Habis konvo Iqbal esoknya kami ke sini sebelum sebelah petangnya kami pulang ke Johor Bahru..
Pada hari itu jambatan ditutup katanya,sebab ada larian jambatan pulau pinang..
kalau nak ke penang street ni yang lemahnya jalan jem dan parking selalunya memang tak dapat..kalau ada biasanya kami dapat nun jauh sangat..
Dan sebab malas nak merayau cari parking suruh Iqbal duduk dalam kereta je tunggu..kalau ada kosong suh dia parking depan lorong nie..
Kami tiga beranak jew ronda kesini..bukan nak cari apapun cuma melayan Muhammad nak makan ais kepal..
Ritu bulan julai ada kami datang kesini jugak..meyambil singgah ambil barang Iqbal di USM ..tu yang Muhammad sibuk nak repit lagi ais kepal tu..
orang pun ramai jew..banyak hasil kraftangan kat sini..beli jugaklah untuk kekawan kat JB..cantik fridge magnet dia..
Lorong kedai ais kepal..kat sini ada banyak payung warna warni..ramai yang stop ambik gambar..memacam aksi ada..
Dah dapat ais kepat rainbow ..
uncle yang jual barang kraftangan yang duduk sebelah Muhammad tu suruh ambik gambar berlatarbelakngkan payung tu..dengan semangat emak dia snap gambar ni..hihii..jangan tidak orang kata match dengan payung belakang tu..
Antara kedai lain yang jual ais kepal ..kami singgah disini minum air kelapa
2 comments:
comel ais kepalnya. warna warni..
@Han Hani
yer betul..colour dia tu yg bebudak suka hihii
Post a Comment