Pages

Thursday 24 December 2015

Nasi ayam hainan lagi..



Salam MAULIDUR RASUL bagi umat islam.
Bersempena dengan cuti umum hari ini dapatlah meluangkan masa menulis blog petang-petang macamni..sebenarnya dari awal pagi kami sekeluarga dah keluar rumah..bersarapan bersama diluar..kemudian pergi servis kereta..sambung pulak ambil rodtx ins kereta suami yang habis tempohnya semalam..lepastu terus beli barang-barang keperluan dapur dan kelengkapan sekolah Iqbal..gitu gini ..sampai rumah dah nak pukul satu tengahari..ermmm cepat betul masa berlalu..kain baju tak berbasuh lagi..menimbun ..yang tak berlipat adalah setengah bakul..


Bila Muhammad dah tido  baru boleh bukak lappy edit sikit gambar masakan yang lama terperap..kadang-kadang berhajat sangat nak update blog sekerap yang mungkin..tapi tulah..lumrah ada anak kecik yang tengah ligat..he hee kena dulukan mana yang penting kan..
Nasi ayam hainan lagii..ermm tulah..bila hari-hari mengadap dapur fikiran pun buntu nak masak apa..pusing-pusing nampak ayam..kih kihh..so masak nasi ayam jewlah senang dan mudah..anak-anak pun suka..
tapi kali ini zila cuba resepi dari dapur FHA..nasi ayam hainan terlajak sedap...teruja nak cuba sebab ayat terlajak sedap tu yang memanggil-manggil kita nak buat..


Kebiasaannya ayam yang telah direbus kemudian dimasukkan kedalam air ais tak perlu lagi digoreng..tapi resepi kali ini kita goreng sekejap  secara touch n go..jadi ayam kelihatan lebih menarik dan lebih selera untuk dimakan..untuk nasi pulak kita tambahkan sedikit serbuk kunyit untuk kelihatan sedikit kekuningan..untuk versi nasi ayam hainan yang biasa zila pernah buat disini
Alhamdulillah habis seperiuk kami anak beranak kerjakan nasi ayam ni..he hee..memang sedap ..jimat duit tak payah makan diluar..boleh makan bertambah-tambah lagi..


Nasi Ayam Hainan 
sumber :Intai-intai Dapur FHA

Bahan A (Sup)
Ayam 1 ekor (dipotong kepada 4 bahagian, di asingkan lemak-lemak ayam)
1/2 periuk air ('rice cooker standard size') yang akan menenggelamkan keseluruhan ayam semasa merebus
4 ulas bawang putih (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
1 kiub pati ayam 'KNOR'
sedikit garam
Bahan B
daun sup
daun bawang
bawang goreng

Cara-Cara Memasak Sup
1. Didihkan air dalam periuk sehingga ia 'mendidih membuak-buak'.
2. Kecilkan api sekecil-kecil yang boleh dan masukkan betulan-ketulan ayam dan tutup tudung periuk. Biarkan ayam masak secara perlahan sehingga air mendidih kembali  (anggaran masa 1.30 jam bergantung kepada saiz ayam dan kuantiti air)
3. Keluarkan ayam dari periuk dan masukkan kedalam bekas yang berisi 'ketulan ais + air sejuk'. Ini adalah untuk memastikan yang proses memasak isi ayam terhenti yang akan menjadikan isi ayam terasa begitu 'moist' sekali.
4 Dalam periuk berisi rebusan ayam,  masukkan hirisan halia, bawang putih, garam dan kiub KNOR.
5. Siap. Sebelum hidang taburkan dengan bahan B


Bahan C (Perapan ayam)
Kicap masin 'Kipas Udang'
2 sudu besar Sos Tiram
Cara-Cara Memasak Ayam
1. Keluarkan ayam dari air rendaman ais dan lumur dengan bahan C. 
2. Perapkan selama 10 minit.
3. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ayam secara 'Touch and Go' ia-itu anggaran 10-15 saat sahaja sekadar memastikan sos tiram dan kicap melekat pada ayam. Tidak perlu terlalu lama kerana isi ayam telah pon masak dan untuk memastikan ia kekal 'moist'.
4. Renjis dengan Minyak bijan semasa menghidangkan nya 

Bahan D-1(Nasi)
* Minyak dari Lemak ayam
4 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
5 helai daun pandan (dikerat 4)
1/2 sudu teh kunyit serbuk
Bahan D-2
6 pot beras (anggaran 800 gram)
10 pot air
1/2 kiub pati ayam 'KNOR'
sedikit garam
Cara Memasak Nasi
1. Dalam kuali, masukkan lemak-lemak ayam dan goreng sehingga ia cair (tidak perlu ditambah sebarang minyak semasa menggoreng).
2. Dalam 'rice cooker', masukkan minyak ayam dan tumis bahan  D-1 sehingga bawang putih 'betul-betul garing'.
3. Masukkan beras yang telah dibasuh dan di toskan air nya. Goreng seketika anggaram masa 5 minit. Ini adalah untuk memastikan beras tidak hancur semasa proses memasak.
4. Masukkan air, kiub ayam dan garam. Rata kan dan biarkan nasi masak saperti biasa.


Bahan E (Sambal Cili)
10 biji cili merah
3 ulas bawang putih
5 sudu besar gula putih
jus air limau kasturi dari 3 biji
sedikit garam
Cara Menyediakan Sambal Cili
1. Kisar kesemua bahan E kecuali jus air limau kasturi dan garam.
2. Apabila siap masukkan baru dimasukkan jus air limau kasturi dan garam dan ratakan.

Bahan F (Kicap)
1/2 sudu besar lada hitam (ditumbuk halus)
Kicap manis 'Kipas Udang'
lebihan dari bahan perapan ayam (C)
sedikit minyak dari gorengan ayam
Cara Menyediakan Kicap
1. Satukan bahan F dalam periuk dan masak seketika sekadar ia mendidih

Bahan G
Timun
Tomato biji
Daun Salat

Tuesday 15 December 2015

Cheese Naan


Cheese Naan
Rata-rata orang kita dah senonim dengan masakan mamak atau india muslim,restoran Syed,Habib,Osman dan macam-macam nama lagilah memang famous di sekitar johor baharu..biasa kalau nak bersembang dengan kawan..atau dah lama tak jumpa kawan-kawan tempat lepak yang paling popular mesti restoran mamak kan..


Tapi bukan semua orang minat makan di restoran mamak..ada sesetengahnya lebih gemar di fastfood atau sekarang ni yang paling famous di johor bahru Kilang Bateri..sesiapa yang tak pernah sampai terutamanya orang jb pergilah ronda-ronda..



Hari ini zila nak kongsikan resepi naan cheese..biasanya beli yang frozen dikedai jew kalau teringin roti naan..tapi kali ini rajin sikit nak buat sendiri..lagipun kalau roti-roti macamni memang kegemaran suami..cuma zila agak malas sikit nak buat dirumah..
bila cuti sekolah buat makanan apa jew mesti habis..laju jew.
Resepi Naan zila ambil dari rakan fb tahrunnisa,nampak sedap betul pic yang dikongsikannya rasa tak sabar nak buat.
Nak letak cheese banyak-banyak pun boleh ikutlah suairasa masing-masing..zila letak tak berapa banyak..sebab takut muak makan cheese banyak-banyak..kalau nak buat naan kosong pun boleh,naan butter atau garlic naan..ikutlah selera masing-masing ye....sedap sangat makan panas-panas..


Resepi Roti Naan Cheese
Tahrunnisa Jali

Bahan-bahan
300 tepung gandum
1 1/2 sudu kecil yis
2 sudu besar gula
sedikit garam
2 sudu besar yogurt - natural
1 sudu kecil baking powder
80-100 ml susu segar suam
3 sudu besar minyak jagung
cheese mozarella yang diparut

Caranya membuatnya

  • Campurkan yis +1 sudu besar gula dari resepi diatas bakinya nanti masukkan dalam tepung, dan sedikit saja air suam.kacau biarkan selama 5 minit. *jika yis aktif campuran tersebut akan mengembang.
  • Masukkan adunan tepung, lebihan gula, garam, yogurt, baking powder dan minyak jagung ..aduk hingga menjadi seperti serbuk roti.
  • Masukkan campuran yis tadi ke dalam adunan tepung,aduk sebati,kemudian baru masukkan susu segar tadi sedikit demi sedikit sehingga adunan tak melekat ditangan.uli sehingga adunan licin 10-15 minit.
  • Biarkan adunan naik sekali ganda - tutup adunan dengan kain lembap dalam 45minit suhu agak suam2 panas (seperti dlm oven suhu 35c atau kawasan yang agak2 panas untuk mempercepatkan proses kenaikan doh)
  • Bahagikan adunan seberat 80gm. Taburkan dengan sedikit tepung..Bulatkan sehingga habis.rehatkan adunan seketika dalam 10 minit tutup dengan kain.
  • Ambil sebiji adunan guna roller (penggelek) kemudian leperkan doh tadi dan masukkan cheese mozarella parut ditengah-tengah doh dan tutup semula (mcm buat pau)
  • Kemudian leperkan balik guna roller tadi secara perlahan-lahan  supaya cheese tak terkeluar.
  • Panaskan non stick pan tak perlu letak minyak, Api jgn kuat sederhana sahaja atau perlahan.
  • Letak roti tadi atas non stick pan,tutup sekejap ngan penutup dan balik-balikkan roti tadi,bila ia menggelembung leperkan ia.
  • Siap angkat..boleh dihidang dengan kari pekat, atau keema daging, chicken tandoori dan timun yogurt.


** Jika yogurt takde tak mengapa abaikan...tak isi takpe takdosa...cuma nanti lebihkan cecair susu segar ye..
** susu segar tu jgn curah sampai habis nanti terlembik pula..masukkan sedikit demi sedikit ..adunan ni tak keras dan tak lembik ..ertikata lain tak lekat ditangan.



Saturday 12 December 2015

Pandan gula melaka cupcake


Minggu ini zila agak kurang sihat sikit..dah seminggu selsema macam tak baik-baik pulak..asik sok sekkk sok sekk ..ketat rasa lubang hidung nak bernafas..


nak berjalan kemana pun agak malas..tunggu sihat betul baru plan nak bawak budak-budak berjalan dekat sini-sini jewlah..lagipun barang sekolah belum berbeli lagi..kena jimat sikit duit..




Bila first time buat kek pandan guna resepi ni..alahai memang sedap..tapi sukatan gula dari resepi asal memang sangat manis bagi citarasa zilalah..tapi kalau yang suka manis boleh lebihkan.
bila bakar cupcake nie harum satu rumah bau pandan..ermmm..zila tak tambahkan pewarna dalam adunan kek nie..mengekalkan warna asal pati pandan..cantik hijau-hijau kuning..

Resepi ini hanya dapat beberapa biji kek sahaja..kalau nak buat dalam kuantiti yang banyak kena gandakan sukatan resepi dibawah.bagi zila yang menjadikan kek nie lagi sedap sebab adanya gula melaka diatas tu..buttercream zila ikut resepi kak ita,guna italian buttercream..rasanya sedap dan kurang manis..dan senang diolah.
Resepi kek pulak zila guna resepi bitter sweet spicy...


Untuk gula melaka renjisan atas kek zila gantikan dengan gula melaka pekat segera,stock dirumah banyak..sebab zila selalu guna gula melaka ni untuk buat 3 layer tea..lagipun gulanya pekat tak cair.


Pandan Cup Cake
Resepi Oleh : Bitter Sweet Spicy

200 gm tepung kek
1/2 sudu teh baking powder ~ double acting
125 gm unsalted butter ( butter tanpa garam ) ~ lembutkan
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh esen vanilla
200 gm gula halus atau gula caster ~ kurangkan 160 sahaja
2 biji telur saiz A ~ suhu bilik
75 gm santan KARA + 25 gm air
2 sudu besar jus pandan ~ 5 helai daun pandan kisar dengan sedikit air ambil jusnya
sedikit pewarna hijau

Panaskan ketuhar 15 minit sebelum di masukkan kek pada suhu 180C
Sediakan muffin pan atau cup cake secukupnya
Satukan tepung dan baking powder kemudian ayak ~ ketepikan
Satukan santan, air, jus pandan dan pewarna hijau dan gaul rata ~ ketepikan

Dalam bekas pemutar, satukan butter, esen vanilla dan garam dan pukul sebentar
Masukkan gula halus dan putar 3 minit hingga lembut
Masukkan telur sebijik demi sebijik dan putar rata
Masukkan tepung berselang seli dengan campuran santan ( mulakan dengan tepung dan di akhiri dengan tepung ) putar atau kaup balik hingga adunan sebati
Tuang dalam cawan kek 3/4 cawan penuh sahaja
Susun dalam loyang muffin dan bakar selama 25 minit
Setelah masak, sejukkan atas redai


Gula Melaka Italian Meringue Buttercream

50 gm gula Melaka
1 helai daun pandan
1/8 cawan air

Satukan semua bahan di atas dan masak hingga gula larut
Kemudian sejukkan

80 ml air
150 gm gula halus
1 biji telur
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
250 gm butter tanpa garam ~ di potong dadu
1 sudu besar caramel gula Melaka ( adunan gula Melaka yang di masak tadi )

  1. Satukan air dan gula dan masak hingga pekat dan suhunya mencapai 117C.
  2. Jika tak ada jangka suhu anda boleh gunakan garfu. Celup garfu dalam larutan gula. Bila anda angkat garfu, larutan gula akan terbentuk macam kaki itik. Itu bermakna gula tu dah cukup pekat.
  3. Kemudian tuangkan caramel gula Melaka tadi , gaul rata biarklan sekejap ia pekat.
  4. Sementara anda lihat gula dah didih dan dah terbentuk kaki itik tadi, baru putar telur dan kuning telur dalam mesin pemutar hingga kembang, bila dah kembang terus tuang gula yang panas-panas ke dalam telur tadi sambil terus putar hingga sebati
  5. Bila dah sebati, simpan dalam peti sejuk dengan pemutar dan mangkuk pemutarnya sekali ( ingat !! bukan mesin pemutar ya, hanya mangkuk dan alat pemutar sahaja )
  6. Bila dah betul-  betul sejuk ( sejukkan 1 ~ 2 jam ) keluarkan
  7. Putar semula dan masukkan esen vanilla, dan  butter satu persatu sambil putar hingga kembang dan halus.
  8. Kemudian masukkan dalam piping bag dan paipkan atas cup cake tadi.

Wednesday 2 December 2015

Tq-Saji dec 2015







Hello december...
Kali ini mood rajin dah sampai untuk update blog  laju sikit..dah berderet gambar masakan difolder yang terperap..uisshh 

Masakkan dulu-dulu..tajuk Saji bulan desember kali ini..alhamdulillah zila diberi peluang untuk serta mengisi  ruangan dalam keluaran kali ini..terima kasih Saji mag banyak kali memberi peluang masakan zila mewarnai terbitan beliau.
zila lampirkan disini juga sebagai tanda kenang-kenangan untuk blog zila..jom dapatkan saji dic sekarang simpan sebagai koleksi..dan terokai masakkan orang dulu-dulu yang menyelerakan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang