Pages

Tuesday 26 November 2019

Gift dari Delima Oil - di Taste fully food & beverage expo

Cerita hari Ahad lepas..
Pada 19 hb November lepas saya dapat satu whatsapp dari salah seorang wakil dari company SAJI .
entah dari mana dia dapat no mobile,dalam msg tersebuat beliau menyatakan nak menghantar produk SAJI.so saya pun tanyalah nak kena masak dan post ke macamana,rupanya tak ada syarat apa-apa pun,ini merupakan gift sahaja,dan saya hanya perlu terima..wahh happy dengar kan orang nak bagi produk.
Dan pada 22 - 24 hb SAJI akan mengadakan event di Midvelly Jb,dan dia pun suruh saya kesitu untuk collect barang.

So pada 24 hb  wakil SAJI ada menghubungi saya balik..bertanya tentang barang gift tu saya dah ambik ke belum..sesungguhnya saya terlupa ..tak teringat langsung tentang barang gift tu pun..so pagi 24 hb tu saya sebenarnya plan nak ketempat lain..sebab dah sekali arung jalan singgahlah sekejap Midvelly untuk collect barang gift tu.

Masuk jew dah boleh nampak SAJI brand besar jugak booth dia..bersusun produk  malaysian oil palm.seronok tengok,produk SAJI ni banyak rupanya,dah ada sos tomato bagai barulah saya tau.Dengan perkembangan pasaran kelapa sawit sekarang yang agak membimbangkan,banyak kempen dijalankan untuk menaikkan semula kepercayaan luar terhadap kualiti minyak sawit kita.

Saya pergi nie kira hari last expo..banyak barangan yang jauh lebih murah..mungkin sebab hari terakhir,minyak Carotino tu pun ada less rm 1.50 berbanding dari harga biasa..minyak sawit merah ni sangat baik,kandungan karoten didalamnya adalah lebih tinggi berbanding yang ada pada tomato mahupun lobak merah. Karoten ialah sejenis antioksida yang membantu menguatkan sistem imun badan, dan dikaitkan dengan penurunan risiko kanser, penyakit jantung. Ia turut membantu melindungi tubuh anda daripada panahan UV matahari umpama memakai krim pelindung dari dalam macamtulah.



Ramai yang beratur di booth Malaysian Palm Oil nak merasa Red palm oil ice cream..kami pun beratur sama ..nak jugak  try merasa,sedap ke tak.

Ni dia ais krim red palm oil,rasa sedap jugak tak manis pun..light jew 

Muhammad pun cakap sedap ..sampai meleleh makan.

Dan berbalik pada tujuan asal kesini,kita nak collect give maka jumpalah dengan salah seorang pekerja disini tanya tenang barangan gift tu..so tu dia 2 box barangan dari SAJI nasib suami ikut kalau tak memang tak boleh nak angkat sebab berat sangat.

Macam-macam ada dalam tu,memang meriah main masak-masak..banyak menu dah berkecamuk dikepala..ha haa tapi entah bila nak dibuat tu usahlah ditanya.Alhamdulillah terima kasih SAJI.

Dah alang-alang masuk kesini kita cuci mata ..tengok booth yang ada disini,ada 200 lebih booth,meriah dengan pelbagai produk makanan dan produk lain pun ada,jom tengok antara gambar yang tersnap pada hari itu.













Disebabkan nak pergi ketempat lain,so kesini hanya sekejap jewlah..tak beli apa-apa pun cuma beli air oyoshi tu 3 botol RM5.OO dan dapat free 1 tin air green tea season.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang