Pages

Monday, 2 December 2019

Ronda di Empayar Makanan - Karnival HPPNK 2019

Hari penternak peladang dan nelayan kebangsaan yang telah berlangsung pada 28 hb Nov dan berakhir semalam 1 Dec 2019,oleh kerana tahun ini berlangsung di Angsana Johor Bahru maka kami penduduk sekitar Jb tak melepaskan peluang nak jugak tengok apa yang ada.

Tapak pameran dibahagiakan kepada beberapa bahagian mengikut katogeri,baguslah kan macam ni memudahkan orang ramai nak tuju bahagian mana yang nak dijejak dahulu.
Kami pergi pada hari sabtu setelah dua hari berlansungnya karnival HPPNK,sampai dalam pukul 11 lebih ada lah sedikit kesesakan lalulintas sebelum nak ke Angsana,tapi parking masih ok selit je dekat area tapak pameran,asal tak menganggu lalulintas kira ngam dah.

Pentas seni tani dan seni budaya ni saya tak jengah pun apa yang ada didalamnya,disebabkan Muhammad tak berapa sedap perut maka kami kesini ala-ala nak cepat jew,rasa rimas bila anak merengek.nasib perut dia kejap ok..kejap sakit.kira dapat jugaklah round walaupun tak berapa puas hati sebab tak dapat teroka semua place.

Tandas bergerak ada disediakan,tapi tengok dalam dia macam kurang menyelerakan.Kalau nak lebih selesa terpaksa masuk ke Angsana Mall.

Tujuan utama kemari memang nak pergi ke Empayar Makanan ni,dengar diaorang promote dekat tv sebelum ni macam menarik minat kami untuk kesini.
Luas dan besar kawasan Empayar makanan ni,seperti yang di war war kan, makanan dari semua negeri ada dibawah satu bumbung.


Melangkah masuk kedalam mata dihidangkan dengan hirisan mangga  segar dan tembikai merah,saya hanya melangkah snap gambar je,tak bertanya pulak harga.
Tengok kiri kanan banyak jugak meja makan masih kosong.duduklah disalah satu meja berdepan dengan pentas utama,kebetulan time tu ada demo masakkan asam pedas.

Dah dapat tempat duduk yang kiranya ngam,kipas pun depan mata rasa selesalah kan dan tak panas.suruh Muhammad duduk dengan en suami,so kami gilir-gilir ronda tengok makanan disekeliling.




Ada bihun sup dari kedah.
beranika hidangan sup disediakan,moi pun ada,nasi putih dan makan dengan sup pun ada..sup gear box..pilih jewlah mana tekak rasa nak makan.



Melangkah lagi kedepan nampak hidangan dari sabah,ada rumpai laut,sedap rumpai laut jenis ni rasa rangup bila makan tu cicah sikit dengan sambal rasa tak nak stop mengunyah.satu paket tu berharga Rm 10.00 dan tentunya banyak khasiat dari rumpai laut ni.Dan ada juga ayam bakar,berderet wings tu memangil-manggil untuk dirasa.

Melangkah lagi kedepan nampak pulak Puding Raja dan Sambal Hitam,dah tentunya makanan famous dari Pahang.sesungguhnya saya memang tak pernah merasa Puding Raja.dan bila dah ada depan mata tak tergerak pulak nak beli.


Cuci mata lagi dengan makanan warisan kelantan,ada Akok yang nie dah biasa ada disini sebab orang kelantan memang ramai sangat duduk area Jb ni so makanan kelantan kira dah biasa saya tengok.


 Ketupat palas,Rendang Tok..Serunding Daging..semua mengimbau menu hari raya..



Sambung lagi berjalan ke sebelah kiri deretan gerai,ada pasembor lahai sedapnya yang ni memang saya suka..tapi tulah perut ni bukan boleh isi banyak sangat..ikutkan hati nak rasa semua..geram ..


 Anika kuih muih ada..


Patin tempoyak pun ada..dah siap pack  nasi pun dah stanby tepi..kalau berhajat nak merasa tinggal makan je.
 Laksa telur sarang pun best.

 Keropok 

 Ayam goreng kunyit nasi putih dan bawah tu dia pancitkan kicap sikit.

 Takoyaki 

 Berjenis air.

Last inilah hasil yang kami beli..disebabkan kami berdua tak bersarapan lagi maka saya pun try lah bihun sup utara.sedap bila dah mix dengan sambal cili,ada rasa tergigit lobak masin bila hirup kuah.

 Beli air red tea untuk muhammad

 Yang ni saya choose untuk en suami,sebab dia ni tergolong dalam orang yang makan suka memilih so saya tak berani nak beli bukan-bukan.bagi dia ayam goreng kunyit dengan nasi putih jewlah.

 Dia order air coconut shake 

Dah habis makan bihun sup saya topup pulak makan ayam bakar dari semporna ni.sedap betul lagi-lagi bila cicah dengan sambal dia tu..dua ketul tu rm5.00.ok selesai misi ke Empayer makanan nanti next entry saya sambung apa lagi yang ada di HPPNK ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang