Assalammualaikum
pernah dengar tak felda semencu..
Felda Semenchu terletak 42 kilometer dari daerah Kota Tinggi menghala ke pusat peranginan Desaru di dalam negeri Johor Darul Takzim. Di bangunkan dalam tahun 1972/73 seluas 2,775.72 hektar oleh FELDA. Kemasukan peneroka bermula pada September 1977 sejumlah 628 peneroka yang datang dari berbagai negeri.
Seramai 628 keluarga di Felda Semenchu ini menerima durian runtuh RM1 juta selepas tanah rancangan mereka dipilih pemenang keseluruhan Anugerah Keceriaan Kampung Felda 2008.
Setiap keluarga peneroka akan menerima RM1,000, manakala lebih RM300,000 lagi digunakan untuk menaik taraf kemudahan asas di kawasan itu.
Ia pernah memenangi beberapa anugerah sebelum ini termasuk naib johan Anugerah Desa Cemerlang peringkat negeri Johor dan tempat ketiga bagi pertandingan sama peringkat nasional.
Inilah kampung zila..disini lahirnya sebuah cinta..he heee hee..
zila dibesarkan disini..seronok sebenarnya jadi anak felda..masa kecik-kecik kami suka mandi di paya..kalau orang felda memang tau lah macamana rupa bentuk paya tu..airnya jernih dan tak berapa dalam pun..adalah tinggi paras pinggang..
lepas mandi kitaorang sambung bermain baling selipar..sampai dah nak maghrib baru balik..malam pergi menggaji ramai-ramai..rasanya aktiviti penuh sepanjang hari ..tiada istilah boring ..kenangan terindah nie..
oklah hari ini nak cerita tentang kunjungan pelajar-pelajar jepun ..mak zila join pogram homestay yang dianjurkan oleh felda..kalau nak join homestay ni kena ambil krusus dulu..dalam krusus tu diajar asas bahasa inggeris..buku translate inggeris melayu..jepun-melayu pun diberikan..jadi bila pelancong datang dapatlah diorang berkomunikasi serba sedikit..
sebenarnya kerap jugak pelajar-pelajar jepun nie datang kerumah.oleh kerana diorang selalunya sampai pada hari khamis atau jumaat jadi zila tak dapatlah nak tengok diorang..
kali ini kebetulan zila balik kampung..dapatlah zila tolong emak melayan diorang..rata-rata diorang nie baru berusia 16 17 dan 18 tahun..muda remaja..biasanya diorang sampai waktu makan tengahari..menu untuk diorang pihak pejabat homestay felda dah senaraikan..iaitu menu -menu masakan melayu dan bercorak tradisi.
hari itu mak zila sediakan ayam masak kari,sayur campur dan ikan bawal goreng..kita kena ajar diorang makan menggunakan tangan..kadang-kadang kelakar jugak tengok sebab diorang tak biasa kan..sambil makan kita cerita jugak tentang makanan malaysia..rata-rata diaorang cakap sedap masakan melayu..bertambah-tambah makan.
masing-masing happy dapat main congkak sampai kami semua dah tido diorang masih lagi sambung sampai malam..
kemudian kita bagi diorang persalinan orang kita ..baju kurung berserta tudung..bagi lelaki baju melayu dan songkok..time nielah paling best..macam-macam gaya ada..he he heee..diorang pakai baju kurung nie sampai esok pagi sebelum balik..
keesokkan pagi sebelum balik mak hidangkan sarapan orang malaysia ..nasi lemak dan sambal udang..
sebelum balik kami bertukar-tukar hadiah..diorang bawa macam-macam ole-ole dari jepun..tapi kalau makanan tu memang dapat tengok jew lah kan sebab tak ada logo halal..chopstik,beg kecik,sapu tangan,kipas tangan dan kertas origami biasanya memang diorang bawa sebagai tanda mata..
sebagai lambang dari malaysia..bunga telur,kuih bangkit atau bahulu dan kerepek ..biasa mak berikan pada diorang.
biasanya hubugam kami tak habis disitu jew..diorang nie rajin jugak menghubungi kami melalaui 'line'diorang nie jarang guna wassapp atau wechat.jadi ikatan persaudaraan masih berpanjangan..
9 comments:
Eee macam best je......
Boleh kecek jepun la kak zila...
comel2 pelajar jepun tu..apalagi bila dorang mengenakan baju kurung dan tudung.. seronoknya dapat menjalinkan persahabatan dengan dorang :)
Memang hebat kampung akak. Menang hadiah macam-macam.
Lawatan pelajar Jepun boleh belajar bahasa jepun lah yea ;-)
Oh... baguslah Zila. Secara tak langsung mak pun bolehlah sikit-sikit berkomunikasi jepun ye..
Org luar meamng suka M'sia Zila itu tak boleh dinafikan.
la..zila org semenchu ke? umi org kota..dekat je kita ye..nanti blk johor.boleh la jumpa..hihi
saya gi semenchu bulan lepas. memang kagum dengan suasananya. rumah2 teratur rapi, pokok bunga depan rumah cantik2. saya cakap dengan suami, mesti felda ni dapat hadiah desa tercantik. baca posting ni memang betul ye :)
pandai lagi mendukong anak zila tu, best kan ada jugak tukang dukong ahaha
Seronok bila dengar pasal main baling selipar.. ingat zaman zaman kecik dulu
Post a Comment