Salam ramadhan semua..
selesai dah 4 hari puasa hari ini masuk hari ke 5..pagi tadi tak bagun sahur.. terlewat sangat bangun sedar dah azan subuh..ermmm kesian pulak suami dan anak tak makan sahur..nampaknya esok harus kunci jam.
untuk tahun ini suami berpuasa bersama kami disini kebetulan ada projek baru di johor..alhamdulillah tak lah keseorangan nak berbuka dan bersahur..iqbal anak sulung pulak hari ahad ni dah start belajar diselangor..pertama kali berjauhan dengan ibu.
dari awal puasa sampai kehari ini batuk tak baik-baik..awal puasa tu demam teruk kami sekeluarga..tapi zila masih lagi boleh bertahan kalau setakat demam ni.. nak masak pun masih ok ..
so hari pertama menu berbuka kami ..pulao ayam nasi timbus-timbus kata anak kami ..ini kegemaran kami sekeluarga lebih-lebih lagi en suami memang bertambah kalau makan.oklah sampai sini dulu hari ini ..next nanti sambung lagi ..
Chicken Pulao
Bahan stok ayam
1 sudu kecil ketumbar biji
1 batang kulit kayu manis
½ sudu kecil serbuk cili
1 sudu kecil garam
3 biji buah pelage
1 biji bawang besar – dibelah 4
1 batang cili hijau
1 biji tomato – dibelah 4
2 ulas bawang putih – dibelah dua
½ ekor ayam
4 ½ cawan air
Bahan nasi
2 cawan beras basmati – direndam 20 minit
4 sudu besar minyak zaitun
11/2 sudu kecil jemuju
1 biji bawang besar – didadu
½ inci halia – didadu kecil
1 sudu besar yogurt
½ sudu kecil lada hitam
2 biji lada cili- hiris halus
Cara membuatnya
1. Ambil bekas masukkan ayam yang telah dibersihkan,tambahkan air dan bahan stok ayam.masak selama setengah jam.
2. Apabila ayam sudah masak angkat dan toskan airnya,asingkan ayam.
3. Panaskan periuk dengan minyak zaitun,masukkan jemuju tunggu sehingga cumin meletop kecil dan keperangan.
4. Masukkan bawang,halia dan hirisan cili hijau sehingga keperangan dan sedikit gelap,jangan sampai hangus.
5. Kemudian masukkan ayam kacau rata,masukkan lada hitam dan yogurt kacau sehingga sebati.
6. Tambahkan 41/2 cawan air stok ayam,tunggu sehingga air mendidih.setelah mendidih masukkan beras,masukkan sedikit garam,tutup periuk dan masak sehingga nasi lembut.
7. Sedia dihidang.
Chickpea salad
Bahan
1 biji tomato – di potong dadu
1 batang timun – dipotong dadu
1 biji bawang besar- dipotong dadu
6 biji buah zaitun hitam – dihiris nipis
2 pokok daun ketumbar –dihiris halus
1 sudu besar serbuk lada hitam
½ sudu garam masala
1 tin kacang kuda – cuci dan toskan
½ biji lemon ambil airnya
Garam secukupnya
Cara membuatnya
1. Satukan kesemua bahan yang telah didadu didalam satu bekas,gaul rata.
2. Masukkan kacang kuda dan gaul sehingga sebati.
3. Kemudian masukkan daun ketumbar,lada hitam,garam masala dan garam gaul rata sehingga semuanya sebati.
4. Perahkan setengah biji lemon dan sebatikan rasa.
5. Sedia dihidang.
sambal harrah
2 biji tomato
2 ulas bawang putih
1 sudu kecil perahan lemon
daun ketumbar
cili padi dan sedikit garam
-kisar kesemua bahan tanpa air
3 comments:
Untung anak2 zila..ibu mereka rajin masak sedap2 pulak tu 😄
trima kasih k.yon..hi hii kkdg malas jgk nk masak ikut angin
Suka tgk gambar2 mknn yg sis ambik.. cantik2..
Post a Comment