Lokasi:
- Lalu lebuhraya besar yang menghubungkan LDP ke Putrajaya dan Cyberjaya menuju kearah Dengkil/Sepang/KLIA
- sama seperti jalan menuju KLIA/LCCT melalui jalan tiada tol yang biasa dilalui teksi,ia juga jalan yang sama menuju ke Sepang/Nilai daripada Putrajaya.
- Jalan terus sehingga anda sampai ke penghujung lebuhraya
- Dipenghujung lebuhraya, dihadapan anda hanya dua pilihan kiri ke pekan Dengkil dan kanan ke Kota Warisan/Sepang/Nilai/Klia. Ambil pilihan Kanan.
- Terus anda akan melalui satu jambatan diatas tasik dan paya.
- Terus sehingga anda sampai ke simpang empat yang ada traffic light.
- Traffic light itu jika terus menuju Kota Warisan/Sepang/KLIA. Jika kiri menuju Bangi Lama. Jika kanan menuju pekan Dengkil.
- Selepas traffic light jalan terus, dalam lingkungan 100 meter.
- cendol bakar Dengkil berada di tepi sebelah kiri anda.
cendol bakar durian Rm 4.50 bagi peminat tegar durian kenalah cuba ye..
CENDOL..
menuman pelepas dahaga..dan boleh juga ditafsirkan makanan pencuci mulut bagi rakyat malaysia..sambil santai bersama rakan-rakan atau kaum keluarga..
cendol dulu-dulu simple sangat..ada jelly hijau tu dan kacang merah..siram dengan air gula dan santan..bila balik sekolah rendah cendol pakcik "kame " merupakan sasaran utama kami..time tu rasa sedap sangat..yelah kan ..balik sekolah kan haus..nak menyambung berjalan kaki hingga sampai kerumah memang la harus ada sesuatu yang sejuk..baru semangat nak jalan kaki..
kesinambungan dari pergi ke garage sale zila sempat kesini..nak juga mencuba cendol bakar..nak jugak rasa..asik baca diblog jew..rata-rata kata sedap..sebenarnya cendol bakar dengkil tak sama dengan cendol bakar kuala selangor..maksudnya berlainan owner..yang dikuala selangor zila tak cuba lagi..insyaallah bila kesana nanti harus dicuba jugak.
selain cendol kalau nak cuba cucur udang pun ada.satu pinggan 5 ringgit dan 10 ringgit..
cendol bakar jagung RM 3.50
cendol bakar biasa RM3.00
cendol bakar tapai pulut Rm4.50
inilah cendol bakar tapai pulut..yang ini lah paling sedap bagi zila ..lain orang lain selera kan..mangkuk nie kecik jew sebenarnya..memula sampai cendol nie rasa macam tak cukup makan satu mangkuk..tapi bila dah makan..kenyang perut..kesimpulannya jangan tamak kan..he he hee