Pages

Thursday, 11 August 2016

Talam Keladi


Talam keladi
sebenarnya baru semalam buat,beli keladi di pasar tani hari ahad lepas memang teragak sangat nak makan kuih talam keladi.bukan tak nak beli cuma yang zila jumpa diorang jual semuanya kurang menepati citarasa.

kalau boleh nak yang keladi yang dipotong kiub yang agak besar sedikit.bila kita gigit bahagian putih tu rasa sangat keladinya.biasanya kalau beli jarang sangat tergigit keladi.rasa lapisan putih tu jewlah.
oleh sebab dah teringin sangat buat lah separuh adunan dari resepi asal.almaklumlah yang nak makan kita seorang anak memang tak minat kuih macam ini .zila tak guna loyang 10x10 tapi zila guna bekas kaca emapt segi sepeti digambar tu.senang nak makan.dan mudah masuk pengukus.
alhamdulilah kejadian talam yang sempurna dan amat menepati citarasa.kalau nak potongan talam yang cantik tunggulah sehingga benar-benar sejuk baru potong.kalau tak memang tak lawa tau.biarkan lebih kurang 6 jam baru potong,zila guna cutter plastik bentuk bunga.resepi asal dari chef asma zila ambil dari blog kak ayu dan rujuk juga diblog kak yati dan kak azie.zila sambungkan resepinya disini juga sebagai rujukan bersama.



Kuih Talam Keladi
Loyang 10x10x3

Bahan Lapisan  Bawah 
Bahan (A)
220 gram tepung beras 
40 gram tepung ubi
1 1/2 sudu kecil garam
5 sudu besar gula pasir
300 ml santan pekat
700 ml air

Bahan (B) 
250 - 300 gram keladi 
Buang kulit, basuh dengan air garam supaya tidak hitam, potong kiub dan kukus selama 5-8 minit. Lepas kukus baru timbang

Caranya

  • Bancuh semua bahan A hingga rata dan sebati .
  • Tapis kedalam periuk. Masak sehingga naik wap dan masukkan bahan B.
  • Kacau sebentar dan tuang ke dalam loyang 10x10x3 yang telah disapu sedikit minyak. Kukus selama 25 minit.


Bahan Lapisan Atas
160 gram tepung gandum 
250 gm gula halus
4 biji telur
250 ml santan
500 ml air
Sedikit pewarna purple
sedikit perisa keladi

Caranya

  • Bancuh semua bahan bahan di atas dan tapis ke dalam periuk. Masak sehingga naik wap. 
  • Tuang ke atas lapisan bawah. Kukus selama 30 minit. Lap penutup pengukus 5 minit sekali.
  • Biarkan betul betul sejuk sebelum dipotong, jika boleh menggunakan pisau plastik semasa memotong.

5 comments:

cheq da said...

Kak zila..sy nakkk..nmpk sedap tu..beli di p.ramadhan tempoh hari tak menepati citarasa

zila norazila said...

Cheq da
Aishh klu dekat akk dh bagi tau..ada lagi ni che da..mmg klu yg beli sllu mngecewakan akk ..kkdg dpt yg atasnya keras..

zila norazila said...

Cheq da
Aishh klu dekat akk dh bagi tau..ada lagi ni che da..mmg klu yg beli sllu mngecewakan akk ..kkdg dpt yg atasnya keras..

Rosdi Eunos said...

saya pun baru buat talam keladi ni zila.. hehe.. tunggu post aje

zila norazila said...

Rosdi eunos
Wahh buat jgk ea..sedap kn talam keladi..dh jdi my fav skrg ni tau..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang