Pages

Monday 13 February 2023

Kek Buah Kukus sedap



Dah start sekarang ni orang buat biskut dan sample kuih raya..walaupun puasa tak lagi tapi persiapan awal untuk peniaga mencari pelanggan dah bermula..
Kek Buah Kukus..salah satu kek yang jarang sangat nak buat sendiri kat rumah ..sebabnya malas nak berlama mengukus empat jam ..senang kerja beli jew yang dah siap..sekarangpun kalau duduk sekitar jb banyak dah orang jual kek buah kukus yang sedap..harga pun tak mahal mana..kalau yang family kecik,setakat nak makan untuk 3 atau 4 orang beli lagi senang..

Kek buah kukus ni kalau buat terus makan macam kurang kick sikit...kalau simpan beberapa hari..pastu baru potong ..memang rasa dia lagi sedap..kek ni pun boleh tahan dua hingga enam bulan.

Emak saya antara penggemar kek buah kukus..tapi bila dia dah umut 70 lebih sekarang ni agak kurang dia nak makan kek buah,,faktor usia kan..tapi masih boleh makan sepotong dua untuk jamah jew lah.

Kek buah kukus ni hasil air tangan FIdzah Yusof,..memang sedap kek buah dia ni..moist dan kurang manis..buah pun elok jew tak tenggelam kebawah..kira kalau beli memang puashati.

Sebiji kek buah ni Fidzah hantar kat rumah saya untuk shoot gambar dan review di instagram..maka dapatlah merasa haritu  kek buah sebelum raya.



Kek ni kalau nak pos pun boleh..

so sesiapa nak order kek buah ni boleh contact fidzah ya..no tel disticker bawah tu..


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang