Pages

Wednesday, 19 November 2014

sambal bawang


Assalammualaikum

Semalam pergi pasar tengok lada cili merah dan cili hijau segar-segar..beli banyak jugak sebab plan nak buat cili jeruk..tapi tengok stock sambal bawang dah habis terus buat sambal ini dulu..esok-esok kena pergi pasar lagi beli lada untuk jeruk pulak.


biasa tak makan sambal macamnie? setiap negeri ada sambal masing-masing kan..kalau bagi zila dah biasa sangat..sebab dari kecil membesar dengan sambal nie..biasanya emak buat untuk cicah dengan lempeng atau jemput-jemput..

untuk menggantikan sambal tumis,sebab nak buat sambal tumis tu makan masa yang agak lama..baru sedap..kalau sambal bawang macamnie memang cepat siap..kalau nak makan dengan nasi pun boleh jugak..

kebanggan orang kita kan sambal ..kalau makan tak ada rasa pedas sikit memang tak best..


Sambal Bawang
20 batang cili merah dan hijau 
8 biji bawang kecil
2 biji bawang putih
1 sudu kecil pati ayam
2 atau 3 sudu besar ikan bilis kopek
sedikit gula 
sedikit garam
minyak untuk menumis

cara
Tumbuk kasar kesemua bahan kecuali gula garam dan pati ayam.
kalau nak sambal lebih halus boleh guna pengisar.tapi zila suka sambal kasar macamni..
tumis bahan yang telah ditumbuk dengan sedikit minyak..tumis hingga sedikit kering.tambahkan sedikit air..campurkan garam ,gula dan perasa..siap..sedia dihidang.

16 comments:

umi's cup cake said...

waa..sedapnya sambal bawang... pembuka selera ni...

Fiza Rahman said...

Sedapnya. Tak jual ker. Nak beli ☺☺

tun_telani said...

Salam kak zila.. tun xpernah jumpa sambal bawang nih. mmg sambal2 ni pembangkit selera kan.

Cheq Sue said...

waduhhhh... walaupun saya tak makan pedas, sambal bawang ni nampak mengancam je, boleh kurangkan cili ye dak kalau nak buat...

Kakcik Nur said...

Nampak sedap sangat sambal tu...sampai telan airliur kakcik ni...

Bicara Kak Noor said...

kaknoor selalu gak buat sambal mcm ni, sedap kan mkn dgn nasi or ulam pun ok ganti sambal bacan

zila norazila said...

alahaii fiza akk x jual ..he hee nmpknye kena buat sendiri ...cuba tau..:)

zila norazila said...

aah ceq su..kurgkn cili tu klu x mkn pedas..biasa cili yg merah tu pedas sikit..

zila norazila said...

mmg ummi..berselera mkn klu ada sambal camne.

zila norazila said...

tun..
biasa sambl mcmne kt johor popuar..mkn n ubi rebus..

zila norazila said...

kena buat k.cik..mmg brtmbh nasi klu ada sambal

zila norazila said...

aah k.nor mkn n ulam pun ok kn..

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Sedapnya. Nampak pun rasa nak cuba juga. sambal Bawang terbaik..

MamaFaMi said...

Zila... ni adik beradik sambal lonte eh? :D Dap ooo makan dengan nasi putih panas dan ikan goreng!

zila norazila said...

pokok mnggis klu nk kurgkn lada pun bole..tkut x biasa pdas kn..

zila norazila said...

aah mama..kira sedara diorg jgk ne yg bezanye ne x de belacan ..dan tumis..klu lonte kna goreng dulu kn ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...