Salam jumaat dibulan ramadan.alahmadulillah bersua lagi hari ini..dari sebelum sahur lagi sebenarnya menulis blog..sampai lepas sahur tak siap-siap kan..
Dah mula peningkan nak masak untuk berbuka..masing-masing mengeluh tak tau nak masak lauk apa..manisan apa..untuk menambat selera anak-anak.biasanya kalau anak yang request kita ikutkan jewlah kesian sebenarnya tengok diorang letih berpuasa..
Sebenarnya menu nasi mandy memang senonim dengan family zila.suami kurang suka makan nasi biasa dan ikan..budaya berbeza kan..so kalau zila masak macamni memang laju lah dia..anak zila pun suka jugak.nasi mandy ni banyak jenis sebenarnya..ikut negara kalau yang iran punya macam ada lain sikit..turkey pun lain jugak..
pengunaan beras pun memainkan peranan..kalau boleh pergi kedai arab ada dijual beras untuk nasi mandy atau maglubah.kalau duduk area jb banyak kedai arab disini.
untuk nasi mandy versi ayam rebus zila ambil resepi dari kak azie,dah banyak kali zila guna resepi ini memang sedap.kalau tak nak susah payah belilah pack nasi mandy yang dah siap.ada dijual di giant keluaran chef ammar..balik tinggal ikut resepi blkg kotak tu jew.
zila gandingkan nasi mandy dengan ayam tikka..ayam kena sedikan awal kena perap semalaman baru rasanya sedap.untuk dessert atau air zila buat falooda.falooda ni kalau sebelah india ..pakistan memang popular..macam kalau dimalaysia ABC lah..ataupun cendol..he he heee..dalam falooda tu ada biji selasih ..jelly ,sirap gula,susu dan topping ice cream vanilla..huhh gitulah ceritanya..macam panjang pulak membebel hari ni..ha haaa..oklah korang semaklah resepi ye kalau nak cuba...kalau malas baca jewlah ea..ok bye..
Nasi Mandhi
Bahan A
4 cawan beras basmathi
1/2 cawan minyak zaitun
2 labu bawang besar - potong dadu
5 ulas bawang putih - mayang
1/2 cm kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
5 tangkai bunga cengkih
1 helai daun bay
3 helai daun pandan - tak letak
1 ketul arang - dibakar hingga jadi bara
Bahan B
1 ekor ayam di potong 8
1/2 cm halia
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 helai daun salam
1 sudu makan minyak masak
1 liter air (agak2 ayam tenggelam)
Garam dan gula secukup rasa
Cara cara
- Kesemua bahan bahan B dididihkan di dalam periuk sehingga ayam masak. Angkat ayam dan toskan. Lumurkan ayam ini dengan minyak. Manakala air rebusannya disimpan utk memasak nasi. Ketepikan. Panaskan minyak zaitun dan tumiskan semua bahan bahan tumisan bersama 3 helai daun pandan sehingga naik bau.
- Masukkan beras dan goreng seketika. Curahkan 5 cawan air rebusan ayam tadi. Pindahkan ke dalam rice cooker.
- Masak nasi sehingga kering. Kemudian susunkan ayam di atas nasi dan buatkan lubang ditengah2 nasi. Letakkan aluminium foil di tengah tengah nasi. Masukkan minyak dan arang yg telah menjadi bara ke dalam aluminium tersebut. Tutup periuk nasi dengan kertas aluminium dan kemudiannya tutup dengan periuk nasi supaya aroma asap terperangkap di dalam periuk.
- Masak lagi nasi itu sehingga 5-10 minit atau sehingga nasi masak. Setelah itu angkat dan hidangkan bersama salsa.
Salsa
Bahan bahan
4 biji buah tomato - potong dadu
1 batang timun dibuang biji - potong dadu
1 labu bawang besar - potong dadu
2 tangkai cili merah - dimayang halus
2 tangkai cili hijau - dimayang halus
5 tangkai cili padi - dimayang halus
1 biji lemon diperah ambil jusnya
1 sudu makan minyak zaitun
Garam
Gula
Caranya
Campurkan kesemua bahan2 di atas. Gaul mesra di salam satu mangkuk. Perasakan sehingga cukup rasa dan sedia utk dihidangkan bersama Nasi Mandy.
Untuk Sambal (Salata Hara): 2 biji buah tomato 3 biji cili api Blend tanpa air...masukkan sesudu kecil garam dan hirisan daun ketumbar..siap
Chicken Tikka
Bahan-bahan
2 ketul dada ayam – dipotong kecil
1 sudu besar cili serbuk
1 sudu besar serbuk garam masala
1 sudu besar serbuk ketumbar
¾ cawan yogurt
1 sudu besar halia –ditumbuk
1 sudu besar bawang putih – ditumbuk
1 sudu besar jus limau
Garam – secukupnya
1 biji bawang besar – dipotong kotak
1 biji lada benggala merah – dipotong kotak
Lidi - secukupnya
Cara membuatnya
- Bersihkan ayam lap dengan kertas tisu,masukkan ayam kedalam mangkuk.Masukkan serbuk cili,serbuk garam masala,serbuk ketumbar,jus limau,paste halia dan bawang putih,gaul rata.
- Kemudian masukkan yogurt gaul lagi.
- Masukkan bawang besar dan lada benggala.Gaulkan kesemuanya.
- Ambil lidi dan cucukkan ayam berselang seli dengan bawang besar dan lada,buat sehingga habis.
- Kemudian perap semalaman di dalam peti Ais,selepas semalaman bakar didalam oven suhu 200c sehingga ayam garing dan masak sepenuhnya.sedia dihidang
1 scoop aiskrim vanilla
Agar-agar/jelly - secukupnya -zila guna sumi
Vermicelli - bee hoon/suh hoon- celur -skip kalau tak suka
biji selasih - direndam dengan air panas
sirap gula - secukupnya
susu segar - secukupnya
badam - secukupnya
roses - kering atau segar jika suka
Caranya
Masukkkan sirap gula kedalam gelas,tambahkan biji selasih kemudian sumi.
lapiskan lagi dengan vermicelli sirap gula dan susu segar.
tambahkan 1 scoop aiskrim vanilla,taburkan badam dan roses.sedia dihidangkan.
19 comments:
Apa yg pasti kakak suka cara Zila ambik gambar hidangan - cantik:)
nampak mewah menu ini Zila..tentulaah sedap. tak pandai ky nk mencubanya.takut tak jadi.biasanya beli jer nk mkn nasi mandy. jika boleh masak sendiri lagi best kan..
Aduh menu meletop lagi hiii
Minuman apa tu kak zila..mcm ala2 coktail jea..nmpk sedap tul
wah, kagumnya Alycia tgk zila punya menu ni.. mavelesss
Semuanya nampak sedap
aduh laparnya tgok nasi siap ngan air tu geram tgok pink dia
Kagum tu ke uj nk ckp..pic tip top resepi walahhh..mmg ade class trsndiri..
Kagum tu ke uj nk ckp..pic tip top resepi walahhh..mmg ade class trsndiri..
Assalam kenal...
tertarik dengan air tu..
nasa mulia
salam kenal jgk ye tq kemari..bole try buat air iteww..sbb so easy..ha haa
umie jazz
tq kak ..alahai termalu kitee..x hebat mna pun masak suka2 jew ni tau..
cik puan ieka
aduhh sabr tau..he hee jom makan sama..
amy hilmilda
tq dear sudi singgah sini ye..
azura azia
tq my syg.. masak untuk family jew ni..he hee
cheq da
mcm dessrt jgk lh tu..tp versi depa lain sikit..kita mcm koktail pun ada jgk kn..try buat klu bby teringin ha haa
wani sukarno
kih kih adik menu belah en somi..kna buat jgk ni ..sian plk dia kan
Kak zakie
Tq kak,,he hee kembang idung ..ha haaa
Kak yon
Aah k,yon yg bnornye g kdai arab lgi snng kn..tp tulh kkdg suka mncabar diri sendiri..he hee
Post a Comment