Pages

Tuesday, 26 July 2016

killer soft bread


Killer sofr bread lagi..kali ini versi macam bunga pun ada..macam siput pun ada..ermmm sebenarnya saja suka-suka mempelbagaikan bentuk roti ni.jemu asik susun atas loyang.kalau buat macamni laju anak-anak makan.lagi-lagi lepas keluar dari oven.

Hari itu bila zila post di instagram ada yang bertanya resepinya.sebenarnya zila pernah buat roti ini sebelum puasa dan dah pos disini.untuk memudahkan semua zila poskan lagi resepinya dibawah itu.kadang-kadang zila update di instagram dan tak update di fb dan blog.so bolehlah follow zila di instagram.

Bagi yang bertanya zila tabur apa atastu macam serat-serat jew kan..ha haa gambar dibawah tu zila dah sapu kuning telur dan tabur sedilit chicken floss.ada lebihan chicken floss haritu sayang pulak tak buat apa..tabur jerlah bagi lawa sikit..oklah sampai disini dulu..jumpa lagi nanti ye..bye



RESEPI: KILLER SOFT BREAD

260 gram gandum protein tinggi (tepung roti)
3 gram ragi instant
180 gram cecair ( 1 telur + susu cair )
30 gram gula pasir
30 gram butter
2 gram garam

Caranya

1. Bancuh telur bersama susu (bahan cecair).
2. Tambahkan kedalam bahan kering (tepung, gula pasir, ragi). Gaul bersama sehingga sebati memjadi adunan yang sedikit melekit.
3. Tambahkan garam dan butter sedikit demi sedikit, teruskan menguli sehingga adunan menjadi licin dan berkilat.
4. Bahagikan kepada 3 atau 4 bahagian. Canai dan boleh ditambahkan inti mengikut selera 
5. Untuk dapatkan permukaan roti cantik berkilat boleh dioles dengan sapuan telur.
6. Biarkan doh mengembang sehingga dua kali ganda memenuhi loyang.
7. Bakar dalam oven pada suhu 175°C selama 10-15 minit, bergantung kepada oven anda masing-masing

6 comments:

adda syuhada said...

sedapnyer...

Gee® said...

Sedapnyaaa... bak nak sikit...

Anonymous said...

Kak Zila, boleh saya tau akak guna camera apa untuk amik gambar makanan? semua gambar akak cantik-cantik.

zila norazila said...

adda syuhada
tq my dear..

zila norazila said...

kak gee
ha haa mai sini k.gee makan bersama..

zila norazila said...

tq dik akk guna nikon,camera dslr..boleh try yer..x cantik jugak kkdg pic kelaut dalam ha haaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...