Bersua lagi..
salam sabtu..dari awal subuh tadi hujan turun..walaupun tak berapa lebat tapi sampai sekarang terasa sejuk lagi..lepas solat subuh tak ada apa nak buat sebab hari ini plan nak keluar bersarapan dan pergi kerumah kakak ambil emak dan hantar dia balik kekampung..dah seminggu emak duduk rumah akak..dah mulalah rasa rindu dengan rumahnya sendiri..lagipun esok ada jemputan kawin di kawasan kampung.
Ikutkan hari khamis petang haritu zila hantar dia balik kekampung,tapi ada kematian dilorong rumah zila jadi terpaksalah ditangguhkan..
dari aritu zila nak sangat makan kuih cara berlauk,kalau yang manis tu kurang suka pulak.dah beberapa kali jugak beli kuih ni..tapi tulah kalau beli seringgit dapat 3 ketul..nak makan pun tak puas rasanya..
semalam petang merajinkan diri bancuh kuih ni,yang malasnya buat kuih cara ni kena berdiri depan api dan buat satu-satu..tu yang malas..sebab tu agak berat nak buat..
resepi asal zila ambil dari blog cikmat gebu dapur tanpa sempadan.alhamdulillah rasanya sedap lembut dan lemak sangat..kena dengan selera dan tekak zila.terima kasih cikmat.
zila share resepinya disini sebagai rujukan dimasa akan datang.
Bahan inti
2 keping daging buger
1 biji bawang besar - didadu
2 ulas bawang putih - didadu
1 camca besar penuh rempah kari daging
1 camca besar sos black paper
1 camca teh cili kisar
1/2 camca teh lada hitam kisar
1 pokok daun sup, hiris halus
Garam dan gula - secukupnya
Sedikit air
Cara untuk inti
- Panaskan minyak dalam kuali tumis bawang putih. halia dan bawang besar hingga layu, masukkan cili kisar, Kacau rata dan masak sekejap.
- Tambah rempah karidan sos black paper. kacau dan tuang sedikit air .Masukkan daging cincang dan kacau rata.
- Masak dengan api kecil hingga daging berubah warna dan kering. Tambah lada hitam dan perasakan dengan garam secukupnya dan secubit gula. Kacu rata, akhir sekali masukkan 1/2 bahagian cili merah dan 1/2 bahagian daun sup. Gaul rata dan matikan api.
Bahan kastard
75 gram tepung gandum
1 biji telur gred A
170 ml santan(kalau guna santan kotak, guna 100 ml santan + 70 ml air)
2 camca besar mentega, dicairkan (boleh ganti dengan majerin)
Beberapa titik pewarna kuning makanan
Secubit garam
Caranya
Ayak tepung dalam satu bekas, masukkan telur dan santan sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Tambah garam, mentega cair dan pewarna kuning makanan, kacau hingga rata dan tapis. Ketepikan sebentar (boleh juga dikisar dalam blender).
UNTUK KUIH CARA BERLAUK
- Panaskan acuan kuih baulu bentuk cermai, guna api dapur paling kecil. Lenser setiap lubang acuan dengan sedikit minyak masak.
- Tuang adunan kuih cara 3/4 penuh. Buat hingga siap, kemudian sudukan 1/2 camca teh inti pada setiap kuih cara tadi. Tabur atasnya baki cili merah,bawang goreng dan daun sup. Tutup sekejap hingga kuih cara masak (kurang lebih 1-2 minit). Keluarkan dari acuan dan buat hingga siap.
5 comments:
sedap nyer cara !
nak buat mcm susah aja...beli la nmpknya
sedapnya...
Salam Zila..mkn time panas2 mmg sedap ni..kuih caranya comey2 gitu..senang sekali ngap jer :)
wahhhh!cedapnya kak....
terliurlah tengok cara tu zila
dan persembahan dari cara tu pun mneggoda sangat
kalau dpt makan memang lentok ni
Post a Comment