Pages

Friday 6 December 2019

Jemputan Kawin di Marina Putrajaya


Musim orang buat kerja kawin bila start cuti sekolah.
tapi kami attand wedding ni pada  25 Ogos 2019 entah rasanya time tu tak ada cuti khas cuma cuti weekend je kot.
Gerak dari Jb dalam pukul 8 lebih macamtulah,berhenti rnr..makan sekejap..gitu gini sambung terus ke tempat yang nak dituju..kebetulan pada hari itu ada dua majlis perkahwian diadakan.Satu di Marina dan satu lagi di Bora Ombak hanya berdepan je bangunan diaorang berdua ni.
Majlis perkahwinan anak kepada bos en suami,bos lama katanya sekarang dia dah ke MMHE.Masa first suami datang dari Doha dan start join MISC dialah bos pertama en suami.
cuaca panas sempat lagi paksa Iqbal ambikkan gambar kitaorang.

Masuk ke dalam.
Terlupa nak snap gambar tuan rumah,borak sekejap dengan bos en suami dan istrinya,,sempat lagi dia bergurau tanya suami dah pandai cakap melayu ke belum..ha haa dia diantara orang yang suka menyakat en suami..kadang kalau meeting dia guna bahasa melayu sepenuhnya dan mulalah en suami mengelabah. nak memahaminya.

Kami duduk di bahagian luar,tengok bahagian dalam dah penuh orang.tak banyak meja kosong mungkin kedatangan kami ni tepat pada waktu genting.Orang tengah ramai.Jomlah kita jengah makanan apa yang disediakan untuk tetamu.
 Nasi putih ada
 Tak silap kuah dalca
 Nasi Minyak ke baryani 

 Telur Pindang
 Yang ni entah apa..mix ada jagung bawang.dan adalah lauk ayam dan daging yang tak tersnap.ambik gambar pun ala kadar je ni.
 Yang ni tapai pulut,dalam dibalut plastik,luar dia cover dengan paper hijau.
 Plate en suami..tu je yang dia ambik
 Rasa jugak tapai pulut dan telur pindang.

Dan semestinya kalau pergi jemputan kaawin akan dapatlah buah tangan,sekarang agak susah sikit orang nak kasi bunga telur.kami dapat purse kecik comel ni..beranyam tikar..cute dan yang paling suka  dengan colur dia.boleh letak duit syiling kan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang