Pages

Wednesday, 20 November 2013

nasi @ ayam lemon


Assalammualaikum ..

cuti sekolah sudahpun bermula..bestnyaaa..bagi ibu-ibu yang selalu menghantar dan mengambil anak inilah masanya dapat rest dari duty seharian kan..bila anak-anak dirumah semestinya kita sebagai ibu tak kering tangan..asik lapar  memanjang jew kan..kalau zila dari awal pagi dah masak makanan berat..biar tahan sikit perut diorang tue..nanti petang-petang sikit baru masak lagi..

ok ...jom cerita menu pulak...zila tak pernah lagi cuba buat nasi lemon nie..inilah kiranya percubaan pertama..bila semak resepinya memang mudah ..dan rasanya pun memang sedap..resepi zila ambil dari chef sabri hassan.salah seorang chef yang tersohor di malaysia..merupakan chef idola zila..

bila dah buat nasi lemon terfikir la pulak apakah hidangan yang sesuai untuk digandingkan bersama nasi nie..so zila cuba pulak gandingkan bersama ayam masak lemon..ermmm memang best..ayam masak lemon dah banyak kali zila buat..dengan cubaan resepi yang berbagai..tapi disini zila share resepi dari diana sky blue kitchen..tq diana atas resepinya.memang best..


Nasi Lemon
Resepi- Chef Sabri Hassan

Bahan-bahan
3 cawan beras basmathi - cuci dan rendam 1-2 jam
3 cawan air
80 gm mentega
6 sudu makan minyak zaitun@ minyak Mazola

Bahan di hiris
2 ulas bawang putih – di hiris halus
5 ulas bawang merah- di hiris halus
½ inci halia-dimayang halus
1 biji lemon – dihiris nipis (asingkan 2-3 hirisan
untuk hiasan)

Bahan lain
1-2 helai daun pandan diikat
2 batang kulit kayu manis (ukuran 2 inci)
3 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
1 kiub @ 1 sudu kecil serbuk perisa ayam
Garam secukup rasa

Bahan hiasan
Daun bawang
Bawang Goreng
Hirisan Lemon

Cara
1.  Panaskan periuk, masukkan mentega, minyak
dan tumis bahan dihiris (bawang, halia,lemon)
hingga naik bau.
2.  Masukkan bunga lawang, kayu manis, buah pelaga
dan daun pandan.kacau hingga naik bau.
3.  Masukkan air dan beras, kiub/serbuk perasa ayam
Juga garam kacau rata.
4.  Biarkan nasi masak.
5.  Hias dengan daun bawang, bawang goreng juga
   hirisan lemon sewaktu menghidang.


Ayam lemon
 Bahan A
4 keping dada ayam - belah bahagian yang tebal tapi jangan putus
1 tbsp sos lada hitam
1 tbsp sos plum
1/2 tbsp gula
1 biji kuning telur
1/2 biji parutan kulit lemon
2 tbsp tepung kastard
1 1/2 tbsp tepung ubi kayu
1/2 tsp minyak bijan
1/2 tsp perencah pati ayam
sedikit garam

Bahan B ( Dicampurkan ) Boleh Digandakan adunan ini
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1 1/2 tsp biji bijan

Bahan untuk sos
6 ulas bawang putih - dicincang
4 ulas bawang merah - dicincang
1 inci halia - dicincang
4 - 4 1/2 tbsp jus lemon -boleh ditambah atau dikurangkan mengikut citarasa masing²
3 - 3 1/2 tbsp sos plum - mengikut citarasa masing². Jika suka boleh bubuh 4 tbsp
2 tbsp sos tiram
1 1/2 cawan air
Gula
Garam secukup rasa

Bahan lain
Sedikit tepung jagung + sedikit air untuk pemekat
1/2 biji lemon - dihiris nipis
Minyak

cara-cara

  1. Campurkan kesemua bahan-bahan A dan perap selama 30 minit - 1 jam.
  2. Kemudian saluti ayam dengan bahan-bahan B dan goreng ayam sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
  3. Sementara itu bolehlah sediakan sosnya.. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
  4. Masukkan bahan-bahan sos selebihnya dan biarkan hingga ianya mendidih.
  5. Tambahkan bancuhan tepung jagung, gula dan garam secukup rasa.
  6. Didihkan seketika dan bolehlah ditutupkan api.
  7. Tuangkan di atas ayam goreng tadi yang telah dipotong dan disusun di atas pinggan bersama hirisan lemon.


29 comments:

Bbwana adienia said...

salam zila..

wah, sedapnya nasi dan ayam lemon tu..lama x makan..terliur la tengok..

Kakzakie said...

Aduuuhh.... geramnya kakak kalau dapat sepinggan ni sedapnya Zila. Warna dia tu yg menggoda betul:)

yan's cottage said...

aduh!!!!!tak tahan menengoknya....mengoda & tergoda lah pulak heheee....sedapnya....

Zaliedana said...

Nmpk pon dah tau sdap ni kak..insyaAllah blh cuba juga bila2 nti.tq kak share rcp.
pss akk nasi tu ade rsa msam2 ckit x.hehe.

:: Mrs.Eady :: said...

Sedap nyer..

Mieza said...

cedapnyer...nak nerai buat gak la zila...btw..tahniah di atas kelahiran baby baru :)

umi's cup cake said...

Salam zila,
sedapnya nasi lemon ni..mesti budak2 suka kan..

Umie Jazz said...

Assalamualaikum...zila kena masuk list nmpk nya resepi ni...teruja sungguh tguk ayam tu...=)

asyifa mustaffa said...

Sedapnya kak....lunch pun blom ni...

hazila said...

Salam Zila,

Meh bagi akak rasa sepinggan. Mana tau tiba tiba mood rajin nak update blog menjelma....

mama sara nur said...

Assalam
Mengoda ayam zila n
Emmm sedapnya

mala said...

salam dari oman,

follower 559 :-)

Wani said...

salam kak zila .. tergodanya tengok ..rasa nak buat ...nasi lemon diganding dgn ayam lemon pulak... dugaan betul hihi

LiNa_Pg said...

Tengok gambar pun sudah membangkitkan selera..

Aida78 said...

ermmmm meleleh air liuh dah bila tengok resepi zila ni huhuhuhu....sedapnya

Fiza Rahman said...

Sedapnya. Terliur plak tgk.

Chik Mimi said...

Sedapnya zila ,nasi dan ayam lemon gandingan yang mantop gitu

mimie said...

wahhhhh...... canteknyaaaa....
nak sepiring kak....hihi

Nadz Nazharzan said...

Assallamualaikum Zila..

Baby tgh wat apa tu? Sedapnya tgk ayam lemon zila tu. Rasa cam nak ratah2 je..

Kesuma Angsana said...

tq berkongsi resepi, pasti dicuba cuti2 sekolah ni !

CQUEK said...

Love to try the lemon rice, it would be great for dinner

Amie said...

Special nampak nasi lemon tu Zila... menggugat selera betul! Dah lama sangat kak amie tak masak nasi2 beraroma... bila tengok nasi lemon Zia macam teringin pulak nak buat.

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Nak cuba juga nasi ayam lemon ni. Macam best aje. dah ada cara membuatnya kat sini.

ummiaisyah said...

mmg tergoda ahkak taw...gambo cantik giler!!!

Rohah said...

wahhhaaa...sedapnyeee...nmpk meneyelerakan...

Sue @ Nenie said...

Salam kak Liza...saya pernah 2 kali makan ayam lemon ni...kat kopitiam tapi belum pernah masak sendiri lagi...

Seronok yaaa budak2 bila cuti sekolah..tetiba teringat kat anak2...kesian diorang, sejak cuti ni, bila time ambik dari daycare..terus diorang tanya "Mama bila kitorang nak cuti..kawan2 lain semua cuti" .... aduhhhh sedih plak rasanya....

asmah yusof said...

Mmg marbeles la resepi nie dear. ;)

ady said...

salam
npk sgt sedap nasi ayam lemon tu zila..

zila norazila said...

Nasi tu ok zaliedana..x der rasa masam pun..nnt leh cuba tau..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...