Sementara masih dibulan Syawal kita poslah cerita raya serba sedikit..
Disebabkan raya tahun ini tak berkumpul adik beradik maka buat jugaklah ketupat nasi untuk keluarga Bagi saya macam hilang suasana raya kalau tak jumpa ketupat..kadang tak buat tapi jiran kiri kanan ada yang memberi ..jadinya dapatlah merasa.
Kali ini terasa ada sedikit kerajinan nak buat video langkah demi langkah buat ketupat.ikutkan memang malas nak buat video yang lecehnya bahagian mengedit tu..makan dua tiga hari jugak kalau nak mengedit video ni..kadang raw video dah siap tapi mood nak mengedit tak datang..so terperap terus video..
Bab yang paling suka tengok bila ketupat siap digantung di grill tingkap macamtu..hilang rasa penat lelah menganyam sesorang..bila dah tergantung macamtu tinggal amik bila dah sejuk pastu potong..
Kali ini berbuka pada hari terakhir berpuasa siap dah hidangan ketupat dan sayur lodeh berserta rendang ayam..esoknya baru sempat buat sambal tumis udang..nak sekali arung tapi rasa tak sempat pulak,almaklumlah sambal kan kena masa betul baru rasa sedap..tak boleh nak terkejar kejar nanti jadi tak kena pulak rasa.
so dalam video ni tak dapatlah nak share sambal udang..hanya sayur lodeh dan rendang je yang inteprem.
Selit sikit gambaar raya PKP 3.0 ..buat kenangan sendiri.paling seronok tengok anak-anak bergambar..muhammad jew tak suka kalau nak suruh bergambar..paksa baru onzz.itupun ikut suka dia jewlah gaya.
Petang raya pertama kita ronda bandar jb sekejap,saja pusing-pusing nak beraya rumah orang memang tak boleh kan..walaupun jiran depan rumah ..hanya borak dari jauh je yang mampu.
Oklah itu jew cerita raya kali ini..walaupun bersama keluarga sendiri tapi tetap meriah je rasa.
ketupat Nasi
1.Beras - jangan guna beras basmathi ye..guna beras yang berkanji.
2. Isi beras yang telah dicuci pada kelongsong ketupat,isi separuh kelongsong.
3.Rebus hingga 4 jam jika guna periuk biasa.1 jam setengah jika guna prassure cooker.
4.Masuk sedikit garam semasa merebus.dah masak angkqt dan bilas guna air masak. sejukkan baru potong.
Lepas Raya sambung lagi puasa enam..disebabkan tahun ini raya pun ala-ala jew ..merentas Daerah dan Negeri tidak dibenarkan kita duduk je rumah dan bolehlah ganti puasa dan buat puasa enam terus kan.
Bila semua ada dirumah seronok buat makanan untuk diaorang,bila dah hidang sekejap je hilang.
Aritu masa berbuka puasa sempat buat popia.kali ini tukar inti dalam tu guna pisang dan Mango filling dari Fruittose Malaysia.Sedap jugak bila pisang dan Mango digabungkan bersama,ada rasa masam mango dan lemak manis pisang,laju jew diorang makan panas-panas.
Filling Mango dari Fruittose ni sedap,tak manis..dan kandungan 85 peratus buah dalam tu memang menjadikan filling ni istimewa,rasa rangup kulit popia dan filling mango tu memang sedap.tak rugi buat.
Boleh ke blog Fruttose Malaysia FB dan Instagram untuk anika resepi percuma.Banyak contoh hidangan yang dikongsikan oleh Fruittose untuk dicuba.semuanya tak mengecewakan sedap dan simple.
Popia mango dan pisang
Kuit Popia secukupnya Pisang Filling Mango Bancuhan tepung gandum untuk buat gam.
Caranya
Sediakan kulit popia,letah hirisan pisang dan inti mango,lipat seperti biasa kita buat popia tu. Sapukan bancuhan tepung gandum dan lipat kemas. Goreng hingga masak kekuningan,angkat dan toskan.sedia dihidang.
Dah 15 hari kita berpuasa,rasa sekejap betul..rasa macam baru jew awal Ramadhan ..pejam celik dah setengah bulan berpuasa.
Ada yang dah start buat kuih raya nampaknya kan,tahun ni agak lemau nak buat kuih sendiri..tengoklah nanti paling tidak sejenis dua memang buat jugak tiap tahun..Tak beria sangat nak buat cuma saja melayan anak-anak ..biar diorang rasa seronok tolong buat kuih raya.
Ok nak cerita fruttose filling ni pulak,
Aritu dapat kiriman filling strawberry dari fruttose Malaysia..Aritu dah merasa 2 filling dari fruttose raspberry dan blueberry,kalini nak rasa yang strwberry pulak.
Bila bukak jew nampak sebiji-sebiji filling strawberry dalam dia..wahh puasati ada strawberry gemuk-gemuk.
Memandangkan bulan puasa,saya buat strudel strawberry ni untuk berbuka,gembira Muhammad bila terhidang strudel atas meja..
Sedap filling strawberry ni bila digabungkan dengan fresh krim.cara nak buat strudel ni senang sangat.
Hanya guna puff pastri..potong dua pastry puff yang segi empat keciktu,lepastu cucuk sikit permukaan dia dengan garpu..bakarlah sampai garing.,ok lepastu dah sejuk paipkan fresh cream..letaklah filling strawberry tu sikit..dan letak starwberry fresh atas dia..tabur sikit snow powder..siap..
Filling dari fruttose ni boleh buat macam-macam,kalau nak buat ice cream pun boleh..memang lain filling ni dari yang kedai bakery tu jual..lelagi untuk filling cheese tart memang sesuai sangat guna ni.boleh ke laman wab fruttose Malaysia ye jika nak tau lebih lanjut mengenai produk ni.dan disertakan jugak resepi dan contoh masakkan yang mengunakan filling fruttose ni.
Selamat menjalani ibadah puasa,gitu gini dah masuk seminggu kita berpuasa ..cepat je rasanya.
Tahun ini Muhammad baru start belajar puasa,nampaknya ok je masih tak ponteng lagi..tapi kena melayan jugaklah time dia berbuka..bila ke bazar banyak pulak yang dia teringin.
Iqbal anak yang sulung tak balik time awal puasa aritu,sampai nak dekat raya nanti baru balik,call jugaklah anak bujang tu tanya macamna berbuka dan bersahur..ok jew katanya..buka dekat masjid ..kadang beli ..ikut suka dia sebab duduk hostel kan..nak memasak memang tak bolehlah kan.
Suami masih sama seminggu sekali balik,masih kena amik surat merentas negeri jugak..dan kami berbuka berdua jewlah dengan Muhammad dirumah ni.
Ok cerita Nasi Dagang Terengganu.
Dapat kiriman 2 pack set lengkap nasi dagang untuk review aritu.Alhamdulillah dapat merasa nasi dagang terengganu buatan sendiri..nak buat nasi dagang bukannya susah sangat kan ..cuma agak renyah bab nak masak nasi dia tu ..kena kukus ..gulai dan acar tu senang je kan.Bila siap semuanya rasa penat lelah didapur hilang,sedap rupanya gulai nasi dagang tengganu ni..rempah dia sedap.
Next time kalau nak buat lagi boleh order.memang recomended .
Nasi Dagang Ganu
1.Basuh dan rendam beras 2 jam.
2.Kukus beras hingga separuh masak.
3.Angkat beras dan gaulkan dengan santan cair hingga sebati.
4.Kukus semula beras hingga masak.
5.Angkat dan gaulkan dengan 1 gelas santan pekat yang dicampur dengan sedikit garam.
6.Kemudian kacau rata nasi dagang bersama halia,halba dan bawang merah yang dimayang halus.
7.Untuk mengelakkan nasi dagang cepat basi kukus sekali lagi selama 5 - 10 minit.
8.Sedia dihidang.
Gulai Ikan Nasi Dagang Ganu
Bahan kisar A
4 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 inci lengkuas
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
Bahan B
Ikan tongkol yang direbus bersama 4 keping asam keping,garam dan sedikit air.
1 senduk minyak masak.
1 senduk cili kisar
1 sudu besar kerisik
1 keping gula melaka
1 asam keping
Santan cair
Air rebusan ikan tongkol
1 paket rempah gulai nasi dagang - dibancuh dengan sedikit air
10-15 biji cili padi.
Sedikit garam.
Caranya
1.Panaskan minyak,masuk cili kisar dan tumis hingga naik minyak.
2.Masukkan bahan A ,rempah gulai dan tumis lagi hingga naik minyak sekali lagi.
3.Masukkan santan cair,gula melaka,kerisik,asam keping,air rebusan ikan dan garam.masak hingga mendidih.
Beberapa hari tak menjengah blog,macam sibuk nau rasa..bila anak cuti seminggu emak pun turut rasa rehat sikit. malas pulak arini nak kongsi masakkan.letak video pasar tani yang biasa kami kunjungi,tapi masa ni PKPB so yang berniaga macam kurang sikit.
Selalunya tujuan kesini mencari ikan,ayam kampung dan kadang ikan patin..mencari jugaklah keledek,sayur dan ulam kampung..
Kalau makanan jarang beli ..cuma kadang beli putu piring untuk suami.
kejap kan tak lama lagi nak puasa dah,semalam dapat berita pemergian seorang sahabat lama,kawan masa kecik..kawan main baling selipar ..mandi paya..terasa baru jew dia masej di whatsapp katanya sihat je..borak jugaklah gitu gini..kisah anak dll..tetiber selang beberapa minggu dia pergi buat selamanya..
Baru plan raya ni kami nak berjumpa,dia tinggal di kemaman,dan tak selalu balik ke kampung.so raya biasanya waktu yang sesuai kalau nak jumpa kawan kampung..tapi Allah lebih meyayanginya..malam tadi agak sukar nak lelap mata,.terimbau kenangan lama masa kami sama membesar di tanah Rancangan Felda..semuanya indah ..kini hanya tinggal kenangan yang tersimpan diingatan..Alfatehah.
Ok cerita Apam nasi
mencari di folder gambar apam nasi yang di snap beberapa bulan lalu..tapi tak jumpa..sebab banyak sangat gambar,,lepastu tak letak pulak nama dekat file..tu yang susah nak jumpa..tak pewlah share video dulu..nanti kalau dah jumpa saya share gambar pulak..
Kali ini mencuba resepi dari orang yang berniaga apam..bila orang dah kongsi resepi kena cuba jugakkan sebagai menghargai apa yang dia kongsi..ok buh resepi tu disini bagi rujukkan anak cucu nanti.
Resepi Apam snow white /Apam nasi/Apam beras
By @zila_norazila
Bahan
1 cawan nasi
2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula pasir
1 1/2 cawan air
3 sudu kecil yis kering
2 sudu kecil minyak masak
Sedikit garam
Sedikit pewarna jika suka
Kelapa parut dikukus sekejap.
Caranya
1.Kisar nasi dengan 1 cawan air dahulu,bila dah hancur tambah lagi 1/2 cawan air,kisar halus.
2.Satukan tepung gandum,tepung beras,gula ,yis kering dan minyak kedalam nasi blander tadi.gaul rata dsn rehatkan setengah jam.
3.Bila dah kembang kacau adunan,sapu acuan kegemaran dengan minyak,supa tak melekat apam kita di acuan nanti.
4.Isi 3/4 penuh kedalam acuan.kukus 20 minit..alas tudung pengukus dengan kain..supaya air tak menitik di kuih.
5.Dah masak angkat dan hidangkan bersama kelapa parut muda.
English
Recipe Steamed rice cupcake/Apam Nasi
By @zila_norazila
Ingredients
1 cup rice
2 cups rice flour
1/2 cup whole wheat flour//all purpose flour
1/2 cup granulated sugar
1 1/2 cups water
3 teaspoons dry yeast
2 teaspoons cooking oil
Salt for taste
Food colouring (optional)
Grated coconut - steamed for a moment.
Instraction
1.Blander rice with 1 cup of water first, when it is crushed add another 1/2 cup of water, grind finely.
2. Combine all purpose flour, rice flour, sugar, dry yeast and oil into the blander rice. Mix well and rest for half an hour.
3. When the dough is fluffy, rub your favorite mold with oil, so that it does not stick to the mold.
4.Fill 3/4 full into the mold. Steam for 20 minutes..wipe the steamer lid with a cloth..so that water does not drip on the cake.
Jomlah layan roti jala yang sempat dihidangkan untuk anak -anak haritu,ikutkan lauk kari tu memang nak makan dengan nasi,tapi ambil kesempatan menjala sikit buat cicah dengan kari..
Stock bunga telang pun banyak kita gunakan jewlah,walaupun warna agak kusam tapi rasa tetap sama colour je yang beza.
Video diatas akak buat setengah adunan ya.
Bahannya
1 kg tepung gandum
2 biji telur
1 cawan susu cair
150ml minyak masak
1600ml air bunga telang/Bunga telang kering rendam dengan air panas dulu..
Sedikit garam
Cara
Satukan semua bahan kisar hingga sebati..rehatkan dalam 15minit.
(guna pan non stick..jika guna kuali leper yang masak daging burger tu leser sedikit minyak masak pada kiraian yg pertama..yg seterusnya tak perlu sapu minyak.
Tips penting...jika tempahan banyak dan cust nak pagi..boleh kirai malam..jam 10mlm dah bleh mula..siap jer kirai biarkan roti jala betul2 sejuk baru tutup bekas (anginkan bawah kipas) inshaAllah lambat basi..
Hari ini merayap dekat Toppen saja nak pergi makan lepastu pusing jugaklah dalam ikea,entah ikutkan bukan nak cari apa sangat pun.saja cuci mata,tengok jugaklah kot ada barang yang menarik mata.terbeli jugak gitu gini seratus ringgit...ermm biasalah orang perempuan kalau tak membeli memang tak sah..ha haa.
Minggu ni kecoh jugaklah emak bapak risau bila covid dah mula menyerang pelajar sekolah Muhammad.Murid tahun 3 sama sesi petang dengan Muhammad..parents ramai yang berkira-kira nak meneruskan hantar ank ke sekolah ataupun tidak..
Rasa lengang sikit waktu tengahari dan petang masa nak menghantar dan mengambil Muhammad,ikutkan hanya murid yang terbabit je dapat cuti hingga 26 haribulan ni.mungkin ada sesetengah ibubapa lain pun turun risau dan cutikan anak dulu dari bersekolah.
Ok cerita Sago gula melaka.
Menu ni kira macam kegemaran keluarga jugaklah.kalau buat ni memang suami ulang alik makan sampai habis dikerjakan..minat sungguh dia dengan gula melaka.Aritu ada dapat kiriman gula melaka asli dari Terengganu.besar dan lebar gula dia ..nampak menarik dan bersih..maka trylah guna gula nie.
Sagu gula melaka kalau kita campur dengan fresh fruit atau fruit dalam tin memang sedap sangat.lagi bila dihidang sejuk...kan..
Sago Longan Gula Melaka
By @zila norazila
Sagu 1 cawan -(guna cawan matrik/kalau guna cawan biasa pun boleh,pastikan sukatan air pun guna cawan yang sama)
6 cawan air paip biasa
Gula melaka - secukupnya
Daun pandan
Santan - boleh juga guna susu cair atau susu segar.
Garam
Buah Longan - secukupnya
-cara membuatnya rujuk divideo
Yang mencari anika keropok dan barangan lain dari terengganu boleh ke instagram atau facebook
Sambil pikir nak bersarapan apa kejap lagi..sambil tu kita menulis disini sekejap..pagi ni macam nak mencari nasi kerabu..ataupun nasi berlauk..boleh bertahan sampai kepetang dia punya kenyang bila makan nasi macamtu kan..nak topup jugak kuih serimuka durian.
Plan harini memang tak nak masak,cuma nak kukus pulut kuning jew kejap lagi.Nak gengkan pulut kuning tu dengan serunding.
Roti sushi
Ni permintaan iqbal haritu.buat dah dua minggu yang lepas..sebelum balik ke sarang banyak pulak req makanan dr dia..semuanya teringin..gigihlah buatkan jugak,biasalah dah jadi emak..bila ank meyebut bila tak buat rasa macam tak sedap hati pulak.
Resepi roti boleh guna resepi kegemaran sendiri ye.cara buat boleh tengok di video youtube saya.
Sushi Bread
1 3/4 Cup/250 gram bread flour
2 Tbs /15 gram Caster sugar
1/4 tsp salt
1 tsp /3 gram instant yeast
1 whole egg
120 ml( + - ) fresh milk
1/8 cup / 30 gram butter
(cara membuatnya boleh tengok video diatas ok)
Sapuan pada roti.
Mayonis - secukupnya
Susu pekat - yang ni agak sendiri ya..letak 1 sudu dulu,kacau rata..rasa dh manis sikit oklah tu..sapu pada roti dan tabur chicken floss.
Rasa teruja bila dapat filling dari Fruttose Malaysia.Bila bukak jew parcel rasa semua menu yang boleh di olah dengan filling ni dah berlegar dikepala...hihii.Ada dua jenis filling yang saya dapat aritu.. filling Blueberry dan filling Raspberry.
Kedua-dua filling ni saya suka,lelagi yang blueberry filling.
Saya show sikit isi filling dalam tu,nampakkan ada buah bluebarry yang tak hancur.. yang tu bila tergigit dilidah memang best..dan filling nie mengandungi 60 peratus kandungan buah sebenar ..menarik kan.
Ok nak cerita yang Respberry pulak,ada biji halus respberry dalam tu ya...sama jugak ianya mengandungi 60 peratus buah asli.dan kaya dengan rasa,ni kalau buat raspberry cake memang ngam sangat..peminat Raspberry mesti suka filling nie.
Yang bestnya filling dari fruttose ni lebih pekat dan tak cair.,tak sama dengan filling yang biasa saya beli di bakery shop,memang beza sangat.
Ok cerita smoothies pulak,kami suka sangat buat smoothies simple dirumah..
biasa guna buah pisang je sebagai buah utama. kadang pisang tu saya frozenkan dulu baru blend dengan susu dan almond...
Saya tambahkan filling Blueberry dan Respberry ni dalam smoothies tu bagi rasa bertambah sedap.
Buat dua mangkuk satu untuk Muhammad dan satu untuk diri sendiri.sebab kita yang nak makan buh lah topping ikut citarasa kita.
kenyang dah rasa dapat makan semangkuk...hihii puasati.
Selain dicampur pada dessert atau toppings ,sebab filling ni ready to eat so sapu filling ni pada roti bakar pun sedap jugak..
Lagi info mengenai Fruttose ni boleh layari
www.fruttose.com.my
Facebook fruttose Malaysia
Instagram fruttose Malaysia
Smoothies Badam & Pisang
2 biji pisang
Badam - secukupnya
1/2 cawan susu
Ais batu
2 sudu besar filling Fruttose respberry /blueberry
Dua minggu ni kami asik memasak menu Pakistan dan timur tengah,bila suami ada dirumah sepenuhnya segala menu kena tukar sikit.Disebabkan suami tak boleh makan pedas sangat maka Nasi Baryani tu saya makan dengan Sambal Ijo terasi dari @Mrmelting
Muhammad makan macamtu jew,dan suami buat Raita untuk dimakan bersama nasi ni.
Antara sambal keluaran Mr Melting dalam edisi pack kembara.Senang nak dibawa kemana mana tak risau tumpah.
Sedap jugak Baryani telur ni..kali ini suami guna rempah Baryani yang dibeli dari kedai Pakistan.lain bau rempah dia tak sama dengan rempah baryani kita orang melayu.Dalam satu paket tu hanya guna 1/3 lebih kurang 1 setengah sudu besar jew rempah baryani.so rasa nasi ni light tapi memang sedap.
Saya tumis dulu satu biji bawang besar dadu,1 biji tomato dadu,sedikit jintan hitam dan satu batang kulit kayu manis dengan sedikit minyak.dah agak garing dan menguning bawang tu letak setengah cawan air,tutup biar mendidih.
Bila bawang dan tomato dah hancur masukkan kentang dan rembah baryani.tambah lagi air.Masaklah hingga kentang lembut.dah lembut kentang tu boleh masukkan beras .beras saya rendam dulu dalam 20 minit macamtu.
Ok tambah lagi air,sukatan air ikutlah pada beras ya..saya guna beras Basmathi maka air kena lebihkan sikit.susun telur rebus dalam nasi tu dan lada hijau potong dua.masaklah nasi macambiasa.dah siap bolehlan hidang dengan Raita.
Dah boleh merentas daerah..bolehlah plan balik kampung sekejap...tapi SOP kena jaga ya semua.ikut saranan kerajaan..
dah berbulan kami tak jumpa emak.kalau sempat harini plan nak balik..memandangkan esok suami dah kena balik Kl so arini kira nak uruskan apa yang patut..semalam WFH dia dah berakhir..isnin masuk office katanya.
Nak ke balai polis jugak nanti ..masih kena surat jugak untuk merentas negeri.
Bila ada masa terluang nie updatelah blog..takut nanti bila dah malas berhari-hari terbiar blog ni.
Aritu suruh Iqbal cari acuan waffle dan acuan kuih akok di shoppie..suruh tengok mana yg ok..dan bila barang sampai kedua- duanya acuan waffle yang dibelinya..dia cakap yang bulat keciknilah acuan akok..ha haa terbaik anak ibu ..ermmm jadinya acuan waffle ni bulat macam telur.rasa kecewa jugaklah bila apa yg kita nak tu tak menepati..sebab dah beli guna jewlah..bila dah buat waffle yg guna acuan bulat ni rasa cantik pulak..bulat-bulat.tapi Muhammad cakap kenapa tak sama macam waffle kedai bentuk dia..hihii
Maka kelurkan lagi satu mould maker yg bentuk macam kat kedai tu..baru Muhammad puas hati..
Saya guna zero sugar syrup dari @sweetlab official .Boleh ke instagram atau facebook untuk maklumat lanjut.
Yang bagusnya gula syurp ni sesuai untuk ibu mengandung GDM .pesakit kencing manis dan sesuai jugak untuk kanak-kanak.
Letak sikit jew zero sugar syurp ni dah rasa manis..kiranya kalau yang tengah berdiet memang sesuai guna product dari @sweetlab official ni.nanti saya sharekan lagi product lain dari @sweetlab ya.
Egg waffle
By @zila_norazila
4 biji telur
140 gram gula
150 gram tepung gandum
50 gram tepung jagung
10 gram baking powder
30 gram minyak
150 gram susu segar
Caranya
Whisk telur dengan gula hingga gula larut.
Masukkan kesemua bahan mix rata,rehatkan adunan dalam setengah atau satu jam.
Sudukan dalam mould waffle bakar hingga masak kekuningan
Walaupun dengan suasana baru.raya tetap raya kan..jiran Cina depan rumah baru lepas bakar mercun..jiran hujung pun dan tukar colour cat rumah dia,masing-masing sibuk mengemas.
Jiran depan rumah mengemas jugak semalam,nampak menantu lelaki dia cabut pokok keledek..borak lah kejap walaupun dari jarak jauh..saja tanya keledek dia dah berbuah kew..sebab kami pun sama menanam ..agak kalau dia punya dah berbuah banyak bolehlah cabut yang saya punya ni jugak.
Dengar orang kata dalam 3 bulan setengah dah boleh menuai hasil..Ikut perkiraan dari tempoh menanam sampai sekarang dah lebih sikit dari 3 bulan setengah tu.tak pe kita tunggu lah sikit lagi bagi buah gemuk hihii.
Ok
macambiasa cerita masak ..makan..pulak..Pizza tuna ..entah kalau nak dikira dengan jari rasanya dah lebih 10 kali buat pizza dirumah,Muhammad jarang sikit nak makan nasi..dalam seminggu adalah 3 kali jew..yang lebihnya roti ..pizza..roti canai..kadang jemput kentang..gitulah..ikut sungguh perangai ayah dia.
Kalini buat pizza rajin jugaklah snap gambar..selalunya malas ..ok yang ni memang rajin rasanya siap buat video bagai.tepi tu sumbat sosej dalam dia.banyak request anak-anak ni.ada yang suka sosej ada yang nak pizza nipis..so macam-macamlah kejadian pizza tu ada yang nipis dan yang gemuk.
PIZZA BASE - A KEEPER RECIPE
Souce : Mamafami
Rebake : zila norazila
Bahan-bahan
250 gram tepung roti
30 gram gula pasir
1 biji telur
90ml air sejuk dari peti sejuk
50 gram marjerin
4 gram yis kering
Sedikit garam
Untuk Topping
Sos spagetti
Keju Mozarella
Tuna dalam tin
Bawang holland - dihiris nipis
Capicum hijau yang dihiris - julienned
Isi ketam - potong kecil
Hotdot - potong kecil
Nenas dalam tin
Cendawan dalam tin
Kaedah: Menggunakan pengadun
1. Ke dalam mangkuk pengadun, masukkan tepung protein tinggi,yis kering telur dan air, gaul rata dengan spatula.
2.Kemudian guna mixer,Mix dengan kelajuan sederhana.
3.Masukkan garam dan majerin,uli lagi hingga elastik.
4. Keluarkan doh dari pengadun dan bahagikan kepada dua.
5. Gelek doh setebal 1/2 cm dan letakkan di atas dulang pembakar. Cucuk permukaan doh menggunakan garpu.
6.Sapu sos spagetti dan susun topping mengikut kegemaran.
7.Tutup dulang pembakar dengan plastik bersih biar sehingga doh naik.
8.Bila doh dah naik sempurna,parutkan cheese mozarella pada permukaan pizza,tabur pasley kering.
9.Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 20 hingga 25 minit. Ketuhar yang berbeza mungkin mempunyai tetapan yang berbeza.
PIZZA BASE - A KEEPER RECIPE
Ingredients
250g high protein flour / bread flour
30g sugar
a little bit of salt
1 whole egg
90ml of cold water from the refrigerator
50g margarine
4g instant dry yeast (Instant Saf)
For toppings
Spaghetti sauce
Mozarella Cheese
Canned tuna
Holland onion - thinly sliced
Sliced green Capicum - julienned
Fill the crab - cut into small pieces
Hotdot - cut into small pieces
Canned pineapple
Canned mushrooms
Method: Using a mixer
1. In a mixing bowl, add high protein flour, egg yeast and water, mix well with a spatula.
2. Then use a mixer, Mix at medium speed.
3. Add salt and margarine, knead again until elastic.
4. Remove the dough from the mixer and divide into two.
5. Roll the dough 1/2 cm thick and place on a baking tray. Prick the surface of the dough with a fork.
6. Apply spaghetti sauce and arrange toppings according to favorites.
7. Cover the baking tray with clean plastic until the dough rises.
8. When the dough has risen perfectly, grate the mozzarella cheese on the surface of the pizza, sprinkle with dry pasley.
9. Bake in a preheated oven at 180C for 20 to 25 minutes. Different ovens may have different settings.