Pages

Monday, 4 July 2016

Biskut tembikai biji coklat



Jumpa lagi  
Dah banyak ke buat biskut?
ke dah start buat kek atau bahulu..insyaallah kalau zila rajin adalah dua tiga jenis kek atau bahulu dan ada satu lagi cookies yang nak zila buat walaupun esok mungkin last berpuasa time raya pun boleh jugak buat kuih kan.lagi fresh.

Hari ini nak share biskut tembikai yang baru siap tadi,rasa zila tak dapat nak bagitau lagi sebab belum rasa tunggu lepas buka nanti zila merasa.tapi muhammad dah hampir 20 keping dia makan.lapar atau sedap itu zila tak pasti pulak..budak kecik kalau kita tanya sedap ke tak main angguk jewlahkan..ha haaa 

untuk resepi ini zila copy dari utube.suka tengok diorang buat cookies lawa-lawa.tapi zila punya tu tak berapa kemas dan cantik sangat.rupa macam kurang.kalau sesiapa yang nak cuba buatlah kemas lagi.sekejap lagi zila nak keluar sambung shooping.baju anak yang sulung tak beli lagi.zila punya tudung pun belum dapat lagi.
sesiapa yang nak cuba semak resepi dibawah.


Bahan
100 gram tepung gandum
3 sudu besar gula halus
3 sudu besar susu pekat manis
3 sudu besar butter
1  1/2 sudu besar tepung jagung

Cara membuatnya

  1. Pukul gula halus,butter dan susu pekat hingga sebati.kemudian masukkan tepung jagung dan tepun gandum uli sehingga boleh dibentuk.
  2. Bahagikan adunan kepada dua bahagian,letak pewarna merah dan hijau.
  3. Bahagian hijau di gelek leper dan sedikit nipis.Bahagian merah di bentukkan bulat memanjang seperti tabung.kemudian balutkan bahagian merah dengan bahagian hijau.bungkus hingga menutupi semua bahagian.
  4. Kemudian hiris nipis-nipis dan bentukkan diatas dulang pembakar.bakar sehingga masak dan hiaskan dengan coklat masakkan sebagai bijinya.




2 comments:

Amie said...

Assalamualaikum Zila,
singgah beraya di sini yea... cantiknya biskut tembikai tu!
Selamat hari raya buat Zila sekeluarga, maaf zahir batin.

Ruzita Idias Ismail said...

ya juga.. selamat hari raya Zila n family. Juga selamat hari raya kepada Amie ya.. maaf zahir batin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...