Pages

Wednesday, 17 June 2026

Batam - Sate Jhony 'Sate Padang'

Sate Jhony merupakan salah satu destinasi street food yang popular di Batam bagi peminat setia hidangan khas Indonesia,terutamanya Sate Padang.

Sate Padang disini terkenal dengan kuahnya yang pekat,berwarna kekuningan dan sedikit kecoklatan,dan kaya dengan ramuan rempah ratus.Rasanya mempunyai keseimbangan yang sempurna antara rasa pedas dan savory dari penggunaan lada serta rempah tradisi masyarakat Minang.


Sate Jhony meyediakan pelbagai pilihan daging antaranya Daging Lembu,potongan dagingnya yang lembut dan di perap sepenuhnya sebelum dibakar. memang meyelerakan..Sate Lidah Lembu juga ada peminatnya yang tersendiri,selain itu ada juga Sate jantung atu organ dalaman untuk mereka yang menggemari variasi rasa yang lebih unik.



Cara Peyajiannya masih megekalkan ciri tradisional,dibakar menggunakan arang untuk memberikan aroma smoky yang meyelerakan.
sate padang biasanya dihidangkan bersama potongan ketupat,disiram kuah sate yang panas dan ditaburi dengan bawang goreng.Bagi menambah kelazatan, ramai pelanggan suka menikmatinya bersama keropok kulit lembu atau kerepek ubi pedas.





Sebagai kedai yang berkongsepkan street food,suasana di Sate Jhony sentiasa meriah terutamanya pada waktu petang hingga ke malam,kedai ni sering dipenuhi pengunjung tempatan dan pelancung asing yang datang ke Batam untuk mencari makan malam yang meyelerakan.



Aneka keropok dan kerepek ubi ada dijual disini,memang sedap bila digengkan dengan sate padang.
Sate Jhony adalah pilihan yang wajib dicuba jika anda berkunjung ke Batam dan ingin merasai keaslian rasa hidangan sate dari tanah Minangkabau.
antara pic waktu malam disekitar nak ke gerai Sate Jhonny yang sempat tersnap malam itu.





Habis makan sate padang kami maasuk pulak ke Indomaret,.kalau kat malaysia macam 7E macamtulah,,Indomaret  merupakan salah satu rangkaian kedai runcit francais yang paling poluar dan paling mudah ditemui di Batam.

Boleh dikatakan hampir setiap sudut jalan,kawasan perumahan dan pusat tumpuan ramai pasti akan nampak papan tanda biru merah kuning yang ikonik ini.


Korang boleh semak sendiri harga barangan di indomaret bila dah ditukar ke RM Malaysia.Jauh lebih murah kan..
Indomaret ni beroperai selama 24 jam,ini menjadikannya tempat tumpuan utama bagi penduduk tempatan mahupun pelancung yang ingin mencari snek,minuman atau keperluan asas pada waktu lewat malam.


Hasil pusing dalam Indomaret malam itu..beli popmie dan 2 pack tepung serbaguna ..kekawan cakap diorang dah try tepung tu sedap..
Bila berbelanja di Indomaret Batam jangan lupa membawa beg mesra alam sendiri kerana sebahagian besar kedai disana sudah mula menghadkan penggunaan beg plastik bagi meyokong keamanan alam sekitar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang