Pages

Monday, 22 October 2012

epok-epok pastry sedap


Assalammualaikum
salam sejahtera dan salam sayang semua..bertemu kembali monday blues..bagi yang bekerja hari yang agak malas nak memulakan sesuatu ..almaklumlah setelah bercuti hujung minggu..




jumaat nie semua dah mula bercuti kan..menyambut aidiladha bagi umat islam..bagi rakan-rakan blogger yang menunaikan ibadah haji pada tahun ini..zila doakan semoga segala urusan dipermudahkan olehnya..dan sentiasa diberi kesihatan yang baik semasa disana..beroleh haji yang mambrur aminnn..





oklah cerita bab menu harinie pulak..he hheee kalau orang johor panggil epok-epok ..tapi sama jew sebenarnya dengan karipap.kali ini zila buat karipap kentang..biasanya zila lebih suka karipap sardin..abaikan kelim tu ok..h ehhee sebab zila tak berapa reti nak mengelim..satu malam belajar kat youtube disini.



resepi ini zila ambil dari izah..resepi asal dari rose..terima kasih pada rose..penyumbang resepi asal..dan pada izah jugak sebab memperluaskan lagi resepi nie..haritu bila izah cakap ianya lembut dan rangup..
terasa teruja pulak nak cuba.tapi memang betul sampai kepetang tetap lembut.bila digigit memang terasa ada layer pastry..plus sedap lagi.x rugi mencuba..h ehhee.zila sharekan resepinya disini juga..sebagai rujukan zila akan datang.





karipap kentang  
by:Rose/izah

Untuk Pastri Rapuh
400gram tepung gandum
1/2 cawan minyak
2 sudu besar marjerin
1/2 cawan air sejuk ( letak kiub ais)
garam



Cara-caranya
Buat Doh Pastri dulu
1. Campurkan sedikit garam dalam air sejuk, masukkan marjerin di dalam tepung gandum dan sebatikan, kiranya akan jadi seperti berketul-ketul halus, macam serbuk roti, panaskan minyak dan curah di dalam tepung tadi, dengan menggunakan sudu, kacau ke seluruh adunan.

2. Selepas itu curahkan air sejuk tadi dan uli hingga menjadi doh, air jangan masuk semua, kira agak-agaklah kelembutan doh tu, setelah menjadi doh dan doh pemukaan doh agak licin,  masukkan doh ke dalam plastik bersih dan perap di dalam peti ais lebih kurang 1 hingga 2 jam, langkah ini penting bagi mendapatkan doh yang rangup dan senang untuk di canai nanti. 


3. Proses Mengelim
Keluarkan doh dari peti ais, dan bahagikan doh pada bahagian kecil, ikut lah nak buat karipap bentuk ape, bulat ke, love ke, bentuk biasa ke, kemudian terap doh bentuk bulat dengan menggunakan tapak tangan dan isikan inti keledek tadi, kelim seperti biasa, kalau nak guna acuan pun boleh. Ulang langkah tadi hingga doh habis. Panaskan minyak, pastikan minyak betul-betul panas dan tidak menggunakan api yang terlalu besar, goreng hingga keperangan. Angkat dan sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.






Inti Kentang
by-zila4ever.blogspot.com


bahan-bahan
5 biji kentang  - dipotong dadu
setengah peket serbuk kari- zila guna babas
1 batang serai - diketuk
1 peket rempah tumis
sedikit garam
sedikit gula
3 batang daun sup - dihiris

bahan kisar
1 batang lada hidup  - lebihkan jika suka pedas
1 biji bawang besar 
2 biji bawang kecil
2 biji bawang putih
3 sudu besar udang kering
3 sudu besar ikan bilis kopek
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu besar jintan
1 sudu besar ketumbar

cara-caranya..
inti
  1. tumis rempah tumis dan serai seketika,kemudian masukkan bahan kisar,masak sehingga wangi
  2. masukkan rempah kari dan masak seketika lagi.masukkan kentang tumis seketika dan campurkan sedikit air.
  3. masak sehingga kentang empuk,tambahkan sedikit gula,garam dan sedikit air asam.
  4. kemuan masukkan daun sup yang telah dihiris..tunggu sebentar kemudian tutup api.

selamat mencuba..bye semua

33 comments:

Shiela said...

Good morning Zila cayang.. Waa pepagi dh tayang kpap ni.. Akk baru jer bwk kuar kentang kt dapo td ingat nk buat stock frozen.. Nengok zila dh buat nihaa.. Sedapnya nampak.. :-)

zila norazila said...

morning kak shiela..pestime cuba resepi nie..mmg sedap n rangup kak..:)

inazamri said...

ni yg buat rasa terus nak turun cafe bawah cari karipap.sedapnye kalau dpt panas2 suam lepas goreng dgn cuaca pagi sejuk camni

Norzie hany said...

Assalam dan selamat pagi Zila.
Sedapnya makan karipap pagi2 ni zila,cantik dan kemas sekali kelim karipap tu.

zila norazila said...

inazamri.
kat sini pun mendung jew..nk wat keja pun rasa malasss jew nie:)

zila norazila said...

norzie hany.
uitss zila pun baru blajar mgelim tue..mmg x reti sblm nie..masih tunggang langgang lagi tue sis.

Marsita Yahya said...

Salam rindu Zila sayang....
macam janji jer kita ni..akak pun buat karipap resepi yang sama gak ptg semalam...memang sedap..tu ada lagi 2 ketoi atas meja...masih lembut dan rangup lepas panaskan kat microwave...http://my-mintroom.blogspot.com/2012/10/karipap-ros_22.html

Rohah said...

baru sarapan karipap ni kak..karipap beli..hi2

Kakzakie Purvit said...

Nampak rangup je karipap zila tu. Ini kalau sejuk pun sedap juga.

ady said...

as-salam
npk rangup karipap tu zila..sedap mkn panas2...

Mas said...

memang best sangat karipap nie...
kelim karipap tu..
cantikk la...

emma marini said...

hmm nampak pun sedap,, tapi kita suka yang initi sardin...

umi's cup cake said...

Salam Zila,
Sedapnya epok2..lebih2 lagi kalau intinya sardin kan? umi kalau balik johor mesti seronok dapat epok2 sardin...esok umi dah balik johor...seronoknya...

ibundo said...

nak seketul... besyy..

Gee® said...

montoknya karipap Zila tu... nak!

Amie said...

Morning Zila sayangggg... montel2 tu epok2 dia... kenyang ni makan 2 ketuiii!

Choco Ani said...

Salam Dik.. wah tergoda akak dgn epok epok adik.. lama Kak Ani tak buat sendiri.. asyik beli je tapi buat sendiri lagi best kan dik..

Qasey Honey said...

slm syg n rindu Kak Zila...

wah kemain gebuss n licin lg tu ha kulit epok2 akak...ade petua ape2 ker tu..kot2 la buh kologen ker..hehe

mmg cantik n sempurna kejadian epok2 ni...nk try la nti...

CQUEK said...

Healthy and refined

Pokok Manggis Depan Rumah said...

sedapnye epok-epok.. karipap nama sebenar dia :-)

hazila said...

Akak masih failed kalau bab kelim karipap ni. Makan karipap confirm tak failed. hehehehehe...

yan's cottage said...

salam zila....
aduh....sedapnya buat makan petang nak pula musim hujan nie lapau je perut nie...he heee.....

Ayu said...

Assalam zila,
wah ramai juga yang buat karipap aka epok2 ni ya..akak memnag suka makan karipap macam ni..my family pun suka juga..kalu buat sekjap aje dah habis..adeh terliur sudah..

sabar dubai said...

salam zila...kite kan kalo bab makan karipap bg A+...kalo bab ngelim kompem fail...hua hua hua...terliur sudahh

mama sara nur @ Cik Nor said...

assalam zila
eh eh samalah mkn petang akak pun karipap he he cuti2 2 hari kan blhlah duk mengadap tepung, bkn apa kan bab nk gelek pastu kelim tu mkn masa
ank2 suker mkn bila buat sendiri byk blhlah simpan frezer kan

Unknown said...

sorry Zila lambt sampai lah pulak sbb hujan lah seharian kt sini sayap basak tkleh terbang,patut lah wnagi je dari jauh tercium epok2 ni makan panas mmg terangkat ni nak minta malu heeee

Unknown said...

aloooo cyggg....
sori la kelambatan menyinggah beberapa ari nie sibuk menanda kertas xm....tgk pun dah nmpk sedap + rangup pastrinya...pnh try resepi kak izah nie...mmg sedap..ank2 asz suka sgt mkn tanpa inti...:))

Nadz Nazharzan said...

Assallamualaikum Zila..

Ni salah satu kuih yang boleh menggugat diet Naz tau.. Kalah kalau tengak kuih ni. Mesti makan 2 ketul pun tak cukup lagi..heheee

tun_telani said...

Salam kak zila.. sedapnyer nmpk karipap tuu... dh lama tun x mengelim..mkn suka sgt, tp malas betul nk duduk ngadap siapkan kelim. hihi

Love2cook Malaysia said...

So fresh looking curry puffs...gebus! Haish telan air liur for now...yummmm! ;)

Evelyn Gemina said...

Grrrr gerammm, mau makan ni tapi malas sekali mau buat,hehe

Sonia ~ Nasi Lemak Lover said...

oh, i like this recipe, immediate bookmarked, must make this soon..

Anonymous said...

Kami di johor memang nama kueh ini epok epok...hanya org johor saja...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang