guna kicap biasa boleh letak sikit kicap pekat untuk bagi warna gelap sikit.  Kalau nak guna kicap Kikkoman/jepun, cari yang tulisan RUMI sahaja ye..

Friday, 4 March 2016

Banana Chiffon Cake


Salam jumaat penghulu segala hari bagi kita umat islam.
alhamdulillah berkesempatan lagi menulis disini..walaupun mood bermalas-malasan menyelubugi diri sekrang nie..ahaa..
Moga pengunjung blog sentiasa dalam lindugannya..dipanjangkan usia..dan dipermudahkan segala urusan didunia dan diakhirat aminn..bagi keluarga yang baru kehilangan angota keluarga zila ucapkan takziah..moga rohnya sentiasa dicucuri rahmat tergolong bersama orang-orang yang beriman ..sememangnya mati itu pasti..janji Allah itu pasti..semoga kita sebagai hambanya sentiasa meningkatkan amalan untuk bekalan kita diakhirat kelak..


Banana chiffon cake..chiffon lagi kan..haritu lemon ni banana pulak..sebenarnya bekalan pisang dirumah nie jarang sangat putus..selalu balik kampung emak mesti bawak balik pisang..kalau tak habis makan macamtuje mesti terbuang..sayang sangat..kali ini zila buatlah kek pisang chiffon.
resepi asal zila ambil di kitchen tigress,nampak lembut dan gebu sangat keknya.zila dah cuba buat dua kali..alhamdulillah menjadi..tapi proses pembakaran tu kena lama sikit ye..lebih kurang dalam satu jam..untuk menggelakkan kek tu masih basah dibahagian bawah..kadang-kadang nampak dah garing dan kekuningan tapi di bahagian bawahnya masih lembik..kena hati-hatilah ye.



zila dah cuba dua versi,pertama pakai loyang chiffon dan kedua guna cupcake..yang pakai loyang zila tambahkan paste strawberry dan mocca..ermm sedap jugaklah..yang pakai cupcake zila tak tambah apa-apa orignal rasa pisang tu je.ringan dan gebu je kek ni..kalau nak paipkan inti kastard ditengahnya pun boleh atau tabur gula sebagai hiasan..zila skip sebab tak ada gula aising..malas pulak nak blander gula ..ok sesiapa yang nak cuba silakan ye..
BANANA CHIFFON CAKE 
2-3 very ripe bananas - peel to yield 175 gram
60 gram egg yolks
15 gram castor sugar
40 gram corn oil
70 gram cake flour
1⁄4 tsp baking powder
1⁄2 tsp baking soda
1⁄8 tsp salt

140 gram egg whites
1⁄16 tsp cream of tartar 
50 gram castor sugar

  • Preheat oven to 160°C. Measure and prep ingredients as detailed above.
  • Blend 175 g bananas, egg yolks, corn oil and 15 g castor sugar till smooth and thoroughly incorporated. Sift cake flour, baking soda and baking powder into mixture. Add salt. Mix with whisk till just even. 
  • Separately whisk egg whites till frothy. Add cream of tartar. Whisk till egg whites form thick foam. Gradually add 50 g castor sugar, still whisking. Continue to whisk till egg whites reach firm peak stage.
  • Add egg whites to yolk mixture in 3 batches. Mix with whisk till almost even after each batch. Scrape down and fold with spatula till just evenly mixed, banging mixing bowl against worktop 2-3 times.
  • Pour batter into 18 x 8 cm 2-piece chiffon pan that's not non-stick, rotating pan as you pour so that batter is spread evenly. Jiggle pan till batter is level. Bake in bottom of oven for about 1 hour, till cake is well browned and, when pressed lightly, springs back and squishes softly. (Loud squishing means the cake is still too wet.) Remove cake from oven. Invert onto something narrow and tall, e.g. jam jar or inverted glass. Leave till cool. Cut cake out of pan. Serve.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...