Pages

Wednesday, 3 June 2020

Kek Permaisuri - kek lama yang sentiasa diminati

Selamat pagi..
malam ini mata lambat pulak nak terlelap..biasanya waktu bergini dah hanyut lena dibuai mimpi..dan akan terjaga pukul tiga lebih atau 4..tapi hari ni nampaknya pukul enam baru nak terjaga kot..dan harap jangan bagun lewat sudah.

Kes Covid19 di negara kita nampaknya dah ada penurunan yang ketara,cuma bukan warga negara jew yang banyak kes sekarang ni.tapi masih lagi terkawal.Dan SOP baru pun akan dibentangkan sabtu ni,risau tengok rambut anak-anak panjang tapi kalau nak hantar anak ke kedai gunting pun risau jugak..bila kerajaan suruh vote mana SOP yang hendak dilonggarkan ramai yang vote pergerakkan merentas negeri dan pendidikkan.apapun kita tengoklah apa yang keputusan pehak kerajaan kelak.

Aritu sebelum cuti sekolah sempatlah saya mengemas almari buku dan dalam tu memang banyak tersimpan majalah masakkan lama.memang banyak .dulu masa belum ada internet memang buku masakkanlah yang jadi rujukkan utama.Selain tu resepi yang dikongsi dari kawan-kawan sekerja pun jadi penyumbang besar pada kita yang baru berjinak-jinak nak masak.
Semak-semak ternampak pulak kek  permaisuri..lahai terberkenan pulak nak buat,kek ni nostalgia sangat.dulu kalau raya rumah orang memang jumpa kek nie..suka kutip ceri sebelah atas tu..kadang orang letak kismis,
terus apalagi mulakan projek baking..baca resepi betul-betul baru buat,ni kalau silap tengok takut tak menjadi pulak kan,kalau bab buat kek memang saya lebih berhati-hati sikit.kalau masak tak per..campak-campak dah jadi..kalau buat kek salah sukat jadi bantat pulak kan..
Seronok bila kek naik gebu elok,rasa pun tak berapa manis sangat.sesuai sangai buat minum petang,cicah dengan teh o panas pun rasa nikmat jugakkan.

Kek Permaisuri
Source Majalah Masakkan
Bahan
230 gram marjerin pelangi
190 gram gula halus
1/4 sdt garam halus
4 biji telur
250 gram tepung naik sendiri
(kalau guna tepung gandum tambah 1 sdt baking powder)
2 tbs susu tepung
1sdt esen ros
sedikit kismis - untuk hiasan

Caranya
1.Pukul gula dan marjerin hingga putih gebu.
2.Masukkan telur sebiji demi sebiji..dan pukul rata.
3.masukkan esen ros dan pukul sekejap.
4.Campurkan tepung,garam dan susu tepung.ayakkan kedalam adunan.
5.Guna spatula kaup balik adunan hingga sebati.
6.sediakan paper cup dan acuan..masukkan adunan dalam piping bag.picitkan kedalam papercup 3/4 penuh cup...letak kismis ditengah.
7.Bakar pada suhu 170c..dalam 30 minit atau sehingga masak


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang