Pages

Tuesday 18 June 2019

cornflakes coklat - senarai kukis raya senang namatey



Cerita majlis jamuan hari raya di sekolah muhammad.
setiap tahun tadika muhammada memang buat majlis hari raya..setiap pelajar kenalah bawak sedikit juadah tak kesahlah kuih raya..buah buahan atau makanan berat sebagai sumbangan untuk dimakan sesama  mereka.

Pagi rabu bila ambik muhammad balik dari sekolah terus dia cakap "Mami teacher cakap bawak cookies pergi sekolah ..semak dalam bag dia ada surat dari sekolah yang mengatakan ada jamuan hari raya esok iaitu hari khamis.. pakai baju melayu lengkap..
Jenuh memikir nak buat biskut ke nak bawak buah buahan je senang kerja.dah nak maghrib baru tergerak hati nak buat cornflakes coklat..dalam hati cakap mesti budak budak suka sebab ada coklat dan manik colour.



Kami buat dua versi ..
satu saya campurkan dengan badam hiris  dan satu lagi hanya guna cornflakes semata je..nak buat dia bukanlah susah sangat ..ni antara kuih raya yang senang dan cepat disediakan..kalau tetamu nak datang malam.. petang boleh buat sekejap..

Hero utama mestilah kena ada cornflakes..kalau nak sedap gunalah yang mahal sikit..berbeza sebenarnya cornflakes yang jual timbang dibakery dan yang kotak tu..

Coklat masakkan ..
yang ni pun korang beli yang ada quality ,,jangan asal coklat masakkan je..sebab setiap jenama coklat masakkan lain rasanya..
Kita cairkan coklat dan letak sedikit shotening ..cairkan coklat dengan kaedah double boiler..
Dah cair semua coklat..boleh terus tuangkan keatas cornflakes..

Kita gaul rata bagi cornflakes tu bersalut dengan coklat sepenuhnya.

Sediakan paper cup kecil..
sudukan cornflakes kedalam papercup..kalau tak nak nampak comot guna papercup colour hitam.
tak nampaklah comot dinding papercup kita nanti..

Sebagai hiasan tabur manik halus colour2 ni..
sebagai penyeri cornflakes coklat kita..tak lah nampak hambar je kan,,ok dah siap susun di atas dulang ..kalau nak cepat kering coklat tu masuk dalam peti ais sebelah atas sekejap..ingat sekejap je jgn lama..biasa saya buat tak sampai 1 minit..lepastu dah boleh susun dalam balang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang