Pages

Tuesday, 15 September 2015

nak jugakk.....puding sedut..yummy



Puding sedut...
dah jadi demam puding sedut sekarang nie..kalau di vendor sebotol puding sedut berharga Rm 5.00..kalau bukak instagram memang popular puding ni lepas raya haritu..paling top disebelah utara..siap masuk surat khabar lagi..hebat betul penangan puding sedut nie kan..



Sedap rupanya puding sedut nie..patutlah glamerr....berbaloi kalau buat sendiri dirumah..dapat banyak jugak..budak-budak pun suka...tapi yang malasnya menunggu nak melapis colour tue..nak tunggu keras sikit ..zila kalau bab menunggu nie memang malas kalau boleh nak cepat siap jew..lagi-lagi muhammad dah stanby nak mengacau..alahaii lemah betul..


Zila buat 3 perisa ..oren,kopi dan strawberry..kalau rajin bolehlah buat berbagai perisa..kalau agak tak rajin buat satu perisa ..senang..tak payah nak menunggu lama..
tengok kak wan dan kak ita tayang puding sedut aritu..tak sabar nak merasa..alhamdulillah terlaksana jugak..



PUDING SEDUT ATAU PUDING SIRUK
Resepi oleh : Resepi Ringkas
Rujukkan : Citarasawan

1 sudu teh serbuk agar-agar
1000 ml air
1/2 cawan gula halus
1 cawan susu cair atau susu segar
1 cawan creamer atau coffemate atau susu tepung
1 sudu teh esen vanilla
pewarna makanan
esen makanan ~ strawberry paste / emulco , pandan paste / emulco atau lain-lain perisa

Caranya

  1. Satukan agar-agar, gula halus, susu tepung, susu segar, air dan vanilla ke dalam periuk.Kacau rata.
  2. Masak atas dapur hingga mendidih.
  3. Bahagikan adunan kepada beberapa warna yang di sukai dan letakan perisa
  4. Contoh ~ warna purple dengan perisa blueberry, warna hijau dengan paste pandan, warna kuning dengan pineapple dan pink dengan strawberry.
  5. Sediakan botol kaca secukupnya.Anda boleh buat 1 jenis untuk setiap botol atau jenis yang bercampur yang lebih di kenali dengan nama 'paddle pop'.
  6. Untuk adunan satu warna atau satu perisa, tuangkan dalam botol dan sejukkan
  7. Untuk adunan paddle pop pula, tuangkan 1 layer warna contoh hijau di bahagian dasar botol dan sejukkan.
  8. Bila dia dah mula mengeras, tuangkan pula lapisan yang lain dan lakukan proses yang sama hingga habis semua warna.
  9. Sejukkan dalam peti ais dan hidangkan dingin dengan straw.


Tuesday, 8 September 2015

dah dua tahun...


Assalammualaikum..
Diam tak diam dah besar  Muhammad..
sekejap betul masa berlalu..dah besar rupanya anak ibu..Pada 28.8.15 Muhammad Ahmad genap berusia dua tahun.tiada  sembarang sambutan yang zila buat..sebab kekangan masa terlalu sibuk masatu..
Sampai nak belikan kek pun tak sempat.



Moga anak ibu menjadi insan yang soleh,,cerdik dan pandai ..sentiasa membahagiakan ibu dan ayah..cemerlang didunia dan diakhirat..dipanjangkan usia dan dipermudahkan rezeki..
amin ya rabbal alamin.

Dah dua tahun nie semakin ligat lah muhammad..lasak sikit..nak ambik gambar masakkan pun agak terhad..almaklumlah semuanya nak di sentuh..kadang-kadang gambar tangan dia jelah..
gambar dia nipun semuanya tak nak pandang kamera..sebuk tengok tv sebenarnya tu..nak snap gambar yang cantik pun susah..asik berlari kesana kemari..ermm.



Ini lah beberapa keping yang dapat zila ambil dan kongsikan disini sebagai kenangan..gambar bawah tu bersama  selimut busuk kesayangannya..kalau tak ada tu mau menangis..sekarang ni muhammad dah sibuk nak menjawab talifon..mobile zila dah susah nak lekat kat tangan asik pada dia jewlah..entah apa yang dibebelkan pun tak taulah..kadang-kadang kelakar pun ada..tulahkan..budak sekarang ..semuanya cerdik..




Ok..last story..
Jutaan terima kasih buat majalah SAJI.. walaupun lambat sikit nak letak entry disini..beberapa masakkan zila memenuhi ruangan SAJI julai 2015..beberapa resepi masakan yang telah sedia ada didalam blog..

Buat adik ezanawaty terima kasih banyak-banyak..tak pernah jemu memplawa akak yer..zila kongsikan juga disini sebagai tanda kenangan ..terima kasih SAJI.


Sunday, 19 July 2015

selamat hari raya 2015


Andai jemari tak sempat berjabat, andai raga tak dapat bertatap, seiring beduk yang menggema, seruan takbir yang berkumandang, ku aturkan salam menyambut hari raya Aidil fitri, jika ada kata serta kekilafanku membekas lara, mohon maaf zahir dan batin.
Assalammualaikum..
berjumpa lagi di syawal yang indah..
nak cerita apa raya-raya nie..alhamdulillah bertemu lagi dengan syawal 2015..masing-masing mesti sibuk beraya kan..jumpa kawan-kawan lama..menziarah sahabat handai..saudara mara ..time inilah baru dapat jumpa diorang..setahun sekali..kalau hari biasa memang susah sikit.jadi dikesempatan inilah kita mengiratkan siraturahim.


Bagi zila dan family hari raya tahun ini sama seperti tahun-tahun yang sudah..kami beraya dirumah emak..di kota tinggi johor.tahun ini pagi raya baru zila sampai kekampung..tak dapatlah memasak bersama adik dan akak ipar.seperti biasa hidangan pagi raya rumah emak..ayam masak kicap..ketupat dan rendang daging.

semenjak muhammad dah lasak ni susah sikitlah zila nak kedapur ..almaklumlah serba serbi nak di kacaunya..ambil oder kuih raya pun tak banyak tahun ni..minta maaf sangat-sangat pada sesiapa yang wassap zila nak oder bahulu gulung..memang tak sempat nak buat ..dan yang nak oder biskut raya pun terpaksa zila tolak separuh..maaf sangat-sangat yer..
kuih raya untuk rumah zila pun tak banyak jenis yang sempat zila buat..cuma ada tart gulung..biskut kacang dan samperit..yang selebihnya zila beli jew.

oklah sampai disini dulu untuk kali ini..
akhir kata..dengan rasa rendah diri zila minta maaf zahir dan batin pada semua sahabat blogger..pengunjung blog zila..sahabat fb ..wassup..maaf jika selama ini ada tingkah laku yang tak menyenangkan..kata-kata yang menyakitkan hati..dan penulisan zila yang boleh mengguris hati sesiapa..maaf zahir dan batin ye..kosong-kosong..

Friday, 10 July 2015

menu berbuka kami - ayam kremes

Asssalammualaikum
bersua lagi ..tnggal beberapa hari lagi menghampiri syawal..ramadan akan ditinggalkan pergi..terasa pantas benar ianya berlalu..


hari ini nak share menu berbuka lagi .resepi biskut raya menggu depanlah ea..he hee..entah puasa yang keberapa zila buat ..hidangan mudah sahaja. nasi putih,gorengan tahu dan tempe,timun dan sambal nasi penyet.berserta sago gula melaka sebagai pencuci mulut...suami zila minat sangat makan nasi penyet..tapi sambal nasi penyet memang tak boleh nak buat pedas-pedas..ermm nanti tak disentuhnya pulak.
aritu tengok kak ummi kuantan buat ayam kremes..terasa teringin pulak nak buat..ayam kremes sememangnya popular dinegara jiran kita indonesia..bagi kita orang malaysia kremes dipanggil serdak.




ada yang hanya menggunakan tepung beras sahaja..ada pula yang menambah campuran tepung ubi..bila kita menambahkan tepung ubi kremes kita akan menjadi lebih cantik..ada macam sarang-sarang macamtu..tapi jangan campur tepung ubi terlalu banyak..nanti kremes jadi keras pulak.



Ayam kremes
Sumber : dunia internet

Bahan
1 ekor ayam - potong 10
¼ liter air

Bahan untuk membuat kremes
3 sudu makan tepung ubi
1 sudu makan tepung beras
1 biji telur
5 buah bawang merah-ditumbuk
½ sudu teh garam
¼ liter air - lebih sedap menggunakan stok ayam

Bahan dikisar halus
12 biji buah keras
8 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
2 cm halia - diketuk
2 sudu teh ketumbar - disangai
2 sudu teh garam

Cara 

  • Rebus ayam yang telah dibelah dan dibersihkan. rebus bersama bahan kisar hingga empuk, setelah itu angkat.

  • Bersihkan bumbu yang melekat pada ayam tersebut, bumbu tersebut akan digunakan untuk campuran membuat kremes.

  • Setelah dibersihkan goreng ayam dengan api sederhana(lebih baik terendam minyak ayam tersebut), tunggu hingga warnanya menjadi kekuningan (kering). Lalu angkat, dan toskan.
  • Membuat kremes
  • Campurkan bahan kremes
  • campurkan sisa bumbu yang melekat pada ayam tadi,gaul sampai rata.
  • goreng adunan menggunakan kuali yang tak lekat, sendukkan adunan kedalam kuali panas hingga garing,angkat dan toskan.

  • letak ayam yang sudah digoreng tadi diatas pinggan, taburkan kremes diatasnya.

olahan .
kalau nak celupkan ayam dalam tepung kremes pun boleh..kemudian digoreng.


Tuesday, 7 July 2015

menu berbuka kami - nasi ayam hainan

Alhamdulillah ..bersua lagi hari ini..
Terima kasih pada sahabat-sahabat yang mengirim doa dan ucapan yang tak putus-putus ..baik di Facebook whatapps..kawan-kawan group ..rakan karib dan family..syukur pada Allah masih diberi umur yang panjang..dikelilingi orang yang baik-baik..diberi kesihatan yang baik..dan moga sentiasa dipermudahkan rezeki dan dipanjangkan lagi usia untuk menambah lagi amalan didunia dan diakhirat..aminn.

Dah nak menghampiri pertengahan ramadan kan..rasa macam cepat sangat masa berlalu..kadang-kadang tak perasan dah petang..setiap hari bila fikir menu berbuka memang pening..almaklumlah bila hari-hari mengadap dapur..idea nak memasak pun macam kelaut giteww.

nasi ayam hainan ini bukan menu semalam..tapi dah buat beberapa hari lepas..tak sempat nak menulis disini,,tu yang simpan jew gambar-gambar masakan..bila free bolehlah update slow-slow..cara penyediaan nasi ayam hainan memang mudah..ayam cuma direbus sampai empuk kemudian direndam sekejap dalam air sejuk..masak nasi dan buat sambal..makan bersama hirisan timun dan tomato segar..memang senang..
bagi zila nasi ayam yang paling penting adalah nasi dan  sambalnya..kalau nasi sedap..lembut ..sambal pulak sedap tak rasa maung dan tak berapa pedas sangat memanglah ..bertambah-tambah nasi ..
air pulak zila sediakan air bandung..tambah biji selasih sikit..dan ice cream soda..alhamdulillah cukuplah untuk kami berbuka..kalau mood rajin adalah sejenis kuih atau puding zila buat..bila malas..memang makanan utama sahaja terhidang..



Nasi ayam hainan
sumber :Resepi raidah
olahan : zila4ever.blogspot.com

Bahan untuk rebus ayam
1 ekor ayam
Air - cukup untuk tenggelamkan ayam
sedikit garam
sedikit serbuk pati ayam
2 inci halia - diketuk
3 biji bawang putih - diketuk

Cara 

  • Sediakan periuk ..letak air, garam,bawang putih dan halia yang diketuk tunggu sehingga air mendidih.
  • kemudian masukkan ayam,masak anggaran 30- 40 minit. Angkat dan toskan.
  • kemudian rendam ayam di dalam air ais selama lebih kurang 10-15 minit. 

p/s
Cucuk peha ayam untuk tahu jika sudah masak. Ayam tidak boleh direbus terlalu lama takut dagingnya tidak sedap jadi, pandai-pandailah untuk agak. Jika tidak berdarah,bolehlah angkat ayam dan toskan airnya. Biarkan ayam betul-betul sejuk baru dipotong kalau tidak takut dagingnya hancur.


Untuk nasi
3 cawan beras
5 cawan air rebusan ayam - jika beras lembut kurangkan airnya bergantung pada jenis beras.
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1 inci halia - ditumbuk
1 sudu besar minyak masak
beberapa keping kulit ayam
1 paket penumis
setengah sudu kecil lada sulah-ditumbuk halus
2 helai daun pandan-disimpul

Cara 
  • Beras dibersihkan kemudian ditoskan.
  • Panaskan minyak dan kulit ayam, masukkan penumis,bahan-bahan tumbuk kemudian goreng hingga wangi.
  • Masukkan beras, goreng beras sebentar baru masukkan air rebusan ayam dan daun pandan.
  • Tanak sehingga masak.

Untuk sup
Air rebusan ayam
Daun sup - dihiris
Bawang goreng
sedikit kiub ayam

Cara
Air rebusan ayam tadi dididihkan. tambahkan kiub ayam dan tambah sedikit air lagi jika suka. Hidangkan bersama hirisan daun sup dan bawang goreng.



Untuk sos cili

4 batang lada merah besar

7 biji cili padi hijau - cili kecil
1 inci halia
2 ulas bawang putih
1 sudu besar gula-agak-agak kemanisan yang diingini
2 sudu besar jus limau nipis
2 sudu  sos cili thai
sedikit air rebusan ayam
sedikit kiub ayam

Cara
1. Kisar lada merah,cili hijau, halia,bawang putih dan jus limau.
2. Masakkan dalam periuk. Masukkan gula,garam,sedikit kiub ayam dan sos thai.masak sehingga sedikit pekat.

Untuk sos kicap
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
3 sudu besar kicap manis
5 sudu besar air rebusan ayam
1 sudu besar gula

Cara 
Campurkan semua bahan dan masak di atas dapur sehingga mendidih.

Bahan sampingan
1 batang timun - dihiris
2 biji buah tomato - dihiris
Salad - dihiris
Bawang goreng ~ ditabur di atas nasi dan di dalam sup
Minyak bijan - sapukan ke atas ayam yg telah dipotong.


Air bandung soda

sirap rose
Susu segar
sedikit air gula
kiub ais
biji selasih  - direndam seketika dgn air suam
ais cream soda
campurkan semua bahan..goncang biar sedikit berbuih jika suka..

Thursday, 25 June 2015

laksa perlis ikan sekoq


Assalammualaikum
bila mood rajin nak berblog macamnilah..
bila bulan puasa macamni tengok apa pun sedap..tgok apa pun rasa macam teringin sangat nak makan..hari minggu lepas mengemas majalah lama..nampak pulak resepi laksa nie..kalau hari biasa laksa memang malas sangat nak buat..sebab masing-masing nak makan nasi jew.

laksa memang terkenal di bahagian utara..tak sah rasanya kalau x menikmati semangkuk laksa bila dah sampai ke utara..tapi tak semua laksa yang dijual tu sedap..kena tengok gerainya jugak..cuti hari raya cina yang lepas zila sempat ke kuala perlis..jalan-jalan..cuba jugak makan laksa disana..

kalau zila suka makan laksa yang pekat kuahnya..tak minat sangat yang cair.tak payah makan mee pun tak apa asal dapat makan kuah dengan bahan sampingan pun dah ok sedapnya..kali ini zila buat kurang pedas sikit..memandangkan suami tak boleh makan pedas..jadi bila time nak makan memang kena tabur dengan hirisan cili padi lagi..bagi terangkat sikit..


Laksa perlis ikan sekoq
Bahan
1 kilo laksa beras
1 kilo ikan kembung
15 tangkai cili kering - gunting dan rendam air panas
10 biji bawang merah
2 biji bawang putih
5 tangkai cili merah
1 batang serai - diketuk
1 kuntum bunga kantan - dipotong 4
Asam keping secukupnya
Daun kesum secukupnya
100 gram belacan
Air secukupnya
Garam dan gula secukupnya

Bahan sampingan
7 ekor ikan kembung -direbus dan dijadikan ikan tambahan dalam laksa
1 biji timun - hiris
Bawang besar - hiris
cili padi - dihiris nipis
telur - belah dua
Limau nipis
nenas - jika suka

Caranya

  • Rebus ikan kembung bersama asam keping dan sedikit garam.
  • kluarkan ikan dan sejukkan,kemudian asingkan isi ikan dan tulangnya.
  • kisarkan isi ikan dengan air rebusan ikan..letak dalam periuk.
  • kemudian kisar tulang ikan dan tapis.masuk dalam periuk yang sama.
  • kisarkan bahan-bahan perencah.masukkan dalam periuk bersama isi ikan.tambahkan air.
  • masukkan asam keping kedalam kuah ikan.
  • masukkan daun kesum,serai,bunga kantan garam dan gula secukup rasa didihkan.
  • sediakan mangkuk dan masukkan laksa beras dan tabur bahan sampingan.
  • tuang kuah kedalam mangkuk dan letakkan seekor ikan kembung rebus.
  • sedia dihidang.


Wednesday, 24 June 2015

sayur chap chai





Pelengkap pada setiap hidangan makanan adalah sayuran.terasa janggal jika kita tinggalkan sayuran dalam menu harian.untuk mereka yang tidak menggemari sayur memang sangat rugi.

Hari ini teragak pulak nak memasak sayur mixcolour..campur beranika jenis jenis sayuran dalam satu kuali ..enak dan lengap dengan protein..digabungkan dengan udang dan sotong.walaupun hanya dengan bawang putih dan bawang merah tapi yang membuatkan rasanya lazat dan wangi adalah kerana adanya 

Maggi® CukupRasa™ masakkan yang biasa-biasa boleh menjadi luarbiasa lazat.


Bila bercerita tentang Maggi® sebenarnya rakyat malaysia tak boleh dipisahkan dengan produk ini.pelengkap hidangan disetiap rumah.
Maggi® CukupRasa™memang memudahkan kami sebagai ibu yang sentiasa menginginkan sesuatu yang mudah dan lazat..apabila makanan lazat seisi keluarga menjadi bertambah sayang..dan si anak pula akan sentiasa merindui air tangan ibunya.







walaupun saya tidak mempunyai anak perempuan ..tapi anak lelaki saya memang gemar masuk kedapur membantu saya memasak.selalunya memang kami masak bersama..sambil mendengar cerita beliau disekolah disamping tu dapat juga dia belajar memasak...banyak menu-menu mudah yang saya ajarkan padanya..ialah... untuk peringkat awal orang yang baru nak mengenal dapur.. memang kena masak yang simple dulu kan..lebih-lebih lagi budak lelaki.jadi saya perkenalkan  Maggi® CukupRasa™ kepadanya  sebagai bahan tambahan dalam masakkan..sebab ianya amatlah mudah .peroses memasak juga tak mengambil masa yang lama.




Selain sayur chap chai hari ini kami berdua nak memasak ayam goreng...dah lama juga kami tak buat ayam goreng,kali ini kami memasukkan Maggi®CukupRasa™ ke dalam perapan ayam.
.waalaaa memang terangkat..lazat..sebenarnya selain di taburkan kedalam masakkan ketika proses memasak  Maggi® CukupRasa™ juga boleh digunakan sebagai bahan perapan untuk ayam goreng..tambahkan juga sedikit serbuk kunyit kemudian goreng,selain itu untuk lauk berkuah juga sesuai digunakan..seperti kari ayam..cuma taburkan sahaja..cukup membangkitkan selera.

Anak-anak saya memang gemar makan sayur..terrsenyum lebar bila sayur chap chai terhidang dimeja..masing masing makan dengan penuh selera..tak menolak bila dihulurkan nasi tambah..suami saya pula memang kurang makan nasi..walaupun kami berlainan bangsa tapi bila disajikan lauk macamni dia tak menolak langsung..ratah macamtu tu pun enak.
walaupun nampak mudah tapi rasa puas dapat menggembirakan keluarga..kini saya sentiasa memastikan memasukkan Maggi® CukupRasa™ kedalam senarai dapur kami..



sayur chap chai Maggi® CukupRasa™

Bahan
1/4 lada benggala merah - hiris memanjang
10 biji cendawan butang - belah dua
6 biji tomato ceri - belah dua
10 tangkai sweet pea
300 gram bunga kubis bunga - potong kecil
1/2 batang lobak merah - hiris ikut suka
1 batang leek - potong pendek 
4 batang putik jagung - hiris serong
7 ekor udang segar - bersihkan
2 ekor sotong - potong kecil
1 biji bawang besar 
2 biji bawang putih
1 ketul fish cake - potong kecil
1/2 camca besar Maggi® CukupRasa™
sedikit air
sedikit daun bawang

caranya
  • Sediakan semua bahan dan cuci bersih
  • Hiris bawang merah dan bawang putih
  • Panaskan sedikit minyak dalam kuali,masukkan hirisan bawang putih dan merah..tumis sehingga sedikit kekuningan.
  • Kemudian masukkan cendawan butang,udang dan sotong,masak seketika tambah sedikit air.
  • Masukkan sayur-sayuran yang telah di bersihkan dan kacau rata..
  • kemudian masukkan Maggi® CukupRasa™ gaulakn rata dan tutup api.
  • Sedia dihidang.




Saturday, 20 June 2015

Roti Jhon - senonim dibulan puasa



Assalammualaikum
selamat menjalani ibadah puasa semua..alhamdulillah dua hari dah kita menjalani ibadah puasa..rasa memang tak letih sangat mungkin cuaca yang tak berapa panas sekarang ini..

di dalam kita menjalani ibadah puasa beberapa hari ini di tv masih lagi bercerita mengenai gegaran yang berlaku di sabah.gempa bumi sederhana bermagnitud 5.9 pada skala richter berlaku di ranau sabah pada 5 jun 7.15 pagi..dan yang terbaru pada 18 jun gempa bumi lemah yang bermagnitud 4.0 dirasai lagi di ranau sabah.
teruskan doa kita supaya bumi malaysia sentisa selamat..aman dan damai..jauhkanlah dari gempa bumi..tak dapat bayangkan kesukaran yang dihadapi..semoga penduduk yang terlibat sentiasa sabar menghadapi ujian allah..


Bersyukur kita masih dipanjangkan usia dipertemukan lagi dengan bulan ramadan ..boleh lagi melipatgandakan amalan kita untuk bekalan kita diakhirat kelak..diberi lagi peluang menikmati juadah enak ..round-round di bazar ramadan ..yang sememangnya syurga makanan untuk hidangan berbuka..

berbalik pada cerita roti jhon yang sememangnya jhon tak tau  he hee..
kalau bulan puasa roti jhon memang fames kan..sayalah antara penggemar tegar roti jhon..sekarang ini ada yang versi panjang..menarik betul..letak mayonis dan sos lebih errmmm..best.



Resepi simple masing-masing boleh buat sendiri dirumah,hasilnya lagi berbaloi dapat beberapa batang.puas makan anak beranak..untuk keluarga kecil macam zila memang cukup roti 5 ketul tu.. kalau beli dah beringit-ringit..
bulan puasa tahun ini memang pasang niat nak berjimat terutama sekali bab makanan..kalau boleh tak nak membazir..
yang untungnya buat sendiri ni kita boleh tambah mengikut selera masing-masing..daging lebih..sayur lebih pun boleh..ikut tekak kitalah kan.



Roti jhon
roti hotdog/roti panjang secukupnya
1 keping daging kisar - jenama ramly
1 biji bawang besar - didadu
2 biji bawang putih - didadu
1 ekor ikan sadin - dilenyek kasar
1 sudu besar rempah kari
1 sudu besar sos tiram
1/2 kiub pati ayam maggi
sedikit serbuk lada hitam
sedikit garam
sedikit daun bawang- potong 1/2 inci
kobis - diparut halus
karot - diparut halus
kepingan timun dan tomato segar
4 biji telur ayam
sedikit minyak untuk menumis

caranya

  • panaskan minyak,tumis bawang besar dan bawang putih hingga sedikit kekuningan.
  • masukkan rempah kari,sos tiram,kemudian masukkan daging kisar dan sardin yang teleh dilenyek kasar.
  • masak seketika hingga daging masak,kemudian masukkan pati ayam,lada hitam dan garam..angkat dan sejukkan.
  • sediakan roti..potong dua jangan putus.masukkan telur dan daun bawang kedalam daging yang telah dimasak tadi.gaul rata.
  • sediakan pan.panaskan dan letak sedikit bancuhan daging keatas kuali cukup untuk menutupi roti nanti..masak seketika..letakkan roti keatasnya..tekan sedikit supaya roti melekat dipermukaan daging.bila agak kekuningan angkat dan ketepikan.
  • susunkan tomato,timun,parutan karot dan kubis.letak sos mayonis dan sos cili.sedia dihidang.



Sunday, 14 June 2015

saji june 2015 - koleksi biskut hari raya


Assalammualaikum
bersua lagi..wahhh lama menghilang kan..semangat nak berbelog macam hilang ...he he heee..apa khabar sahabat zila semua..moga semuanye sihat sentiasa tau..

sebenarnya rindu sangat nak menulis disini..berkongsi resepi yang zila dah cuba disini..tapi tulah..kadang-kadang masa masa membatasi semuanya..kalau ada masa terluang mood malas pulak datang..ermmm alasan banyak betul..

Hari ini tak ada resepi yang nak dikongsikan..cuma nak ucapkan ribuan terima kasih pada majalah SAJI ..banyak kali memberi peluang dan ruang kepada zila.ok untuk kali ini 10 resepi biskut raya zila kongsikan untuk pembaca setia SAJI..selain resepi zila banyak resepi lain yang tak kurang menariknya untuk dicuba..pada sesiapa yang plan nak buat biskut sendiri tahun ni..haruss beli Majalah SAJI ..tak rugi.

Terima kasih untuk adik zana yang sentiasa offer akak..untuk majalah SAJI selamat ulang tahun yg ke 20 ..terima kasih juga sudi menjemput zila untuk acara minum petang di SALOMA BISTRO..maaf sangat-sangat tak dapat menghadirkan diri untuk kali ini..memang sedih sebab nak sangat pergi tulah kita merancang tuhan yang menentukan..semoga SAJI terus maju dan sentiasa memberikan sesuatu yang menarik kepada kami semua.


diantara 10 jenis biskut yang zila kongsikan di majalah SAJI.. sila beli majalah saji untuk mendapatkan resepinya ye..






Thursday, 16 April 2015

lala masak sos tiram


Assalammualaikum
lama dah rasanya tak kesini,blog sunyi tanpa kabar berita..manalah tuan rumah menghilang..macam sibuk sangat kan..

terima kasih pada sahabat yang sudi bertanya khabar,alhamdulillah zila sihat macambiasa..cuma agak pack sikit masa..sebab baby muhammad dah pandai mengacau..he hee biasalah budak tengah lasak..

sejak kebelakangan ini zila masak pun simple-simple sahaja.kata orang asal kenyang perut sudah..nak buat yang sedap-sedap memang kena tunggu hari sabtu atau ahad..ada orang take over jaga baby..bolehlah berexperimen sikit  didapur.



hari ini nak share menu simple lala masak sos tiram,jarang sebenarnya zila beli lala..tapi hariitu pergi pasar round-round tengok ikan semua tak menarik..nampak pulak lala nie..ramai orang vietnam beli..teragak pulak tetiba nak masak lala..masakkan macamni memang tak jadi lauk kalau kat rumah zila..masing-masing nak meratah jew..kompom memang kena stanby lauk lain untuk makan dengan nasi.


Lala Masak Sos Tiram
Bahan

½ kilo Lala
1 biji bawang besar                     
2 ulas bawang putih                    
1 inci halia                                              
5 biji cili padi - ikut kepedasan masing-masing    
1 btg serai - dititik
4 sudu sos tiram
2 sudu kicap pekat
½ cawan air 
secubit garam

Cara-cara
1.      Tumbuk bawang besar,bawang putih dan halia.tumiskan bahan-bahan yg ditumbuk dan serai sehingga kekuningan
2.     Masukkan lala dan air biarkan masak sehingga ia separuh terbuka
3.     Masukkan sos tiram, kicap dan garam
4.     Biarkan seketika dan kacau - masukkan cili hijau / merah sebagai penyeri
5.     Bila lala sudah masak angkat dan siap untuk dihidang.

Thursday, 19 March 2015

terima kasih saji mac 15


Assalammualaikum..
aishhh lamanya tak update blog kesayangan nie.
semenjak dua menjak nie mood malas lebih besar dari mood rajin..nak buat apa-apapun mood macam kelaut jew..eremmmm

sebenarnya dah nak sebulan majalah saji bulan mac berada dipasaran..zila dah dapatkannya lama dah..tapi nak update dan berkongsi disini yang lambat sikit..tak kisah lah kan ..kira aci jugak sebab masih dalam bulan mac..walaupun keluaran bulan april dan berada dipasaran..he heee



kali ini 10 resepi zila kongsikan di keluaran bulan mac..yang berkongsepkan segar..mudah..dan ringkas..
walaupun tajuk tu nampak senang ..tapi pening jugak nak mikir dan mencari idea supaya bertepatan dengan tema ..

buat adik zana dari majalah saji terima kasih banyak sebab memberi ruang untuk masakan akak memenuhi ruang SAJI..zila kongsikan juga disini sebagai tanda kenangan..






Monday, 9 February 2015

cheese cake


Assalammualaikum
hai jumpa lagi..apa khabar sahabat zila..sihat tak?..zila dah seminggu tak sihat..demam selsema..dan skrang nie tinggal batuk jew yang tak lagi reda..kata orang musim..anak zila muhammad pun demam jugak ..dah tiga hari demam..lemah jew..nak jalan pun melayang..
baby kecik kalau kena demam memang kesian..melepek jew..kita nak buat kerja pun tak senang..asik nak merengek ..

dah seminggu makan tak sedap..mood nak memasak yang sedap-sedap pun malas jew.errmmm..hari ini nak berkongsi resepi cheese cake..yang dah lama buat cuma tak berkesempatan nak share disini.biasa kalau buat cheese kek memang guna resepi ni..sebab macam kena jew dengan tekak..

mood nak ambil gambar pun malas..he he heee..hari ini sekeping jew tepek gambar cheesecake ..oklah sampai disini dulu,sambung lagi next entry ..selamat menjamu mata ye..salam sayang semua..


Bahan
250 gm krim cheese 
1 cawan gula halus 
3 biji telur 
3 sudu besar  tepung gandum 
1sudu teh esen vanila 
1 cup plain yogurt  
1 cawan Biskut oreo/marie yang dihancurkan 
3 sudu besar mentega

Caranya
Pukul krim cheese dengan gula dan plain yogurt sampai gebu 
Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi, masukkan esen vanila 
Masukkan tepung tadi dan pukul lagi. 

crust
Cairkan mentega dan bila sejuk sikit, gaul dengan biskut tiger/ biskut merry hingga boleh kepal. 
Padatkan dalam acuan dan simpan dalam peti sejuk lebih kurang 5-10 minit.
Keluarkan dan tuang aduan cheese  tadi. Untuk bakar. 
Bakar dengan cara waterbath iaitu tuang air panas dalam satu bekas, letak acuan yang ada cheese tadi dalam bekas berisi air dan bakar selama 50- 60 minit. 

Tip: nak elak bahagian kek merekah, tutup atas kek tu dengan aluminum foil. Bila dah siap, simpan dalam peti sejuk, cheese kek ni sedap dimakan sejuk. 
Hiaskan dengan toping kegemaran.

Wednesday, 4 February 2015

ikan rebus air asam



Assalammualaikum
bersua lagi..dah bulan feb..kejap betul..
sekarang nie zila jarang sikit masuk kedapur..kalau memasak pun sekarang banyak menu simple-simple jew..yang ringkas dan mudah..

kadang-kadang buat telur dadar jew..dengan sayur rebus sikit..mood nak memasak yang heavy macam kelaut jew..ha haa ..senang cerita malas la tu kan..

hari ini nak berkongsi masakan simple.budak kecik pun boleh buat..makan dengan nasi hangat memang bertambah kalau jumpa lauk macamni kan..
rebus ikan kembung..atau ikan jenis lain pun boleh..rebus dengan sedikit air..bila ikan dah masak angkat dan toskan.hiris tomato,cili padi,bawang besar ,daun ketumbar..campur kesemuanya..campurkan dengan air asam jawa..sedikit belacan bakar jika suka garam sikit..dan sedikit kerisik jika suka..perahkan air limau.dan tambahkan dengan air rebusan ikan jika suka...sedia dihidang..

bagi sesiapa yang nak berdiet lauk macamni memang sesuai..amalkan seminggu..insyaallah susut badan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang