Pages

Tuesday 24 December 2019

Cantiknya masjid Sri Sendayan

Selesai makan di nasi arab damsyik kami nak mencari tempat solat Asar pulak,
oleh kerana dah berada di kawasan seremban,kami tak nak melepaskan peluang untuk melawat Masjid Sri Sendayan yang mendapat jolokkan Taj Mahal Malaysia tu.

Masjid Sri Sendayan merupakan sebuah masjid yang terletak di Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan. Masjid ini merupakan salah sebuah masjid tercantik di Malaysia dan selalu menerima lawatan pengunjung luar serta pelancong. Mula dibina pada tahun 2015 dan dirasmikan pada 20 September 2019, masjid ini mampu menampung sehingga 5000 jemaah pada satu-satu masa. Masjid ini telah diwakafkan oleh tokoh perbankan, Tan Sri Abdul Rashid bin Hussain dan telah menelan belanja kira-kira RM100 juta.



Mempunyai sebuah kubah utama dan tiga kubah kecil di bahagian laluan hadapan. Selain itu terdapat juga 2 menara di bahagian hadapan masjid.



Terletak di kawasan berkeluasan 4.5 hektar dan mempunyai tiga dewan solat iaitu dewan solat utama yang mampu memuatkan seramai 3,000 jemaah, dewan solat kedua (800 jemaah) dan dewan solat wanita (800 jemaah).Masjid ini turut dilengkapi dengan bilik kuliah, perpustakaan, dewan serba guna, bilik pengurusan jenazah, bangunan pentadbiran, dewan makan, enam unit rumah sebagai kediaman petugas masjid.






Tempat wuduk disebelah luar 






Kebanyakan seni bina dalaman masjid ini ditempah khas termasuk ukiran kayu pada dinding di dewan solat, penggunaan saduran berwarna emas, tulisan khat serta penggunaan bongkah jubin sebagai dinding berhampiran mimbar. Bahagian dalaman kubah utama dihiasi dengan cat emas 24k. Seni dalaman masjid ini menggabungkan elemen dari Mesir, Turki, Dubai, Maghribi dan China.







Masjid ini diwakafkan oleh pengasas syarikat perbankan Kumpulan RHB, Tan Sri Abd Rashid Hussain.
Ini adalah masjid kedua diwakafkan oleh Abd Rashid selepas Masjid Hussain atau lebih dikenali sebagai Masjid Putih di Seremban 2 yang dibina dengan kos RM22.6 juta pada tahun 2012.





 “Keunikan hasil seni bina masjid ini membuatkan ia menerima beberapa gelaran daripada orang ramai termasuk Taj Mahal, Masjid Nabawi dan Masjid Kerajaan Uthmaniyah.









 Dengan keunikkan masjid ni dengarnya ramai bakal pengantin dah book awal nak bernikah disini.




view dari sebelah dalam menghadap keluar.time cuti sekolah macamni ramai pengunjung,masa kami sampai ada 2 biji bas berhenti disini untuh melawat dan singgah solat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang