Pages

Saturday, 6 May 2017

Onde-onde pandan gula melaka cup cake


salam sabtu..
disebabkan lama sangat tak buat kek ..zila lepaskan keinginan buat kek pandan gula melaka.ditambah dengan kuih onde-onde sebagai hiasan melengkapkan lagi nama onde-onde cupcake ni.sebab ahli dalam rumah ini tak ramai so zila hanya buat sedikit je.yang paling suka tentang kek nie sebab bau wangi semerbak bila dibakar..tak sabar sangat nak makan bila masih panas-panas.resepi zila pernah kongsikan sebelum ini..boleh semak disini
zila copy lagi disini untuk memudahkan zila semak semula nanti.

Pandan Cup Cake
200 gm tepung kek
1/2 sudu teh baking powder ~ double acting
125 gm unsalted butter ( butter tanpa garam ) ~ lembutkan
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh esen vanilla
200 gm gula halus atau gula caster ~ kurangkan 160 sahaja
2 biji telur saiz A ~ suhu bilik
75 gm santan KARA + 25 gm air
2 sudu besar jus pandan ~ 5 helai daun pandan kisar dengan sedikit air ambil jusnya
sedikit pewarna hijau

Panaskan ketuhar 15 minit sebelum di masukkan kek pada suhu 180C
Sediakan muffin pan atau cup cake secukupnya
Satukan tepung dan baking powder kemudian ayak ~ ketepikan
Satukan santan, air, jus pandan dan pewarna hijau dan gaul rata ~ ketepikan

Dalam bekas pemutar, satukan butter, esen vanilla dan garam dan pukul sebentar
Masukkan gula halus dan putar 3 minit hingga lembut
Masukkan telur sebijik demi sebijik dan putar rata
Masukkan tepung berselang seli dengan campuran santan ( mulakan dengan tepung dan di akhiri dengan tepung ) putar atau kaup balik hingga adunan sebati
Tuang dalam cawan kek 3/4 cawan penuh sahaja
Susun dalam loyang muffin dan bakar selama 25 minit
Setelah masak, sejukkan atas redai


Gula Melaka Italian Meringue Buttercream

50 gm gula Melaka
1 helai daun pandan
1/8 cawan air

Satukan semua bahan di atas dan masak hingga gula larut
Kemudian sejukkan

80 ml air
150 gm gula halus
1 biji telur
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
250 gm butter tanpa garam ~ di potong dadu
1 sudu besar caramel gula Melaka ( adunan gula Melaka yang di masak tadi )

Satukan air dan gula dan masak hingga pekat dan suhunya mencapai 117C.
Jika tak ada jangka suhu anda boleh gunakan garfu. Celup garfu dalam larutan gula. Bila anda angkat garfu, larutan gula akan terbentuk macam kaki itik. Itu bermakna gula tu dah cukup pekat.
Kemudian tuangkan caramel gula Melaka tadi , gaul rata biarklan sekejap ia pekat.
Sementara anda lihat gula dah didih dan dah terbentuk kaki itik tadi, baru putar telur dan kuning telur dalam mesin pemutar hingga kembang, bila dah kembang terus tuang gula yang panas-panas ke dalam telur tadi sambil terus putar hingga sebati
Bila dah sebati, simpan dalam peti sejuk dengan pemutar dan mangkuk pemutarnya sekali ( ingat !! bukan mesin pemutar ya, hanya mangkuk dan alat pemutar sahaja )
Bila dah betul-  betul sejuk ( sejukkan 1 ~ 2 jam ) keluarkan
Putar semula dan masukkan esen vanilla, dan  butter satu persatu sambil putar hingga kembang dan halus.
Kemudian masukkan dalam piping bag dan paipkan atas cup cake tadi.

2 comments:

PAk RUDI DI SEMARANG said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Seri Kandi Tanah Jauhar said...

sungguh versatile gabungan timur dan barat.
lain kali buat byk kak, nanti sy dtg ambil, hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...