Pages

Monday, 15 June 2026

BATAM - Hotel Asialink Easy



Setelah seharian berjalan inilah tempat penginapan kami selama 4 hari 3 malam.Kami menginap di Asialink Easy hotel..dulu dikenali dengan nama The Evitel Hotel Batam sebelum diuruskan oleh pengurusan baru.Sesuai dengan namanya Easy hotel ini berkongsep casual,ringkas dan moden..ia amat popular dalam kalangan pelancong kerana harganya yang sangat berbaloi dengan kemudahan yang disediakan.

Lokasinya yang terletak betul betul di tengah pusat bandar Nagoya memang sangat memudahkan,jalan kaki tak sampai 5 minit sekitar 400 meter sahaja kami sudah boleh sampai ke Nagoya Hill Shopping Mall dan pusat makanan Nagoya Thamrin City.



Walaupun dikategorikan sebagai hotel bajet kemudahan disini tidak mengecewakan.Bilik yang selesa dilengkapi dengan Tv,gemnasium  yang beroperaasi 24 jam dengan peralatan yang lengkap.hari itu kami dapat bilik no 205,tidur berdua dengan Ahmad..




Dua katil ynag empuk dan selesa,dan kelengkapan lain seperti hotel biasa ada teh,gula ,krimer dan air mineral.room service menu juga ada ya.












Sampai je hotel terus je mandi,badan rasa lekit ..almaklumlah dan ronda sana sini,lepas solat maghrib masing-masing janji tunggu di lobby untuk pergi makan dinner.
sempat lagi snap gambar disekeliling luar hotel,jom layan view ..






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang