Selepas makan di Gerai 2M kami bergegas mencari Masjid untuk menunaikan solat jamak,singgah sekejap isi minyak..rata-rata petrol pam disini dimiliki oleh Pertamina..tak nampak pulak company lain yang ada selain ada penjaja menjual minyak petrol botol di tepi jalan..dalam perjalanan ke Masjid ternampak orang jual durian..kalau ada masa nak juga try durian Batam ..
Kami sampai di Masid Sultan Mahmud Riayat Syah,tapi kami tidak bergambar di hadapan masjid..kami terus je parking masuk kedalam bangunan masjid parking kereta terletak disebelah dalam..boleh dikatakan masjid ini memang besar..boleh menampung 50 ribu jemaah dalam satu masa..
Bilik air dan tempat wuduk pun besar..memang tiap kali pelancung datang diorang pasti akan kesini..masa dalam bilik air tu ramai jugak orang Malaysia..kebanyakkannya dari utara..
Antara gambar yang sempat tersnap aritu,ambik gambar pun tak banyak disini ..sebab masing-masing dah kepenatan..Bahagian dalam masjid ini dihiasi dengan ukiran kaligrafi islam yang sangat cantik dan teliti.Gabungan warna putih emas dan permaidani hijau tebal memberikan suasana tenang dan kusyuk untuk beribadah.
Seni bina masjid ini mirip masjid Nabawi,dengan kehadiran payung payung gergasi di halaman masjid yang sangat mirip dengan suasana di Masjid Nabawi Madinah.payung ini berfungsi sebagai pelindung cahaya matahari untuk jemaah yang beribadah di luar bangunan utama.
Selesai solat jamak ada yang nak pergi menukar duit ..kita pun tukar jugaklah sikit..kalau bawak anak ni ada je benda yang diorang nak beli ..ke maknya yang banyak membeli letak alasan tu kat anak hihii..











.jpg)


No comments:
Post a Comment