Hari ini cuti bagi negeri johor..cuti peristiwa sempena kemenangan pasukan bola sepak johor malam tadi..sebelum masuk tidur sempat anak sulung zila cakap esok ibu tak payah bagun awal sangat ..esok cuti..zila kalau bab bola sepak memang jarang nak amik pot..dulu-dulu rajin jugak tengok tapi sekarang memang dah amit berat sangat..
Hari jumaat lepas suami ambil cuti tahunan..saja katanya nak lebihkan masa dengan anak..jadinya beberapa hari ini zila tak masak sangat..dia take over bahagian dapur..beberapa hari ini menu pakistan jewlah memenuhi meja makan..ha ha haaa.
semalam suami buat aloo paratha makan dengan kuah yogurt..menu hari ini capati dan loki gosht..
loki kalau orang melayu panggil labu air..atau labu sayong yang dimasak bersama daging..kebiasaan masakkan diorang ni overcook..dimasak dalam jangka masa yang lama sampai lah kering..bahan utamanya daging,labu air..kalau nak masak loki gosht biasanya diorang gunakan presser cooker..lebih mudah dan cepat masak.
Bahan untuk masak loki gosht..
2 biji bawang besar
1 labu bawang putih
2 batang lada hijau besar atau lada cili..semua bahan diatas dihiris.
masukkan daging dalam presser cooker kemudian masukkan bahan-bahan yang telah dihirs tadi..masak sehingga daging empuk.
Apabila daging dah lembut.masukkan minyak sedikit..labu air yang telah dipotong,.kemudian masukkan
1 biji tomato didadu
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar halia dan bawang putih (halia dan bawang putih ditumbuk jadikan paste)
Masak lagi sehingga air daging kering dan labu air lembut dan lembik..
tambahkan sedikit butter untuk rasa lemak-lemak sikit..masuk daun ketumbar.masak sekejap lagi dan tutup api.
Untuk capati..
biasanya capati makanan ruji bagi penduduk india utara..tepung yang digunakan untuk membuat capati ialah tepung Atta..iaitu tepung yang biasa digunakan untuk membuat pasta.capati ni kena makan panas-panas kalau dah sejuk dia akan keras dan liat..kalau nak buat capati yang lembut campurkan dengan tepung gandum..agak-agaklah jangan banyak sangat..uli macam biasa sampai menjadi doh yang lembut..kemudian tambahkan satu atau dua sudu besar majerin atau butter..rasanya akan lebih lembut insyaallah..
kalau nak guna tepung Atta sepenuhnya pun boleh..campurkan dengan dua sudu minyak masak..dan uli dengan air panas suam..
oklah sampai disini dulu untuk hari ini..jumpa lagi..bye..
8 comments:
nak kena cuba jugak ni Zila. nampak tak susah sangat. Anak-anak suka sangat roti ni..
Kakak tak pernah buat tau Zila
Biasa kakak beli aje.
Tengok Zila buat ni aduhai sedapnya..
wah zila tak tahan kaknoor tengok capati tulah
macam nak ngap je lah
mesti kena try ni
Kak Zila.. kenapa tak ada resepi lengkappp???
ruzita idris
cubalah ita sedap jgklah masakkan diorang ni..dulu zila susah sikit nak terima..sekarang laju jew makan..he hee
kak zakie
kalau tak kawin dengan org pakistan memang zila pun x pernah buat jgk kak.he hee..nasib ada husbnd bolehlah kenal2 makanan diaorang.
kak nor
cuba tau kak..he hee nak kasi mcm jauh gitew kan..
sri kandi
sk akk aritu nak tulis detail..tp tulah macam malas kih kihh..ok nanti akk cuba detailkan ea..love u..
Post a Comment