Pages

Monday, 19 April 2021

Resepi lengkap Nasi Dagang Terengganu..gulai ikan tongkol dan acar.

 


Salam Ramadhan, 
Selamat menjalani ibadah puasa,gitu gini dah masuk seminggu kita berpuasa ..cepat je rasanya.
Tahun ini Muhammad baru start belajar puasa,nampaknya ok je masih tak ponteng lagi..tapi kena melayan jugaklah time dia berbuka..bila ke bazar banyak pulak yang dia teringin.




Iqbal anak yang sulung tak balik time awal puasa aritu,sampai nak dekat raya nanti baru balik,call jugaklah anak bujang tu tanya macamna berbuka dan bersahur..ok jew katanya..buka dekat masjid ..kadang beli ..ikut suka dia sebab duduk hostel kan..nak memasak memang tak bolehlah kan.
Suami masih sama seminggu sekali balik,masih kena amik surat merentas negeri jugak..dan kami berbuka berdua jewlah dengan Muhammad dirumah ni.


Ok cerita Nasi Dagang Terengganu.
Dapat kiriman 2 pack set lengkap nasi dagang untuk review aritu.Alhamdulillah dapat merasa nasi dagang terengganu buatan sendiri..nak buat nasi dagang bukannya susah sangat kan ..cuma agak renyah bab nak masak nasi dia tu ..kena kukus ..gulai dan acar tu senang je kan.Bila siap semuanya rasa penat lelah didapur hilang,sedap rupanya gulai nasi dagang tengganu ni..rempah dia sedap.

Next time kalau nak buat lagi boleh order.memang recomended .


Nasi Dagang Ganu
1.Basuh dan rendam beras 2 jam.
2.Kukus beras hingga separuh masak.
3.Angkat beras dan gaulkan dengan santan cair hingga sebati.
4.Kukus semula beras hingga masak.
5.Angkat dan gaulkan dengan 1 gelas santan pekat yang dicampur dengan sedikit garam.
6.Kemudian kacau rata nasi dagang bersama halia,halba dan bawang merah yang dimayang halus.
7.Untuk mengelakkan nasi dagang cepat basi kukus sekali lagi selama 5 - 10 minit.
8.Sedia dihidang.

Gulai Ikan Nasi Dagang Ganu
Bahan kisar A
4 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 inci lengkuas
1 inci halia
1 inci kunyit hidup

Bahan B
Ikan tongkol yang direbus bersama 4 keping asam keping,garam dan sedikit air.
1 senduk minyak masak.
1 senduk cili kisar
1 sudu besar kerisik
1 keping gula melaka 
1 asam keping
Santan cair
Air rebusan ikan tongkol
1 paket rempah gulai nasi dagang - dibancuh dengan sedikit air
10-15 biji cili padi.
Sedikit garam.

Caranya
1.Panaskan minyak,masuk cili kisar dan tumis hingga naik minyak.
2.Masukkan bahan A ,rempah gulai dan tumis lagi hingga naik minyak sekali lagi.
3.Masukkan santan cair,gula melaka,kerisik,asam keping,air rebusan ikan dan garam.masak hingga mendidih.
4.Masukkan iksn tongkol dan cili padi.
5.Masak hingga kuah mendidih dan agak pekat.
6.Tutup api dan sedia dihidang.

4 comments:

Amie said...

Sedapnya nasi dagang air tangan Zila! Rasa nak tumpang makan semulut heeeheheeee.
Tahniah Muhammad dah mula puasa. Firdaus mula tahun lepas tapi dapat 28 hari saja. Tahun ini nampak ok, maklumlah pkp tak sekolah.

Seri Kandi Di Tanah Jauhar said...

Walau berbuka berdua, meriah jugak dapur Kak Zila. Amboi, Muhammad, mentang puasa, demand kat bazar ya, hehehe

zila norazila said...

Hebatnya firdaus ..thun lps ahmad sehari pun dia x try puasa..thun ni nmpk smpi ke harini dia ok je..masih penuh.

zila norazila said...

😁😁sk jenuh gi bazaar akk tiap ptg..layankn dia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang