Pages

Wednesday 5 December 2012

spaghetti bolognese


Assalammualaikum
salam sejahtera dan salam sayang semua...alhamdullilah bertemu kembali..dan masih dapat bersama berkongsi resepi-resepi yang telah zila cuba disini..


terima kasih atas kunjugan semua..atas komen-komen yang indah,yang menyokong blog zila tanpa anda blog ini tidak sampai ke tahap ini. ..dan terima kasih juga pada yang sudi menalifon dan inbox facebook serta email zila untuk menanyakan resepi-resepi disini..alhamdulillah terasa gembira bila ada insan yang sudi mencuba..i love u all...


hari ini zila nak share satu menu yang telah zila buat hari sabtu lepas..biasalah bagi orang yang berkerja hari-hari cuti jewlah masa untuk kami berexperimen dan mencuba resepi..he hhee
sebenarnya spaghetti ini permintaan suami dan anak zila..barang-barang semua dah dibeli hampir sebulan..tapi time nak buat tue asik bertangguh jew..he hehe rajin kan..?

memandangkan anak zila akan bercuti ke kelantan selama sebulan..dengan rajinnya zila pun buat spaghetti ne sabtu haritu..sebab ahad dia dah nak bertolak..lepasnie tak adalah tester saya kat rumah nie..he hehe
sebenarnya zila kurang minat spaghetti ..kalau makan diluar zila pun jarang sangat oder..cuma suami jew yang paling minat.


banyak -banyak resepi zila rasa resepi ini paling terbaik..cara penerangannya pun jelas..jatuh hati bila baca ..seperti biasa zila ambil di myresepi..terima kasih pada penyumbang asal..zila panjangkan lagi ilmu ini di sini..semoga memberi menufaat kepada semua.


rasanya sangat sedap..zila yang tak berapa gemar niepun tambah dua kali..anak pulak suka kuah tue letak banyak-banyak..sekejapan jew dan surut kuah tue..h ehehe  ok lah pada sesiapa yang nak mencuba..bolehlah cuba ok..ramai jugak  yang dah mencuba dan rata-rata kata sedaaappp..
jumpa lagi semua..bye


Spaghetti Bolognese
by : mutiarazura 
     : zila4ever.blogspot.com



Bahan-bahan 

  • 500 gram spaghetti (sepeket)
  • 500 gram daging lembu cincang
  • 200 ml susu
  • 1 labu bawang besar kuning – dicincang halus
  • 1 ulas bawang putih – dicincang halus
  • 1 tin sedang tomato puri
  • 4-5 tomato segar ranum - didadu
  • 1 batang carrot – didadu kecil
  • 2 batang celery – didadu kecil
  • 1 tin cendawan butang – dihiris (optional)
  • 1 kiub stok daging lembu (optional) - zila guna kiub ayam
  • 1/2 sudu teh herba Oregano kering atau Italian Mixed Herbs
  • Sedikit garam dan gula secukup rasa
  • 3 sudu besar minyak zaitun (kalau taknak beli boleh pakai minyak masak biasa)
  • 2 sudu besar butter
  • Parutan keju parmesan – untuk menghidang - zila tak letak



Cara-cara

  1. Rebus 2 liter air dalam periuk besar, masukkan 2 sudu teh garam. Bila air mendidih baru masukkan spaghetti. Kacau sekali-sekala dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun (atau minyak masak) agar pasta tak melekat. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan.
  2. Sos Bolognese : Gunakan periuk yang tinggi dan dalam. Panaskan minyak zaitun,masukkan butter dan kacau. Bila butter cair dan berbuih masukkan bawang besar dan bawang putih cincang. Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu.
  3. Masukkan daging cincang. Ketuk-ketuk daging biar semua hancur dan bentuk/saiznya seragam. Goreng hingga daging keperangan.
  4. Masukkan semua sayuran, goreng lagi hingga sayur-sayur lembut.
  5. Masukkan susu. Kuatkan api hingga susu mendidih, kacau selalu. Bila nampak semua susu telah diserap daging, masukkan tomato puri dan tomato segar. Guna tin tomato puri itu untuk sukat 2 tin air, tambah ke dalam kuah. Kacau sos sambil di tekan-tekan tomato yang nampak berbiji hingga hancur.
  6. Masukkan herba, kiub (jika guna), garam dan gula secukup rasa.
  7. NOTA : Jika guna kiub, bagi saya tak masuk garam pun takpe sebab dah masin. Gula cume perlu 1/4 sudu teh saja sebab susu telah memaniskan sos. Again, mesti dirasa dan timbang sendiri masam, manis dan masin sos.
  8. Biar mendidih lebih kurang 7 minit, kemudian perlahankan api paling kecil. Renihkan dengan periuk separa tertutup hingga sos pekat.
  9. Boleh hidang dengan parutan keju parmesan.
  10. NOTA : Orang Itali secara tradisi, merenih sos Bolognese sampai 4 jam! Kalau nak jimat gas, 2 jam pun dah cukup lama hehe. Saya cuma renih 1 jam kali ni, sos jadi pekat dan menyalut spaghetti dengan cantik sekali. Dan yang penting, rasanya authentic Italian!

37 comments:

Fiza Rahman said...

Dah lama tak buat spaghetti. Nampak sedap sos tu . Selalu saya pakai preego jer. Nnt nak try mcm resipi akk plak lah...arghhh...lapar.

Miss Zahirah said...

arghhh! nape aku dduga sbgini??
sedapnyerrrr!

Gee® said...

Zilaaaaaaaaa......!!!!

ibh_sue said...

Sedapnyaaaaaaa. . ;))

asmahyusof said...

perghhhh....mmg sodap!!!
kalu xsuke pun jdk licin bila mkn la...hehe

Mori Said said...

salam zila... nampak mengoda betul resepi nie... nk cuba la cuti nie..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

memang terbaiklah zila sbb tak perlu beli sos segera... akak selalu dok guna yg segera je pastu ejas2 tambah bahan bagi dpt byk.. hhihi...

Marsita Yahya said...

waa, lama tak buat spaggeti...tangkap leleh ni

Shiela said...

yoohooo~~ dapnyerrr.. :b

Kakzakie Purvit said...

Alahai zila kakak tengok spegheti yg melingkar-lingkar pun kakak dah tak boleh tahan. Favourite anak-anak kakak nie...

Qashmere said...

Thanks share!

Saya dan anak memang meminati spaghetti. Resipi ini boleh cuba nanti..Hehe

Nadz Nazharzan said...

Assallamualaikum zila.
wahhh..yg ni mmg fav Naz. Suka sgt makan spageti bolognese... Tak kiralah pedas atau tak.. Cendawan butang tu pun suka sangat Naz kalau dapat...

Rohah said...

lama juga kita tak masak sphagetti kak..nti bile2 boleh lah try..

Anonymous said...

dugaan dugaan dugaan hehe

tina sukaaaaaaa sangat dgn pasta, hai lah tah bila lah dtg semangat rajin nak masak ni

tun_telani said...

Salam kak zila.. tun hantu spagetti! haha.. sbb xmakan daging, biasa guna ayam je.. tp kan, mesti nk menumis cili giling jugak. hehe.

Evelyn Gemina said...

Dah tau mmg sedap ni : )

Unknown said...

wah kali ni baru boleh buka blog zila,dari tadi dok tengok spaghetti tapi tkleh nak ambik hahaha baru kenyang ni utk dinner malam ni Zila wah caya lah sangat menarikss gambar tu pasti sedap jugak letih ni jadi driver bak sepinggan besarrrr punya hee

rahel said...

Salam Zila....ambo tak tahan tenung spagetti lama2....silau mata tau....
Tapi memang menggiurkan ko punya spageti bolognes ni...lapar..srlup..

yan's cottage said...

salam Zila....
sorry lambat singgah....sibuk sikit minggu nie....sedapnya...nak sepiring boleh....

Norzie hany said...

Sedapnya Zila,terliur akak tgk.

CQUEK said...

It looks great!

Melly Octaviana said...

its my fav..kalo pergi pizza hut selalu pesan spaghetti..hmmm..tertarik mau buat nya juga..masuk dalam list deh..hehe
ssttt..ngeces lah lihat photo nya yg cantik dan menggoda perut..hehe

Amie said...

Nampaknya ada gang suka bubuh kuah banyak2... memang kalau boleh nak bubuh spaghetti seco'et je... kuahnya bagi melimpah ruah... slurrrrpppp!

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Kak ZIla, selalu kita belasah jer buat sos spaghetti ni, kali ni nak cubalah pulak resepi ni.. ada kelainan & tak menggunakan sos spaghetti reday made.. memang wajiblah sy cuba ni

Unknown said...

Salam ziarah & kenal, kuah spaghet ni, akak biasa letak keju banyak2. br ada feel itali. letak sos keju d serbuk keju cheeze maz. Akak jemput rakan2 menyertai GIVEAWAY 001 CHEEZE MAZ .Link cara2 penyertaan ada di : http://cheezemaz.blogspot.com/2012/11/giveway-sempena-iphone-5-gadget-impian.html

Jika tiada masa menyertainya, harap sangat2 dapat membantu akak dengan :
1) Tekan butan G +1 bagi entry http://cheezemaz.blogspot.com/2012/11/iphone-5-gadget-impian.html
2) Vote akak di denaihati. Cara nak vote akak ada di entry : http://cheezemaz.blogspot.com/2012/12/giveaway-001-tugasan-ke-2.html

manja said...

saya baru je try resepi ni tadi, memang sedap gila..lagi sedap dari spagetti bolognaise yang saya beli di kedai ...tima kasih sgt...nak try resepi2 lain pulak depn2 nanti :)

Elly said...

Assalam zila..thanks share resepi...just nk tanya susu tu susu apa ye?

Naniey said...

Akak pakai susu ape? Susu cair ke susu pekat?

Naniey said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Tgh mlm tgk Gambia Rasa lapar balk... lapar la pulak... sungguh menyelerakan.... nk Cuba

www.mnmforlife.blogspot.com

Rabiah Al Adawiyah said...

Dok at negara luar asyik makan spegeti goreng ja senang buat,,cuma bila tiba giliran saya masak,dok pikir nak makan spegeti berkuah mcm nie..tapi x pandai nak buat pulak..skarg ni dgn ada resipi mudah mcm ni,boleh cuba ni....

Rabiah Al Adawiyah said...

Dok at negara luar asyik makan spegeti goreng ja senang buat,,cuma bila tiba giliran saya masak,dok pikir nak makan spegeti berkuah mcm nie..tapi x pandai nak buat pulak..skarg ni dgn ada resipi mudah mcm ni,boleh cuba ni....

Rabiah Al Adawiyah said...

Dok at negara luar asyik makan spegeti goreng ja senang buat,,cuma bila tiba giliran saya masak,dok pikir nak makan spegeti berkuah mcm nie..tapi x pandai nak buat pulak..skarg ni dgn ada resipi mudah mcm ni,boleh cuba ni....

Rabiah Al Adawiyah said...

Dok at negara luar asyik makan spegeti goreng ja senang buat,,cuma bila tiba giliran saya masak,dok pikir nak makan spegeti berkuah mcm nie..tapi x pandai nak buat pulak..skarg ni dgn ada resipi mudah mcm ni,boleh cuba ni....

Unknown said...

Assalamualaikum kak . Tumpang tanya., susu tu susu apa ye ?

Unknown said...

assalamualaikum kak. saya dah try resepi ni. mmg sedap akak. lagi sedap dr yang saya beli di kedai2.

Unknown said...

Assalam kak zila, kalau takde oregano takpe ke ? Terlupa beli lah 😕

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang