Pages

Sunday, 19 July 2015

selamat hari raya 2015


Andai jemari tak sempat berjabat, andai raga tak dapat bertatap, seiring beduk yang menggema, seruan takbir yang berkumandang, ku aturkan salam menyambut hari raya Aidil fitri, jika ada kata serta kekilafanku membekas lara, mohon maaf zahir dan batin.
Assalammualaikum..
berjumpa lagi di syawal yang indah..
nak cerita apa raya-raya nie..alhamdulillah bertemu lagi dengan syawal 2015..masing-masing mesti sibuk beraya kan..jumpa kawan-kawan lama..menziarah sahabat handai..saudara mara ..time inilah baru dapat jumpa diorang..setahun sekali..kalau hari biasa memang susah sikit.jadi dikesempatan inilah kita mengiratkan siraturahim.


Bagi zila dan family hari raya tahun ini sama seperti tahun-tahun yang sudah..kami beraya dirumah emak..di kota tinggi johor.tahun ini pagi raya baru zila sampai kekampung..tak dapatlah memasak bersama adik dan akak ipar.seperti biasa hidangan pagi raya rumah emak..ayam masak kicap..ketupat dan rendang daging.

semenjak muhammad dah lasak ni susah sikitlah zila nak kedapur ..almaklumlah serba serbi nak di kacaunya..ambil oder kuih raya pun tak banyak tahun ni..minta maaf sangat-sangat pada sesiapa yang wassap zila nak oder bahulu gulung..memang tak sempat nak buat ..dan yang nak oder biskut raya pun terpaksa zila tolak separuh..maaf sangat-sangat yer..
kuih raya untuk rumah zila pun tak banyak jenis yang sempat zila buat..cuma ada tart gulung..biskut kacang dan samperit..yang selebihnya zila beli jew.

oklah sampai disini dulu untuk kali ini..
akhir kata..dengan rasa rendah diri zila minta maaf zahir dan batin pada semua sahabat blogger..pengunjung blog zila..sahabat fb ..wassup..maaf jika selama ini ada tingkah laku yang tak menyenangkan..kata-kata yang menyakitkan hati..dan penulisan zila yang boleh mengguris hati sesiapa..maaf zahir dan batin ye..kosong-kosong..

6 comments:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Selamat hari raya Zila :)

ilahjy said...

hai zila kim slm muhamad. ckp kat dia teruskan jgn pernah berhenti kacooo mama hikhikhikk

mama sara nur said...

selamat hari raya zila
maaf zahir batin

Rohah said...

Salalm lebaran kak..dah besar 2 bujang tu...cute

Ruzita's Kitchen said...

Assalamualaikum.. zila. Selamat Hari raya. Izin kan saya nak share link zila kat blog saya ya.
kepada pengunjun dapur maya zila, jemputlah bertandang ke dapur maya Ita di http://ruzitakitchen.blogspot.com

tiga lalat said...

salam singgah blog je ;p
maaf zahir batin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...