Pages

Tuesday, 3 November 2015

Roasted Chicken


Buat semua calon SPM 2015 dengan harapan dan doa agar anda semua dapat menjawab soalan dengan tenang.
Pesanan untuk anda 
1 Jaga kesihatan anda
2 Jaga makan dan minum anda. Makanlah makanan yang berkhasiat dan yang paling penting adalah halal.
3 Jangan mudah putus asa
4 Jangan lupa dekatkan diri kepada Allah SWT dengan melakukan solat lima waktu, solat-solat sunat seperti sunat hajat, sunat tahajut dan  sebagainya.
5 Selalu berdoa kepada Allah SWT supaya dipermudahkan segala urusan
6 Mohon maaf  dan  restu daripada kedua ibu bapa dan guru  sebelum datang ke sekolah dan masuk bilik peperiksaan
7 Jawab soalan ujian dengan teliti dan memahami betul-betul kehendak soalan yang ditanya serta mengikuti arahan dan peraturan-peraturan  semasa di dewan peperiksaan
8 Berusahalah dengan gigih untuk mendapat hasil yang cemerlang.
9 Bertawakkal kepada Allah SWT setelah berusaha dengan gigih.Semoga semuanya berjaya dan dapat melakukan yang terbaik. Amin


 
Bersua lagi..
Thyme dan Rosemarry dua herba popular dalam masakan.. timur tengah spanyol,portugis prancis, syria ..Turki dan juga negara lain.ianya merupakan bahan asas dalam masakan.
dimalaysia pun ramai yang mengemarinya..ada dijual kering dan segar.kalau nak cari yang segar banyak dipasaraya besar..



Variasi ayam bakar yang zila buat ..banyak kali kan..he heee tulah gambar banyak terperap dalam folder dah lupa kadang-kadang nak update..tapi yang pastinya kami sekeluarga memang peminat tegar ayam roasted.
Banyak versi sebernarnya roasted zila ni..kadang-kadang zila tambahkan paprika,kadang-kadang tambahkan jintan.tapi resepi asasnya seperti dibawah.resepi sama yang zila pernah kongsikan di blog ini pada 2012 tak silap disini


Selain dari carrot dan kentang tambahkan jagung pun boleh..ikutlah kesusaian masing-masing.kadang-kadang selera orang berbeza-beza kan.biasanya zila masak nasi berperisa tambahkan kismis banyak-banyak.. salad timun dan tomato serta sambal sikit.baru best nak makan.


Roasted Chicken

1/2 ekor ayam 
5 ulas bawang putih - digoreng dengan minyak olive kemudian ditumbuk
1 inci halia - ditumbuk
1 1/2 sudu besar rosemary kering 
2 sudu besar lada hitam - tumbuk halus 
2 sudu besar madu 
3 sudu besar gula perang 
1 kiub ayam 
1 biji lemon - hiris bulat
1 biji orange - hiris bulat
4 sudu besar olive oil 
Daun rosemarry segar dan daun thyme segar- secukupnya
Baby carrot dan kentang - direbus separuh masak

Cara membuatnya

  1. Bersihkan ayam dan ketepikan. 
  2. Campurkan semua bahan,kemudian lumurkan pada ayam. Susun ayam ke dalam dulang.
  3. Lebihan bahan lumur tadi, lumurkan pula pada kentang dan karot dan kemudian susun bersama ayam.Susun lemon dan daun rosemary dan thyme..Perap dalam 1 atau dua jam.
  4. Bakar pada suhu 200C selama 1 jam atau hingga masak. 





Thursday, 8 October 2015

Jagung bakar


Jagung merupakan salah satu sumber karbohidrat yang boleh menjadi makanan alternatif pengganti beras. Jagung termasuk salah satu jenis makanan yang mudah dikenali dari bentuk fizikalnya iaitu biji yang bewarna kuning dan berderet memanjang mengelilingi tongkolnya. Jagung bakar dan jagung rebus merupakan dua cara menjadikan jagung sangat nikmat untuk dimakan. Namun, disamping rasanya yang enak dan nikmat, jagung menyimpan pelbagai manfaat tersembunyi bagi kesihatan tubuh anda. 



Berikut ini 7 manfaat jagung bagi kesihatan tubuh anda:

Meningkatkan Kesihatan Organ pencernaan. 
Kandungan serat yang cukup tinggi dalam jagung dapat membantu proses pencernaan makanan lebih lancar. Oleh kerana itulah, pelbagai masalah atau gangguan pencernaan seperti susah buang air besar tidak akan menyiksa anda lagi.

Mengukuhkan Tulang Pada Tubuh Anda. 
Jagung ternyata mengandungi nutrisi seperti magnesium, besi, tembaga serta fosforus. Pelbagai nutrisi itulah yang dapat menutrisi tulang agar lebih kuat dan tidak mudah rapuh.

Menjadikan Kulit Lebih Awet Muda.
Antioksida yang melimpah dalam jagung dapat membantu menutrisi seluruh jaringan kulit di tubuh anda. Jadi, bagi siapapun yang berniat tampil fresh dan kelihatan lebih muda dari usia yang sebenarnya, jagung boleh menjadi salah satu kuncinya.

Menangkis Gejala Kurang Darah Atau Anemia.
Kepala pusing merupakan salah satu petunjuk bahawa seseorang terkena anemia. Jagung mempunyai kandungan vitamin B serta asam folat yang berfungsi mencegah anemia yang cukup berkesan.

Meningkatkan Kesihatan Organ Jantung anda. 
Jagung menyimpan nutrisi seperti vitamin C, karotenoid serta bioflavonoid yang berperanan dalam mengawal kadar kolesterol didalam darah serta meningkatkan peredaran darah dalam tubuh anda.

Menyihatkan Organ Penglihatan anda. 
Jagung mengandungi sumber beta karotena yang mana merupakan pembentuk vitamin A didalam tubuh anda. Jadi, konsumsilah jagung dengan batas yang normal untuk membantu mencukupi nutrisi yang diperlukan oleh organ mata anda.

Pencegah Diabetes Yang Cukup Berkesan. 
Kandungan fitokimia yang terdapat dalam biji jagung akan mengatur penyerapan serta pelepasan hormon insulin didalam tubuh anda. Inilah yang menobatkan jagung sebagai salah satu makananan yang berkhasiat tinggi untuk mencukupi keperluan nutrisi pada tubuh semua orang.



Bila berjalan dideretan pasar malam ..tak sah rasanya kalau tak membeli jagung bakar atau jagung rebus..menusuk lubang hidung bau mentega yang disapukan pada jagung bakar..ermm sedap..
salah satu makanan kegemaran zila,dulu masa zaman kanak-kanak suka teman emak pungut jagung.kami bukanlah ada kebun berekar-ekar cuma tanah belakang rumah emak tanam beberapa batas jagung,bendi,keledek dan kacang tanah.

seronok dapat memetik sayuran segar,jika ada lebih sayuran tu mak jual keliling rumah..semua tu tinggal kenangan sekarang terasa nak makan apa semuanya mudah,sedikan duit semuanya ada depan mata..

Bila membeli barangan dapur haritu terpandang jagung yang cantik giginya..rapat-rapat..beli beberapa ketul sebab teragak sangat nak makan jagung bakar.resepinya mudah sahaja,celurkan jagung seketika didalam air panas,angkat dan toskan,kemudian bakar jagung sehingga masak..zila suka makan yang kurang masak..rasa ranggup sikit.
sapu jagung dengan mentega,sapu dikeseluruhan jagung,taburkan serbuk cili dan sedikit garam,tabur rata..kemudian taburkan daun ketumbar yang telah dihiris halus.sedia dinikmati..
makan panas-panas baru sedap..


Monday, 28 September 2015

Granola bar


Dah sarapan?
Granola merupakan hidangan sarapan yang mudah disediakan.boleh dipanggil juga sebagai snack food bila-bila masa nak makan pun boleh,sebab ianya mengenyangkan.

Hidangan popular di barat merupakan campuran oat,buah-buahan kering,kekacang,coklat chip,badam dan madu,biasanya dihidangkan dalam bentuk bar atau lerai.


Lebihan dari oat buat biskut raya masih banyak sayang pulak dari terbiar macamtu,rajinkan diri sikit buat kudapan untuk anak dan suami.
proses penyediaan yang amat mudah.apa-apa kekacang yang ada di rumah tambahkan jew lah..zila tambahkan biji kuaci dan watermelon seed sebab masih banyak berbaki dirumah.


Bila adunan dah siap kalau malas nak bakar masuk dalam peti ais selama dua jam.tutup dengan aluminum foil.lepas dua jam keluarkan dan potong menjadi bar.bagi bukan pengemar oat boleh kurangkan kuantiti dan tambahkan dengan bubble rice atau pun corn flakes,tapi letak badam banyak banyak lagi sedap..



GRANOLA BAR

Bahan -bahan
1/2 cawan badam - dicincang kasar
2 1/2 cawan oat kasar
1/3 cawan madu
35 gram mentega
1/4 cawan gula perang
1/2 cawan cranberry kering
1/4 cawan coklat chip
sedikit esen vanilla
sedikit garam

Cara-caranya

  1. Sediakan loyang 4 segi  alas dengan aluminium foil dan sapukan majerin disekelilingnya.
  2. Satukan badam cincang dan oat kasar,bakar dalam lima minit suhu 180c.Angkat dan kacau,kemudian bakar lagi sehingga badam dan oat sedikit garing.
  3. Dalam bekas lain satukan butter dan madu,panaskan dan kacau sehingga cair dan likat.Masukkan gula perang dan kacau lagi sehingga likat.
  4. Campurkan adunan gula kedalam campuran oat dan badam,kacau rata.Tambahkan cranberries kering dan coklat chip.boleh tukar kepada biji kuaci atau buah-buahan kering yang digemari.
  5. Tuang kedalam loyang dan ratakan,basahkan tangan dengan sedikit air dan tekan supaya mampat.
  6. Tutup loyang dengan aluminum foil dan simpan dalam peti sejuk selama 2 jam.
  7. Jika suka boleh bakar dalam 10 minit.
  8. Keluarkan dan potong bentuk bar.


Wednesday, 23 September 2015

vietnamese spring roll


'Goi cuon' atau vietnam spring roll merupakan gulungan kertas beras 'banh trang'  atau rice paper iaitu hidangan tradisional rakyat vietnam,yang terdiri daripada sayur-sayuran segar udang dan isian yang digemari.

Pada 2011 vietnam spring roll menduduki tangga ke 30 dari 50 jenis masakkan paling sedap didunia.ia juga merupakan hidangan appetizer yang paling popular di restoran vietnam.


Biasanya ia dihidangkan bersama vietnam dipping sauce atau sos cair,tapi zila lebih suka makan bersama sos cili thai.. tambah kan sedikit air suam biar sedikit cair.

Isian dalamnya terpulanglah pada citarasa masing-masing..kadang-kadang zila tambahkan mangga  kacang tanah kasar dan carrot..bolehlah cuba sedap jugak .cara nak gulung pun mudah  cuma celupkan seketika dalam air ratakan semua permukaan rice paper biar semua terkena air..susun sayuran dan gulung.jangan risau sebab rice paper ni senang diolah.



Ada yang bertanya dimana zila dapatkan rice paper ni..biasanya ada dijual di tesco atau giant.mana-mana pasaraya pun ada sebenarnya sebab dah ramai yang suka buat spring roll nie..kalau yang duduk area jb kat pasaraya maslee pun ada ..cari dibahagian mee kering..pasti jumpa.

Dah beberapa hari pos pic vietnamese spring roll di instagram tapi malas betul nak menaip resepi disini..hari ini baru sempat share disni..semoga bermunafaat untuk semua..


Vietnamese spring roll

Bahan-bahan
Beberapa keping kulit rice paper
Udang segar - dicelur dan dibelah dua
Daun salad - secukupnya
Daun Pudina - secukupnya
Timun - dihiris memanjang
Daun Ketumbar - secukupnya
Daun Bawang - secukupnya
Suh hoon - dicelur dan toskan

Caranya
  1. Ambil sekeping rice paper celupkan seketika didalam air,balik balikkan supaya semua permukaan lembut.
  2. Kemudian angkat susun sayur-sayuran,lipat kiri dan kanan dan gulung sedikit,susunkan udang dan gulung sedikit lagi ,letak daun bawang biarkan sedikit terkeluar dan terus gulung sehingga habis.
  3. Sedia dihidang bersama sos pilihan.

Vietnamese Dipping sauce 'nuoc cham'
2 ulas bawang putih - cincang halus
2 sudu besar gula
1/2 cawan air suam
1/4 cawan sos ikan
1/4 cawan jus limau
2 sudu makan cuka 
lada cili kecil merah - secukupnya 1 atau 2 batang
daun bawang - hiris halus.

Tuesday, 15 September 2015

nak jugakk.....puding sedut..yummy



Puding sedut...
dah jadi demam puding sedut sekarang nie..kalau di vendor sebotol puding sedut berharga Rm 5.00..kalau bukak instagram memang popular puding ni lepas raya haritu..paling top disebelah utara..siap masuk surat khabar lagi..hebat betul penangan puding sedut nie kan..



Sedap rupanya puding sedut nie..patutlah glamerr....berbaloi kalau buat sendiri dirumah..dapat banyak jugak..budak-budak pun suka...tapi yang malasnya menunggu nak melapis colour tue..nak tunggu keras sikit ..zila kalau bab menunggu nie memang malas kalau boleh nak cepat siap jew..lagi-lagi muhammad dah stanby nak mengacau..alahaii lemah betul..


Zila buat 3 perisa ..oren,kopi dan strawberry..kalau rajin bolehlah buat berbagai perisa..kalau agak tak rajin buat satu perisa ..senang..tak payah nak menunggu lama..
tengok kak wan dan kak ita tayang puding sedut aritu..tak sabar nak merasa..alhamdulillah terlaksana jugak..



PUDING SEDUT ATAU PUDING SIRUK
Resepi oleh : Resepi Ringkas
Rujukkan : Citarasawan

1 sudu teh serbuk agar-agar
1000 ml air
1/2 cawan gula halus
1 cawan susu cair atau susu segar
1 cawan creamer atau coffemate atau susu tepung
1 sudu teh esen vanilla
pewarna makanan
esen makanan ~ strawberry paste / emulco , pandan paste / emulco atau lain-lain perisa

Caranya

  1. Satukan agar-agar, gula halus, susu tepung, susu segar, air dan vanilla ke dalam periuk.Kacau rata.
  2. Masak atas dapur hingga mendidih.
  3. Bahagikan adunan kepada beberapa warna yang di sukai dan letakan perisa
  4. Contoh ~ warna purple dengan perisa blueberry, warna hijau dengan paste pandan, warna kuning dengan pineapple dan pink dengan strawberry.
  5. Sediakan botol kaca secukupnya.Anda boleh buat 1 jenis untuk setiap botol atau jenis yang bercampur yang lebih di kenali dengan nama 'paddle pop'.
  6. Untuk adunan satu warna atau satu perisa, tuangkan dalam botol dan sejukkan
  7. Untuk adunan paddle pop pula, tuangkan 1 layer warna contoh hijau di bahagian dasar botol dan sejukkan.
  8. Bila dia dah mula mengeras, tuangkan pula lapisan yang lain dan lakukan proses yang sama hingga habis semua warna.
  9. Sejukkan dalam peti ais dan hidangkan dingin dengan straw.


Tuesday, 8 September 2015

dah dua tahun...


Assalammualaikum..
Diam tak diam dah besar  Muhammad..
sekejap betul masa berlalu..dah besar rupanya anak ibu..Pada 28.8.15 Muhammad Ahmad genap berusia dua tahun.tiada  sembarang sambutan yang zila buat..sebab kekangan masa terlalu sibuk masatu..
Sampai nak belikan kek pun tak sempat.



Moga anak ibu menjadi insan yang soleh,,cerdik dan pandai ..sentiasa membahagiakan ibu dan ayah..cemerlang didunia dan diakhirat..dipanjangkan usia dan dipermudahkan rezeki..
amin ya rabbal alamin.

Dah dua tahun nie semakin ligat lah muhammad..lasak sikit..nak ambik gambar masakkan pun agak terhad..almaklumlah semuanya nak di sentuh..kadang-kadang gambar tangan dia jelah..
gambar dia nipun semuanya tak nak pandang kamera..sebuk tengok tv sebenarnya tu..nak snap gambar yang cantik pun susah..asik berlari kesana kemari..ermm.



Ini lah beberapa keping yang dapat zila ambil dan kongsikan disini sebagai kenangan..gambar bawah tu bersama  selimut busuk kesayangannya..kalau tak ada tu mau menangis..sekarang ni muhammad dah sibuk nak menjawab talifon..mobile zila dah susah nak lekat kat tangan asik pada dia jewlah..entah apa yang dibebelkan pun tak taulah..kadang-kadang kelakar pun ada..tulahkan..budak sekarang ..semuanya cerdik..




Ok..last story..
Jutaan terima kasih buat majalah SAJI.. walaupun lambat sikit nak letak entry disini..beberapa masakkan zila memenuhi ruangan SAJI julai 2015..beberapa resepi masakan yang telah sedia ada didalam blog..

Buat adik ezanawaty terima kasih banyak-banyak..tak pernah jemu memplawa akak yer..zila kongsikan juga disini sebagai tanda kenangan ..terima kasih SAJI.


Sunday, 19 July 2015

selamat hari raya 2015


Andai jemari tak sempat berjabat, andai raga tak dapat bertatap, seiring beduk yang menggema, seruan takbir yang berkumandang, ku aturkan salam menyambut hari raya Aidil fitri, jika ada kata serta kekilafanku membekas lara, mohon maaf zahir dan batin.
Assalammualaikum..
berjumpa lagi di syawal yang indah..
nak cerita apa raya-raya nie..alhamdulillah bertemu lagi dengan syawal 2015..masing-masing mesti sibuk beraya kan..jumpa kawan-kawan lama..menziarah sahabat handai..saudara mara ..time inilah baru dapat jumpa diorang..setahun sekali..kalau hari biasa memang susah sikit.jadi dikesempatan inilah kita mengiratkan siraturahim.


Bagi zila dan family hari raya tahun ini sama seperti tahun-tahun yang sudah..kami beraya dirumah emak..di kota tinggi johor.tahun ini pagi raya baru zila sampai kekampung..tak dapatlah memasak bersama adik dan akak ipar.seperti biasa hidangan pagi raya rumah emak..ayam masak kicap..ketupat dan rendang daging.

semenjak muhammad dah lasak ni susah sikitlah zila nak kedapur ..almaklumlah serba serbi nak di kacaunya..ambil oder kuih raya pun tak banyak tahun ni..minta maaf sangat-sangat pada sesiapa yang wassap zila nak oder bahulu gulung..memang tak sempat nak buat ..dan yang nak oder biskut raya pun terpaksa zila tolak separuh..maaf sangat-sangat yer..
kuih raya untuk rumah zila pun tak banyak jenis yang sempat zila buat..cuma ada tart gulung..biskut kacang dan samperit..yang selebihnya zila beli jew.

oklah sampai disini dulu untuk kali ini..
akhir kata..dengan rasa rendah diri zila minta maaf zahir dan batin pada semua sahabat blogger..pengunjung blog zila..sahabat fb ..wassup..maaf jika selama ini ada tingkah laku yang tak menyenangkan..kata-kata yang menyakitkan hati..dan penulisan zila yang boleh mengguris hati sesiapa..maaf zahir dan batin ye..kosong-kosong..

Friday, 10 July 2015

menu berbuka kami - ayam kremes

Asssalammualaikum
bersua lagi ..tnggal beberapa hari lagi menghampiri syawal..ramadan akan ditinggalkan pergi..terasa pantas benar ianya berlalu..


hari ini nak share menu berbuka lagi .resepi biskut raya menggu depanlah ea..he hee..entah puasa yang keberapa zila buat ..hidangan mudah sahaja. nasi putih,gorengan tahu dan tempe,timun dan sambal nasi penyet.berserta sago gula melaka sebagai pencuci mulut...suami zila minat sangat makan nasi penyet..tapi sambal nasi penyet memang tak boleh nak buat pedas-pedas..ermm nanti tak disentuhnya pulak.
aritu tengok kak ummi kuantan buat ayam kremes..terasa teringin pulak nak buat..ayam kremes sememangnya popular dinegara jiran kita indonesia..bagi kita orang malaysia kremes dipanggil serdak.




ada yang hanya menggunakan tepung beras sahaja..ada pula yang menambah campuran tepung ubi..bila kita menambahkan tepung ubi kremes kita akan menjadi lebih cantik..ada macam sarang-sarang macamtu..tapi jangan campur tepung ubi terlalu banyak..nanti kremes jadi keras pulak.



Ayam kremes
Sumber : dunia internet

Bahan
1 ekor ayam - potong 10
¼ liter air

Bahan untuk membuat kremes
3 sudu makan tepung ubi
1 sudu makan tepung beras
1 biji telur
5 buah bawang merah-ditumbuk
½ sudu teh garam
¼ liter air - lebih sedap menggunakan stok ayam

Bahan dikisar halus
12 biji buah keras
8 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
2 cm halia - diketuk
2 sudu teh ketumbar - disangai
2 sudu teh garam

Cara 

  • Rebus ayam yang telah dibelah dan dibersihkan. rebus bersama bahan kisar hingga empuk, setelah itu angkat.

  • Bersihkan bumbu yang melekat pada ayam tersebut, bumbu tersebut akan digunakan untuk campuran membuat kremes.

  • Setelah dibersihkan goreng ayam dengan api sederhana(lebih baik terendam minyak ayam tersebut), tunggu hingga warnanya menjadi kekuningan (kering). Lalu angkat, dan toskan.
  • Membuat kremes
  • Campurkan bahan kremes
  • campurkan sisa bumbu yang melekat pada ayam tadi,gaul sampai rata.
  • goreng adunan menggunakan kuali yang tak lekat, sendukkan adunan kedalam kuali panas hingga garing,angkat dan toskan.

  • letak ayam yang sudah digoreng tadi diatas pinggan, taburkan kremes diatasnya.

olahan .
kalau nak celupkan ayam dalam tepung kremes pun boleh..kemudian digoreng.


Tuesday, 7 July 2015

menu berbuka kami - nasi ayam hainan

Alhamdulillah ..bersua lagi hari ini..
Terima kasih pada sahabat-sahabat yang mengirim doa dan ucapan yang tak putus-putus ..baik di Facebook whatapps..kawan-kawan group ..rakan karib dan family..syukur pada Allah masih diberi umur yang panjang..dikelilingi orang yang baik-baik..diberi kesihatan yang baik..dan moga sentiasa dipermudahkan rezeki dan dipanjangkan lagi usia untuk menambah lagi amalan didunia dan diakhirat..aminn.

Dah nak menghampiri pertengahan ramadan kan..rasa macam cepat sangat masa berlalu..kadang-kadang tak perasan dah petang..setiap hari bila fikir menu berbuka memang pening..almaklumlah bila hari-hari mengadap dapur..idea nak memasak pun macam kelaut giteww.

nasi ayam hainan ini bukan menu semalam..tapi dah buat beberapa hari lepas..tak sempat nak menulis disini,,tu yang simpan jew gambar-gambar masakan..bila free bolehlah update slow-slow..cara penyediaan nasi ayam hainan memang mudah..ayam cuma direbus sampai empuk kemudian direndam sekejap dalam air sejuk..masak nasi dan buat sambal..makan bersama hirisan timun dan tomato segar..memang senang..
bagi zila nasi ayam yang paling penting adalah nasi dan  sambalnya..kalau nasi sedap..lembut ..sambal pulak sedap tak rasa maung dan tak berapa pedas sangat memanglah ..bertambah-tambah nasi ..
air pulak zila sediakan air bandung..tambah biji selasih sikit..dan ice cream soda..alhamdulillah cukuplah untuk kami berbuka..kalau mood rajin adalah sejenis kuih atau puding zila buat..bila malas..memang makanan utama sahaja terhidang..



Nasi ayam hainan
sumber :Resepi raidah
olahan : zila4ever.blogspot.com

Bahan untuk rebus ayam
1 ekor ayam
Air - cukup untuk tenggelamkan ayam
sedikit garam
sedikit serbuk pati ayam
2 inci halia - diketuk
3 biji bawang putih - diketuk

Cara 

  • Sediakan periuk ..letak air, garam,bawang putih dan halia yang diketuk tunggu sehingga air mendidih.
  • kemudian masukkan ayam,masak anggaran 30- 40 minit. Angkat dan toskan.
  • kemudian rendam ayam di dalam air ais selama lebih kurang 10-15 minit. 

p/s
Cucuk peha ayam untuk tahu jika sudah masak. Ayam tidak boleh direbus terlalu lama takut dagingnya tidak sedap jadi, pandai-pandailah untuk agak. Jika tidak berdarah,bolehlah angkat ayam dan toskan airnya. Biarkan ayam betul-betul sejuk baru dipotong kalau tidak takut dagingnya hancur.


Untuk nasi
3 cawan beras
5 cawan air rebusan ayam - jika beras lembut kurangkan airnya bergantung pada jenis beras.
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1 inci halia - ditumbuk
1 sudu besar minyak masak
beberapa keping kulit ayam
1 paket penumis
setengah sudu kecil lada sulah-ditumbuk halus
2 helai daun pandan-disimpul

Cara 
  • Beras dibersihkan kemudian ditoskan.
  • Panaskan minyak dan kulit ayam, masukkan penumis,bahan-bahan tumbuk kemudian goreng hingga wangi.
  • Masukkan beras, goreng beras sebentar baru masukkan air rebusan ayam dan daun pandan.
  • Tanak sehingga masak.

Untuk sup
Air rebusan ayam
Daun sup - dihiris
Bawang goreng
sedikit kiub ayam

Cara
Air rebusan ayam tadi dididihkan. tambahkan kiub ayam dan tambah sedikit air lagi jika suka. Hidangkan bersama hirisan daun sup dan bawang goreng.



Untuk sos cili

4 batang lada merah besar

7 biji cili padi hijau - cili kecil
1 inci halia
2 ulas bawang putih
1 sudu besar gula-agak-agak kemanisan yang diingini
2 sudu besar jus limau nipis
2 sudu  sos cili thai
sedikit air rebusan ayam
sedikit kiub ayam

Cara
1. Kisar lada merah,cili hijau, halia,bawang putih dan jus limau.
2. Masakkan dalam periuk. Masukkan gula,garam,sedikit kiub ayam dan sos thai.masak sehingga sedikit pekat.

Untuk sos kicap
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
3 sudu besar kicap manis
5 sudu besar air rebusan ayam
1 sudu besar gula

Cara 
Campurkan semua bahan dan masak di atas dapur sehingga mendidih.

Bahan sampingan
1 batang timun - dihiris
2 biji buah tomato - dihiris
Salad - dihiris
Bawang goreng ~ ditabur di atas nasi dan di dalam sup
Minyak bijan - sapukan ke atas ayam yg telah dipotong.


Air bandung soda

sirap rose
Susu segar
sedikit air gula
kiub ais
biji selasih  - direndam seketika dgn air suam
ais cream soda
campurkan semua bahan..goncang biar sedikit berbuih jika suka..

Thursday, 25 June 2015

laksa perlis ikan sekoq


Assalammualaikum
bila mood rajin nak berblog macamnilah..
bila bulan puasa macamni tengok apa pun sedap..tgok apa pun rasa macam teringin sangat nak makan..hari minggu lepas mengemas majalah lama..nampak pulak resepi laksa nie..kalau hari biasa laksa memang malas sangat nak buat..sebab masing-masing nak makan nasi jew.

laksa memang terkenal di bahagian utara..tak sah rasanya kalau x menikmati semangkuk laksa bila dah sampai ke utara..tapi tak semua laksa yang dijual tu sedap..kena tengok gerainya jugak..cuti hari raya cina yang lepas zila sempat ke kuala perlis..jalan-jalan..cuba jugak makan laksa disana..

kalau zila suka makan laksa yang pekat kuahnya..tak minat sangat yang cair.tak payah makan mee pun tak apa asal dapat makan kuah dengan bahan sampingan pun dah ok sedapnya..kali ini zila buat kurang pedas sikit..memandangkan suami tak boleh makan pedas..jadi bila time nak makan memang kena tabur dengan hirisan cili padi lagi..bagi terangkat sikit..


Laksa perlis ikan sekoq
Bahan
1 kilo laksa beras
1 kilo ikan kembung
15 tangkai cili kering - gunting dan rendam air panas
10 biji bawang merah
2 biji bawang putih
5 tangkai cili merah
1 batang serai - diketuk
1 kuntum bunga kantan - dipotong 4
Asam keping secukupnya
Daun kesum secukupnya
100 gram belacan
Air secukupnya
Garam dan gula secukupnya

Bahan sampingan
7 ekor ikan kembung -direbus dan dijadikan ikan tambahan dalam laksa
1 biji timun - hiris
Bawang besar - hiris
cili padi - dihiris nipis
telur - belah dua
Limau nipis
nenas - jika suka

Caranya

  • Rebus ikan kembung bersama asam keping dan sedikit garam.
  • kluarkan ikan dan sejukkan,kemudian asingkan isi ikan dan tulangnya.
  • kisarkan isi ikan dengan air rebusan ikan..letak dalam periuk.
  • kemudian kisar tulang ikan dan tapis.masuk dalam periuk yang sama.
  • kisarkan bahan-bahan perencah.masukkan dalam periuk bersama isi ikan.tambahkan air.
  • masukkan asam keping kedalam kuah ikan.
  • masukkan daun kesum,serai,bunga kantan garam dan gula secukup rasa didihkan.
  • sediakan mangkuk dan masukkan laksa beras dan tabur bahan sampingan.
  • tuang kuah kedalam mangkuk dan letakkan seekor ikan kembung rebus.
  • sedia dihidang.


Wednesday, 24 June 2015

sayur chap chai





Pelengkap pada setiap hidangan makanan adalah sayuran.terasa janggal jika kita tinggalkan sayuran dalam menu harian.untuk mereka yang tidak menggemari sayur memang sangat rugi.

Hari ini teragak pulak nak memasak sayur mixcolour..campur beranika jenis jenis sayuran dalam satu kuali ..enak dan lengap dengan protein..digabungkan dengan udang dan sotong.walaupun hanya dengan bawang putih dan bawang merah tapi yang membuatkan rasanya lazat dan wangi adalah kerana adanya 

Maggi® CukupRasa™ masakkan yang biasa-biasa boleh menjadi luarbiasa lazat.


Bila bercerita tentang Maggi® sebenarnya rakyat malaysia tak boleh dipisahkan dengan produk ini.pelengkap hidangan disetiap rumah.
Maggi® CukupRasa™memang memudahkan kami sebagai ibu yang sentiasa menginginkan sesuatu yang mudah dan lazat..apabila makanan lazat seisi keluarga menjadi bertambah sayang..dan si anak pula akan sentiasa merindui air tangan ibunya.







walaupun saya tidak mempunyai anak perempuan ..tapi anak lelaki saya memang gemar masuk kedapur membantu saya memasak.selalunya memang kami masak bersama..sambil mendengar cerita beliau disekolah disamping tu dapat juga dia belajar memasak...banyak menu-menu mudah yang saya ajarkan padanya..ialah... untuk peringkat awal orang yang baru nak mengenal dapur.. memang kena masak yang simple dulu kan..lebih-lebih lagi budak lelaki.jadi saya perkenalkan  Maggi® CukupRasa™ kepadanya  sebagai bahan tambahan dalam masakkan..sebab ianya amatlah mudah .peroses memasak juga tak mengambil masa yang lama.




Selain sayur chap chai hari ini kami berdua nak memasak ayam goreng...dah lama juga kami tak buat ayam goreng,kali ini kami memasukkan Maggi®CukupRasa™ ke dalam perapan ayam.
.waalaaa memang terangkat..lazat..sebenarnya selain di taburkan kedalam masakkan ketika proses memasak  Maggi® CukupRasa™ juga boleh digunakan sebagai bahan perapan untuk ayam goreng..tambahkan juga sedikit serbuk kunyit kemudian goreng,selain itu untuk lauk berkuah juga sesuai digunakan..seperti kari ayam..cuma taburkan sahaja..cukup membangkitkan selera.

Anak-anak saya memang gemar makan sayur..terrsenyum lebar bila sayur chap chai terhidang dimeja..masing masing makan dengan penuh selera..tak menolak bila dihulurkan nasi tambah..suami saya pula memang kurang makan nasi..walaupun kami berlainan bangsa tapi bila disajikan lauk macamni dia tak menolak langsung..ratah macamtu tu pun enak.
walaupun nampak mudah tapi rasa puas dapat menggembirakan keluarga..kini saya sentiasa memastikan memasukkan Maggi® CukupRasa™ kedalam senarai dapur kami..



sayur chap chai Maggi® CukupRasa™

Bahan
1/4 lada benggala merah - hiris memanjang
10 biji cendawan butang - belah dua
6 biji tomato ceri - belah dua
10 tangkai sweet pea
300 gram bunga kubis bunga - potong kecil
1/2 batang lobak merah - hiris ikut suka
1 batang leek - potong pendek 
4 batang putik jagung - hiris serong
7 ekor udang segar - bersihkan
2 ekor sotong - potong kecil
1 biji bawang besar 
2 biji bawang putih
1 ketul fish cake - potong kecil
1/2 camca besar Maggi® CukupRasa™
sedikit air
sedikit daun bawang

caranya
  • Sediakan semua bahan dan cuci bersih
  • Hiris bawang merah dan bawang putih
  • Panaskan sedikit minyak dalam kuali,masukkan hirisan bawang putih dan merah..tumis sehingga sedikit kekuningan.
  • Kemudian masukkan cendawan butang,udang dan sotong,masak seketika tambah sedikit air.
  • Masukkan sayur-sayuran yang telah di bersihkan dan kacau rata..
  • kemudian masukkan Maggi® CukupRasa™ gaulakn rata dan tutup api.
  • Sedia dihidang.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang