Pages

Sunday, 25 May 2014

dikelas swiss rool- dibuka untuk tempahan


Assalammualaikum
bersua lagi kali ini..alhamdulillah berkesempatan lagi update blog walaupun kadangkala tenggelam timbul..terima kasih follower zila yang tak pernah jemu untuk kesini..sentiasa sudi membaca celoteh zila tanpa jemu..


Berkesempatan lagi zila menghadiri kelas kali ini..tahun ini beberapa kelas masakkan telah zila hadiri..ramai yang tanya best tak?

apa-apa kelas yang kita hadiri semuanya best..yang penting kena minat..bila dah ada dalam kelas zila suka tanya beberapa orang yang turut serta..saja-saja tanya untuk apa mereka attend class masakan..kebanyakkan dari mereka bukanlah focus untuk berniaga..tapi lebih kepada untuk diri sendiri..diorang suka menghidangkan sesuatu masakan yang sempurna untuk family tersayang.


kit kat roll


snickers roll


kinder bueno roll

mars roll

Ok bercerita mengenai kelas..6 jenis resepi swiss roll telah diajar pada hari itu..ditambah lagi dengan 2 resepi percuma.
Ini merupakan kelas kedua zila bersama puan Zaidah Ibrahim.kelas pertama zila belajar buat cookies raya..tak sempat lagi nak buat entry..tunggu beberapa hari lagi nanti zila poskan apa yang zila pelajari dari kelas cookies beliau.


Zip Orange roll

Bounty roll

Berikut antara swiss roll yang tengah meletop sekarang ini .. kit kat roll,snickers roll,mars roll,zip orrange roll,kinder bueno roll dan dua resepi percuma Benji roll dan brownies disamping itu resepi colset butter cream,chochlate ganache dan butter cream juga diberi..


Segala teknik dan rahsia telah puan zaidah kongsikan bersama kami,kalau selama ini banyak yang kami tak tahu sekarang nie bolehlah berjinak-jinak mengambil tempahan.


ramai yang bertanya pada zila sekarang dah start bisness kew?..dah berhenti kerja ea..?he he heee..sebenarnya zila masih lagi berkerja seperti biasa..alhamdulillah buat masa ini masih boleh membahagikan masa diantara bekerja ,mengasuh muhammad  dan mengambil sedikit oder dari kawan-kawan.




Pada sahabat zila diluar sana yang berminat nak oder beranika swiss roll ini dari zila bolehlah wassup/wechat di 017-7828172 penghataran pos juga disediakan. boleh juga pm di facebook zila ..pada sahabat-sahabat zila yang tak pernah jemu mengoder kek,kuih muih dan lain-lain..jutaan terima kasih zila ucapkan..


Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi..dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa..dalam kesempitanhidup ada kekuasaan ilmu..
menuntut ilmu itu tiada penghujungnya..


sampai disini dahulu buat kali ini salam sayang semua..:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...